|
SHAH ALAM - Pas digesa memperkenalkan subjek bahasa Tamil dan Mandarin di pusat prasekolahnya, Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) bagi membuktikan kesungguhan dalam melaksanakan dasar sama di sekolah kebangsaan. Ahli Parlimen Kepong, Lip Lim Eng berkata, ia susulan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada Sabtu yang mencadangkan supaya kedua-dua subjek berkenaan diperkenalkan kepada semua pelajar di sekolah kebangsaan bagi memupuk perpaduan. Ujar Lim Eng, pemimpin parti berkenaan diingatkan supaya jangan sekadar pandai berucap di pentas, tetapi gagal mengamalkan di gelanggang sendiri. “Jika benar Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim ikhlas dengan cadangan supaya bahasa Tamil dan Mandarin dijadikan subjek di sekolah kebangsaan, maka beliau wajar terlebih dahulu membuktikan kesungguhan dengan melaksanakan perkara yang sama di Pasti,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Media melaporkan, Tuan Ibrahim dalam ucapan Muktamar Pas pada Sabtu mencadangkan supaya bahasa Cina dan Tamil diperkenalkan kepada semua murid di sekolah kebangsaan sebagai usaha memupuk perpaduan antara kaum. Menurut Lim Eng, bahasa Cina dan Bahasa Tamil sudah lama ditawarkan sebagai mata pelajaran tambahan di sekolah kebangsaan. “Cadangan ini jelas membuktikan beliau tidak memahami sistem pendidikan sedia ada atau lebih buruk, sengaja mahu memainkan sentimen perkauman dengan menimbulkan isu yang tidak wujud,” ujarnya. Kata beliau, Pas juga diingatkan supaya tidak menjadikan isu pendidikan kanak-kanak sebagai bahan politik murahan. “Persoalan utama kini adalah adakah ini pendirian rasmi Pas atau sekadar pandangan peribadi Tuan Ibrahim? “Jika ini hanya retorik peribadi, janganlah mempergunakan isu pendidikan untuk meraih perhatian. “Jika ini benar-benar dasar baharu Pas, sila nyatakan dengan jelas dan buktikan pelaksanaan segera di Pasti,” menurut Lim Eng. Sumber: Sinar Harian |



shernazz replied at 16-9-2025 07:13 AM
Hurm...
Iols.okay je belajo bahasa lain di sk tu..
Lim.lip eng ni mende la...
ardent91 replied at 16-9-2025 08:04 AM
kalo lah PMX atau mana2 politician PH yg suggest benda seroper for sure korang xkan kata lagu tu.. ...

isseliparjepun replied at 16-9-2025 02:31 PM
Tak wajar nak sumbat dengan pelbagai bahasa untuk prasekolah atas alasan memupuk perpaduan. Kenapa I ...
isseliparjepun replied at 16-9-2025 02:31 PM
Tak wajar nak sumbat dengan pelbagai bahasa untuk prasekolah atas alasan memupuk perpaduan. Kenapa I ...
Orix replied at 16-9-2025 06:37 PM
Pigidah. Tahun 1997 Tun M dh lama cadangkan sekolah wawasan. Ditolak mentah2 dek puak cina yindia. P ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-3-2026 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.049155 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.