CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Dah berlayar menuju Gaza, ampunkan semua salah saya’ - Zizi Kirana

15-9-2025 11:25 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5285| Komen: 57

 


Penyanyi Zizi Kirana memohon orang ramai mendoakan perjuangannya selepas memaklumkan Konvoi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang disertainya kembali berlayar menuju ke Gaza, Palestin hari ini.

Menurut Zizi atau nama penuhnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, pelayaran tersebut diteruskan selepas meninggalkan pelabuhan Sidi Bou Said, Tunisia.

“Saya dah memulakan kembali pelayaran menuju ke Gaza.

“Di sini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala kesalahan dan kekurangan yang pernah dilakukan selama hidup saya.

“Mohon halalkan segala-galanya, doakan kami sampai ke Gaza. Bismillah, insya-Allah,” ujarnya dalam platform Threads.

Perkongsian tersebut seterusnya dihujani dengan doa daripada netizen yang berharap perjuangan Zizi ke Gaza sentiasa dilindungi dan selamat.

“Kami berdoa tanpa henti untuk kalian yang berjuang ke Gaza.


“Semoga Tuhan lindungi Zizi di Palestin dan selamat pulang ke tanah air!

“Sampaikan salam kami ke Gaza, Allah SWT sentiasa bersama kalian,” komen netizen.

Selain Zizi, aktivis lain yang menyertai misi bantuan kemanusiaan bersama aktivis pro-Palestin GSF sejak 29 Ogos lalu terdiri daripada tiga wanita termasuk pelakon, Ardell Aryana.

Difahamkan, sekitar 20 kapal belayar dari pelabuhan di Sepanyol pada Ahad minggu lalu dengan misi membuka koridor kemanusiaan dan menamatkan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin dalam kemelut Israel-Hamas.

Semua rombongan dijangka tiba di Gaza pada pertengahan September ini selepas dua cubaan terdahulu membawa bantuan ke wilayah berkenaan pada Jun dan Julai lalu dihalang Israel.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengisytiharkan krisis kebuluran di Gaza dengan amaran lebih 500,000 penduduk kini berada dalam keadaan amat kritikal. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 16-9-2025 08:12 PM
Heliza helmi pi sama tak
Quote apedehal 16-9-2025 08:20 PM
Semoga selamat sampai & selamat juga pulang..Aamiin
Quote Piramida 16-9-2025 08:20 PM
Kos ni kira persendirian lah kan.. Kena bayar sendiri semua kan? (Tanya dgn nada serious sbb x tahu..)  
Yg dlm kurungan tu ikut trend hihi
Kalau volunteer job yg ai join memang kos semua atas kita.
Quote alana94 17-9-2025 02:19 PM
semoga selamat pergi selamat pulang jua ????
Quote cupu 17-9-2025 05:25 PM
Hebat pengorbanan mereka ni. Baik mereka mahupun suami. Sbbnya klu suami aku mesti tak izin pergi. Tgk live suami ardell meniaga pastu org tya pasal ni terus nangis. Jd peringatan buat diri kita klu kita xmampu jgn perkecilkan usaha org lain. Masuk Gaza dgn misi mcm ni mmg antara hidup dengan mati.
Quote cupu 17-9-2025 05:29 PM
Piramida replied at 16-9-2025 08:20 PM
Kos ni kira persendirian lah kan.. Kena bayar sendiri semua kan? (Tanya dgn nada serious sbb x tahu. ...

Msia ni ada sponsor dr kerajaan. PmX luluskan peruntukan 24juta. Parlimen Msia luluskan sumud ni dan klu nk dikira Pmx adalah penaung utk sumud Nusantara. Tolak tepi agenda politik sebab yg lebih besar adalah agend kemanusian.
Quote Piramida 17-9-2025 06:18 PM
cupu replied at 17-9-2025 05:29 PM
Msia ni ada sponsor dr kerajaan. PmX luluskan peruntukan 24juta. Parlimen Msia luluskan sumud ni d ...

Good info... Tq awak.
Quote Minami2013 17-9-2025 06:30 PM
Piramida replied at 16-9-2025 12:20 PM
Kos ni kira persendirian lah kan.. Kena bayar sendiri semua kan? (Tanya dgn nada serious sbb x tahu. ...

Tapi mmg function bila letak kurungan bgtau ayat kita tu di baca dgn nada apa utk elak salah intonasi dan salah faham

Moga dipermudahkan urusan. Awalnya mmg skeptical juga perempuan2 yg pergi tp bila justify berkaitan gazan sana ramai perempuan dan kanak2, tak kan lelaki yg nk approach kan.
Quote Piramida 17-9-2025 06:35 PM
Minami2013 replied at 17-9-2025 06:30 PM
Tapi mmg function bila letak kurungan bgtau ayat kita tu di baca dgn nada apa utk elak salah inton ...

