CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Kg Sungai Baru bakal jadi jutawan, patut orang Melayu rasa bangga – Dr Zaliha

14-9-2025 08:48 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 13333| Komen: 90

 


PUTRAJAYA – Penduduk Kampung Sungai Baru yang telah bersetuju pindah bakal menjadi jutawan dan ia sepatutnya membanggakan orang Melayu kerana golongan itu mampu memiliki hartanah di tengah bandar Kuala Lumpur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, mereka yang mewakili 72 peratus penduduk itu juga akan kembali mendiami kediaman masing-masing yang lebih selesa sekaligus menaiktaraf martabat kehidupan.

Bagaimanapun, jelas beliau, hak penduduk itu tidak dapat dinikmati dan ia berlarutan hampir sembilan tahun gara-gara baki seramai 28 peratus penduduk yang enggan berpindah yang menyebabkan pembangunan tergendala sehingga sekarang.

“Dan Insya-Allah bila siap rumah ini nanti dan saya pun sudah melihat rekaan (rumah) itu dan sebagainya dan saya rasa itu adalah sebenarnya kehidupan yang menaik dan memartabatkan kehidupan orang-orang kampung di situ.


“Takkan kita tak nak tengok orang kita sendiri khususnya orang Melayu, bangsa kita sendiri dapat kehidupan yang macam itu, selesa, senang di kawasan bandar dan kita tak ada pun yang digembar-gemburkan sebagai mengeluarkan orang Melayu daripada kawasan bandar.

“Tak ada sebab kita bawa balik mereka masuk balik ke kawasan tersebut,” katanya pada sidang media di kementeriannya di sini hari ini.

Semalam kekecohan berlaku semasa operasi pengosongan kediaman di Kampung Sungai Baru, di sini semalam sehingga menyebabkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, tiga lelaki ditahan untuk siasatan kes kecederaan menimpa Sulizmie yang kemudian menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut, Zaliha menambah sebagai kerajaan, pihaknya hanya membantu untuk memudahkan agar penduduk dapat kembali ke kampung mereka untuk menikmati kehidupan lebih baik.

“Semua itu bakal-bakal jutawan itu nanti, Insya-Allah. Tak bangga kita, bila orang kita jadi jutawan sepatutnya rasa banggalah,” katanya.

Sementara itu, Zaliha memberitahu, sebarang rundingan baharu berhubung isu pengosongan penduduk Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur perlu dibuat terus dengan pihak pemaju.

Beliau berkata, kerajaan hanya memudah cara daripada segi syarat pembangunan serta urusan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Kalau nak berbincang tentang pengosongan, ia sudah ditentukan mahkamah. Itu bukan keputusan kerajaan. Jadi kalau penduduk mahu bincang lagi, mereka kena rujuk kepada pemaju sebab tanah itu sudah menjadi milik pemaju,” katanya. 

Sumber - MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 14-9-2025 09:49 AM
“Semua itu bakal-bakal jutawan itu nanti, Insya-Allah. Tak bangga kita, bila orang kita jadi jutawan sepatutnya rasa banggalah,” katanya.


Pemende ni? Seolah nak suh kite bangga juga kalau org yang kematian suami, tp dpt pampasan insurance.
Kene bangga sbb MELAYU dpt duit.
Quote Skuau 14-9-2025 10:36 AM
Bangga ALA Lebai Malang,Pak Kaduk...ayam menang kampung tergadai....
Quote Samerosie 14-9-2025 10:39 AM
slyfynx replied at 14-9-2025 09:49 AM
Pemende ni? Seolah nak suh kite bangga juga kalau org yang kematian suami, tp dpt pampasan insuran ...

Dapat duit salah x dapat duit salah.  Sebenarnya melayu ni nak apa?
Quote silance 14-9-2025 11:20 AM
Kalu dapat 3++ juta buat modal beli 12 ekar tanah tanam sawit atau rumah sewa oklah. Nanti ada pusingan duit di situ. Kalu pegi kawin 2, anak ajak travel payahlah.
Quote pengecatbintang 14-9-2025 11:32 AM
Skuau replied at 14-9-2025 10:36 AM
Bangga ALA Lebai Malang,Pak Kaduk...ayam menang kampung tergadai....

biasa lah..

dengki kalo orang lain jadi jutawan

orang kita kan PHD






Quote pengecatbintang 14-9-2025 11:33 AM
Samerosie replied at 14-9-2025 10:39 AM
Dapat duit salah x dapat duit salah.  Sebenarnya melayu ni nak apa?

penyakit melayu yg sebabkan melayu susah nak maju

PHD - perasaan hasad dengki


Quote pengecatbintang 14-9-2025 11:40 AM
silance replied at 14-9-2025 11:20 AM
Kalu dapat 3++ juta buat modal beli 12 ekar tanah tanam sawit atau rumah sewa oklah. Nanti ada pusin ...

kalo aku penduduk Kg Baru yg dapat RM3 juta tu..

