|
SHAH ALAM - Jumlah pemegang polisi yang membatalkan insurans kesihatan susulan kenaikan harga premium insurans menunjukkan peningkatan ketara. Pengurus agensi takaful yang mahu dikenali sebagai Sharipudin berkata, pertambahan itu mula berlaku sejak perhujung tahun lalu sehingga kini. “Ramai yang tamatkan polisi masing-masing atas alasan tidak mampu lagi hendak membayar kenaikan premium insurans. “Mereka beri alasan gaji tidak naik tetapi harga insurans terus meningkat. Itulah antara sebab yang diberikan mereka. “Keadaan ini juga turut memberi kesan kepada syarikat termasuk ejen atau perunding takaful kerana pendapatan mereka juga bergantung kepada pelanggan yang ada,” katanya kepada Sinar Harian. Sharipudin berkata, kebanyakan individu yang membatalkan polisi insurans terdiri daripada mereka yang telah lama mencarum, situasi yang disifatkannya amat merugikan tetapi pelanggan tiada pilihan kerana beban kos.
Seorang lagi perunding takaful, Firdaus berkata, masalah sama turut membelenggu dirinya apabila semakin ramai pemegang polisi menamatkan pembiayaan masing-masing. Menurutnya, hampir separuh daripada pelanggan yang berada di bawah kendaliannya membatalkan polisi insurans, walaupun masih baharu mencarum. “Kebanyakan mereka mengakui sedar kepentingan pelan takaful terutama bagi membiayai kos perubatan hospital yang tinggi tetapi dengan kekangan kewangan ditambah dengan kenaikan harga premium insurans membuatkan mereka tiada pilihan lain,” katanya. Dalam pada itu, Pengurus Alpha Agency, Mohammad Amirul Aizat Mohamad Adnan berpandangan, tindakan segelintir pemegang polisi yang menamatkan bayaran bukan semata-mata disebabkan kenaikan harga premium insurans tetapi turut dipengaruhi faktor lain seperti masalah kewangan dihadapi syarikat tempat mereka bekerja. “Memang ada yang menamatkan polisi mereka namun jumlah perniagaan atau pemegang polisi yang menggunakan khidmat kami tahun ini meningkat berbanding tahun lalu,” ujarnya. Sumber – Sinar Harian |

tungkai replied at 16-9-2025 03:33 PM
Yang pernah claim - yes it's worth it. Serve the purpose.
Yang tak pernah claim - kena penalize by p ...

akies replied at 16-9-2025 02:28 PM
Saban tahun naik kadar insurans.
Pastu skrg kn payah nk claim.
Ada banyak kes yang dah admit hospita ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-5-2026 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.341561 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.