CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Fatima Tak Nak Berenggang Mungkin Sebab Dia Terlalu Rindu” - Fattah Amin

15-9-2025 11:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2197| Komen: 12



Pelakon Fattah Amin berkata anak perempuannya, Nur Fatima Aisya yang tidak mahu berenggang ketika majlis pernikahannya dengan Amira Othman malam tadi mungkin kerana terlalu rindu.

Memetik Harian Metro, Fattah berkata dia juga tidak menjangkakan anaknya tidak mahu melepaskan serta tidak mahu berjauhan dengannya.

“Betul, dia (Fatima) tak mahu lepaskan saya. Sebab kebetulan dia pun tengok daddy dia hilang sebab masa itu dia pergi ke belakang. Mungkin juga dia rindu.

“Jadi bila dia nampak saya, dia terus peluk. Kita pun tak sangka ingat bila dia dah peluk, dia nak lepas. Rupanya dia tak lepaskan Tapi, itulah mungkin dia rindulah,” katanya.

Sementara itu, Fattah berkata dia sentiasa merindukan anaknya serta meluahkan rasa syukur isterinya seorang yang memahami.

“Saya pun sentiasa rindukan dia. Tapi Alhamdulillah, Amira seorang yang boleh terima dan dia (Amira) memang sangat memahami.


“Macam tadi pun (malam semalam) dia (Fatima) tak tahu sama ada dia nak lepaskan saya atau tidak, tapi bila Amira kata Fatima angguk itu yang saya bawa juga,” katanya.

Dalam pada itu, Fatta berkata apa yang penting pada majlis tersebut dia mahu melihat isteri dan anaknya gembira serta berjalan dengan baik.

“Masa ‘rehearsal’ kita tak macam itu (Fatima tak nak lepaskan Fattah). Tapi, semuanya berlaku sudah ditakdirkan macam itu. Apa yang penting, Amira gembira dan Fatima pun gembira, itu sudah cukup dah,” katanya.

Sumber: Harian Metro, Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote DARSITA 16-9-2025 01:22 AM

Bukan rindu la .. dia a small girl berada di tempat dan dikelilingi oleh ramai orang asing. Bising lagi.  Jangan kata budak tu kita kita pun kalau pergi majlis besar pasti rasa terasing/ganjil/asing melainkan majlis itu ada orang yg kita kenal.

Quote noor2 16-9-2025 06:44 AM
Apa yg bapak kandung anak tu sendiri kata semua x betul eh, semua x kena eh...mcm kita pulak yg lebih tahu semua hal hidup org lain...padahal tu ayahnya..siapa kita menidakkan kata2 ayah anak tu..kita ni siapa? Ada tinggal sekali dgn mereka ke?
Quote noor2 16-9-2025 06:56 AM
Wartawan bodoh mcm x de isu lain nk jd tajuk berita mereka...isu anak hadir majlis pernikahan dan x nk berenggang dgn ayah pun jd topik. Ni bukan hal luar biasa bg anak umur mcm tu yg mmg tgh rapat dan manja dgn ayah dan ibunya sendiri. X de masalah pun bg org2 normal yg tengok benda2 mcm ni...

Nitizen bodoh je perbesarkan isu anak trauma lah, peristiwa hitam anak lah,  apake otak nitizen ni mmg ada masalah. Dah nama anak dan ayah..anak pun bukan umur 20 tahun..tp masih kecik lagi
Quote Kancilkering 16-9-2025 04:04 PM
diam lah kayu
Quote makcun14 16-9-2025 04:06 PM
Fatima sangat well behaved ,kids umur tu bukan kita boleh ramal dia respond macam mana. Kalau budak lain umur tu bawak  naik pelamin nangis tak suka attention ramai manusia atau buas berlari hilang pedoman. budak kot
Quote NuansaBiru 16-9-2025 04:14 PM
Dah kau pun tak menyempat2 nak berbini baru bedul
Maka gitu lah...
Quote sukanyanyi 16-9-2025 05:06 PM
Mcm2 pendapat ye.. cuma yg meols npk, npk la tima sygkan daddynya.. yg sblm ni kate tak syg tu mungkin tgh merajuk ke ape.. tima mmg taknak kat nendanya ke? Meols expect kalo tima dijaga oleh org len kat majlis yg tak kenal sesiapa tu, at least ngn nendanya la.
Quote honeybee1802 16-9-2025 05:11 PM
Dont think sbb rindu..more to trust,security sbb dia dok dlm majlis yg ramai org dia tak kenal.so kt bapak je la harapan dia...
Kena belajar dgn fizo omar,wife and mawar le kot cammo cik yam boleh adapt..
Quote sangbara2020 18-9-2025 08:50 AM
dok rindu kenapa ritu dh g holiday...xlepas rindu jgk ke pun....byk plk bukak tred cerita dia ni..udah2 le wey...bosan aku
Quote scarflicious 18-9-2025 07:35 PM
dah masa kau pun byk kat tmpt lain. rindu lah budak tu.
Quote lyza2474 22-9-2025 06:25 PM
Klu rindu bkn macam tu..dia x selesa m.and rasa tak selamat.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-8-2026 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.106934 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top