aku beli emas & silver RM2 juta

migrate ke Perak

beli tanah kampung yg ada tanah luas sikit dlm RM100k

aku wat umah (plus pagar & kelengkapan umah) RM200k

ternak itik angsa n ayam

tanam ubi, cili, sayur, pokok kelapa, pokok petai, durian n pokok2 buah buahan

hutang bank yg ada menten bayar mcm biasa

RM600k simpan dalam TH atau mana2 yg offer dividen tahunan

RM100k cash utk belanja harian/ bulanan & bayar utang

tiap tahun kuar dividen dari TH dll

kat Perak kos sarahidup rendah  





Quote ninja boy 14-9-2025 11:44 AM
1-3 juta apa sangat, kalau waris ramai, kena invest supaya duit mengembang
Quote nusaraya 14-9-2025 11:53 AM
Edited by nusaraya at 14-9-2025 12:32 PM

KELEMAHAN TERBESAR Type-M adalah WANG .... UUD .. Ujung-Ujungnya DUIT juga ...LUPA IDENTITY MELAYU  KARENA WANG ...
Quote slyfynx 14-9-2025 11:54 AM
Samerosie replied at 14-9-2025 10:39 AM
Dapat duit salah x dapat duit salah.  Sebenarnya melayu ni nak apa?

Dapat duit tu xde masalah.
Masalahnye nape nk kene bangga?
Quote pengecatbintang 14-9-2025 12:07 PM
Edited by pengecatbintang at 14-9-2025 12:12 PM
slyfynx replied at 14-9-2025 11:54 AM
Dapat duit tu xde masalah.
Masalahnye nape nk kene bangga?

supaya bole bangga kat bangsa C yg ramai jutawan..

bhw ramai Melayu Kg Baru jadik jutawan

nnt..

bukan setakat Melayu lain jer hasad dengki

bangsa C pon akan dengki

the more the merrier kekdahnya  

takkan nak biaq melayu jer PHD ngan melayu jutawan Kg Baru









Quote Skuau 14-9-2025 12:23 PM
Edited by Skuau at 14-9-2025 12:24 PM
pengecatbintang replied at 14-9-2025 12:07 PM
supaya bole bangga kat bangsa C yg ramai jutawan..

bhw ramai Melayu Kg Baru jadik jutawan


Dia suh bangga..supaya TAK TERASANYA....MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI...Kami Orang Kaya Bangga(OKB...tau)....kehulu...kehilir....
Quote Samerosie 14-9-2025 12:29 PM
slyfynx replied at 14-9-2025 11:54 AM
Dapat duit tu xde masalah.
Masalahnye nape nk kene bangga?

Tak bangga ke beli flat dulu tak sampai rm10k sekarang dapat 200 kali ganda?
Quote pengecatbintang 14-9-2025 12:33 PM
Skuau replied at 14-9-2025 12:23 PM
Dia suh bangga..supaya TAK TERASANYA....MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI...Kami Orang Kaya Bangga(OKB ...

suka hati depa lah nak bangga ke taks?

orang laen x yah ler dengki


Quote nusaraya 14-9-2025 12:42 PM
Edited by nusaraya at 14-9-2025 12:47 PM

PENDATANG ... FROM ZERO to OWNER/MILLIONER
TYPE-M .... FROM HERO and OWNER to ZERO and DREAMER

KARMA STATUS ISTIMEWA TYPE-M


[youtube]JcbPxFarI8A[/youtube]


Quote slyfynx 14-9-2025 12:49 PM
Samerosie replied at 14-9-2025 12:29 PM
Tak bangga ke beli flat dulu tak sampai rm10k sekarang dapat 200 kali ganda?

Yang bangga tu deme yang dpt duit.
Org lain nk bangga buat ape.
Lain le kalau atas pencapaian.

Quote pengecatbintang 14-9-2025 01:09 PM
slyfynx replied at 14-9-2025 12:49 PM
Yang bangga tu deme yang dpt duit.
Org lain nk bangga buat ape.
Lain le kalau atas pencapaian.

adalah lebih baik

orang melayu lain bangga dgn orang melayu lain jadik jutawan

daripada

orang melayu lain dengki dgn orang melayu yg jadi jutawan

Quote kemaruk 14-9-2025 01:25 PM
"Korang2 yang dah daftar jadi downline saya, tahniah.. anda sudah sebelah kaki jadi jutawan.. yang tanak join tu jangan kondem.. jangan dengki dekat melayu yang berjaya"

Kata2 member bangkem masa pujukrayu join MLM dulu
Quote kemaruk 14-9-2025 01:26 PM
"Korang2 yang dah daftar jadi downline saya, tahniah.. anda sudah sebelah kaki jadi jutawan.. yang tanak join tu jangan kondem.. jangan dengki dekat melayu yang berjaya"

Kata2 member bangkem masa pujukrayu join MLM dulu

Lihat semua komen(90)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2026 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.080580 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top