Hehhee kan...
Quote aammyy 17-9-2025 07:29 PM
Edited by aammyy at 17-9-2025 07:30 PM

[twitter]https://twitter.com/marchfoward/status/1967853332216856847?s=46[/twitter]

“Pengerusi Cinta Salam Malaysia, Musa Nuwayri memaklumkan kemaskini terbaru Misi Global Sumud Flotila

Pasukan dari Itali, Tunisia dijangka akan bergabung dalam masa 48 Jam ke 72 Jam. Itali dan Tunisia akan bergabung dahulu kemudian disertai kapal Greece

Perjalanan ke G dijangka memakan masa 10 ke 14 Hari.

Hanya Puan Ardell Aryana tidak bersama dalam kapal Delegasi Malaysia. Yang lain semua ada bersama

• PU Rahmat, Tuan Helmi, Tuan Asmawi - Kapal Estrella
• Tuan Musa, Puan Iylia, Tuan Sul - Kapal Alma
• Puan Zizi - Kapal Huga
• Tuan Haikal, Tuan Muaz, Tuan Zul, Tuan Rusydi - Kapal Sirius
• Puan Ardell - Kapal Mikeno

Kalian boleh lihat lokasi mereka di Global Sumud Flotila Tracker. Google je

Bot Pemerhati yang dinaiki Ketua Misi Flotila merangkap Pengerusi Cinta Gaza Malaysia, Tuan Nadir An Nuri masih belum bergerak dari Tunisia.

Misi ini dihebohkan kepada orang ramai kerana ia menggunakan dana awam. Namun langkah keselamatan sudah diambil untuk bagi memastikan tiada maklumat kerahsiaan atau yang mengancam keselamatan didedahkan

Tuan Musa mengucapkan terima kasih di atas kenyataan tegas PM Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mesyuarat Tergempar OIC dan Negara Negara Arab di Doha, Qatar“

https://globalsumudflotilla.org/tracker/

Semoga selamat pergi dan balik. Kapal yg dorang naik ni kapal layar, jadi bergantung pada angin semata.

Tarikh tweet adalah 16 September 2025. Ada lagi perkembangan selepas tu
Quote sharlenetexas 17-9-2025 08:48 PM
Kemsalam kat gretha.


Quote arffa 17-9-2025 08:52 PM
GLOBAL Sumud Flotilla is NOT a terrorist group! Its a HUMANITARIAN  AID .
Quote ciksom 18-9-2025 08:19 AM
Siapa yg sponser kapal kapal tu ya?
Quote sangbara2020 18-9-2025 09:13 AM
xde pic ke nk tgk
Quote poetess 18-9-2025 09:37 AM
Edited by poetess at 18-9-2025 09:47 AM
sangbara2020 replied at 18-9-2025 09:13 AM
xde pic ke nk tgk


Boleh follow ig
Sumud Nusantara
[ig]https://www.instagram.com/sumudnusantaraofficial?igsh=M2lpemY4dnBqcmN4[/ig]

Global Sumud
[ig]https://www.instagram.com/globalsumudflotilla?igsh=bmh6Y3ZpOXRmam91[/ig]
Quote fattymah 18-9-2025 09:44 AM
Iols harap influenza yg gomen pilih ni bayar cukai la.. tgk rumah kereta kaya la dari iols
Quote fattymah 18-9-2025 09:51 AM
Kdg kena ada nyawa terkorban baru satu duniya nak boikot produk israhell.. jujur shakap iols duk tunggu org boikot aipong, ig  bukan takat milo, mekdi
Quote prince_marhaen 18-9-2025 10:10 AM
Buritan replied at 16-9-2025 08:12 PM
Heliza helmi pi sama tak

Mata buntang tak follow kan....ni misi sebenar bukan misi scam feeling2 mujahidah nangis2 tu.. ehehehehe.. Misi ni satu dunia, siap ada tracking pergerakan kapal semua... so si fake ni takkan la nak join nanti kantoi scam rakyat, takleh guna green screen & acah2 nangis.
Quote babynina30 18-9-2025 10:59 AM
Anyone know nape pakcik zra n anak aritu nk tarik diri n perlu blk msia ? Pstu tak jd kan ? N troskan misi ?

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-8-2026 08:51 PM GMT+8 , Processed in 0.047561 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top