|
Penyanyi dan pengacara Sissy Imann berkongsikan keperibadian rakan selebritinya iaitu penyanyi Amira Othman sorang yang pemurah dan suka berkongsi rezeki. Menerusi satu siaran langsung di TikTok, Sissy berkata ketika di set penggambaran Amira tidak lokek berkongsi rezeki dengan memesan makanan untuk semua orang. “Amira ini masya-Allah, sungguh baik orangnya. Antara kebaikan yang orang tidak tahu, dia sangat pemurah. “Di set penggambaran, tiba-tiba sahaja dia belanja semua orang makan dan minum. Jumlahnya sampai kami rasa kekenyangan. Itulah Amira, seorang yang sentiasa murah hati,” katanya. Sementara itu, Sissy turut berkongsikan Amira seorang yang sangat menjaga solat meskipun jadual kerja yang padat serta sentiasa menjaga wuduk.
“Amira sangat menjaga solat. Jadual penggambaran kami kadang-kadang penuh. Dia jaga wuduk dia itu Sissy sangat kagum dengan dia. Tapi Amira boleh betul-betul tahan tak pergi tandas. Dia akan kurangkan minum air untuk jaga wuduk,” katanya. Sumber - Rotikaya |



BarbiePink replied at 14-9-2025 01:01 PM
Gigihnya tahan pegi toilet
Gigihnya kurang minum
Chouls dh kenapa
emera replied at 14-9-2025 12:23 PM
Dr gaya ko explain mcm dia jaga wudhuk sbb malas nak ambik lg???
BarbiePink replied at 14-9-2025 01:01 PM
Gigihnya tahan pegi toilet
Gigihnya kurang minum
Chouls dh kenapa
chinta89 replied at 14-9-2025 02:52 PM
jaga solat jaga wuduk jaga batas tu semuaaaaaa perkara basic dlm hidup. kenapa, bebas sgt ke kehidup ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
10-3-2026 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.118601 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.