CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amira Othman Sedia Galas Tanggungjawab Sebagai Ibu Tiri Kepada Nur Fatima Aisya

16-9-2025 12:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3600| Komen: 30

 


Penyanyi Amira Othman berkata dia bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai ibu tiri kepada Nur Fatima Aisya yang juga anak kepada suaminya, Fattah Amin.

Memetik Oh Bulan, Amira berkata dia mengangap ianya lumrah hidup berumah tangga serta tidak merasakan status sebagai ibu tiri sebagai sesuatu yang membebankan.

“Pada saya siapa pun yang saya pilih, tak kira status atau keadaan seseorang itu saya perlu terima. Begitu juga dengan Fattah yang memilih saya dalam apa keadaan sekalipun.

“Walaupun mungkin saya tidak punya anak, tapi ada benda-benda lain yang saya harus terima. Bagi saya tidak ada masalah sebab itu lumrah. Saya pun bukannya tak biasa dengan kanak-kanak dan harapnya semua baik-baik saja,” katanya.

Sementara itu, Amira berharap dia dapat menjadi isteri yang baik kepada Fattah Amin serta melalui fasa baru dalam hidupnya itu dengan baik.


“Ia satu fasa baharu yang saya percaya dilalui oleh semua orang. Kalau tanya bersedia atau tidak, saya sendiri pun tiada jawapan itu.

“Tapi apa yang pasti setiap fasa baharu itu harus dilalui dengan baik. Mudah-mudahan dapat jadi isteri yang baik,” katanya.

Sumber: Oh Bulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NuansaBiru 16-9-2025 01:19 AM
Hati2 bagi stetmen gini, jgn nanti sejarah tahun 2006 bakal berulang lagi:
"Saya ibu kandung anak2 saya, saya masih hidup lagi, tak perlu nak feeling terpaling ibu" gitu lah bunyinya lebih kurang

Quote noor2 16-9-2025 07:32 AM
Moga yg terbaik buat mereka..ramai je ibu tiri yg baik kat dunia ni...
Quote zehra2 16-9-2025 08:47 AM
Alhamdulillah.. cepat dpt anak pun ok  mira.. nanti timoh ada kawan.
tengok maryam anak mawar bonding dgn adik2 nya. gi cuti2 ke langkawi
Quote sukanyanyi 16-9-2025 10:23 AM
NuansaBiru: Hati2 bagi stetmen gini, jgn n ...


Aah, nk ckp terima anak tu blh, utk sedapkan ati ibu dia. TAPI never2 lebih2..utk jaga hati mak dia jgk. Kena balance
Quote pocongkiutss 16-9-2025 10:35 AM
sukanyanyi replied at 16-9-2025 10:23 AM
Aah, nk ckp terima anak tu blh, utk sedapkan ati ibu dia. TAPI never2 lebih2..utk jaga hati mak di ...

Contoh ayat2 yg dh masuk kategori melebih2 tu bg uols camne?

Jadi mak tiri ni actually complicated kan..lagi pulak kawin dgn duda bercerai hidup...mencabar oo
Quote red_velvet 16-9-2025 10:39 AM
NuansaBiru replied at 16-9-2025 01:19 AM
Hati2 bagi stetmen gini, jgn nanti sejarah tahun 2006 bakal berulang lagi:
"Saya ibu kandung anak2 s ...

Retis mana yg cakap gini ye? Meols tak dapat tangkap siapa
Quote ezacbee 16-9-2025 10:39 AM
pocongkiutss replied at 16-9-2025 10:35 AM
Contoh ayat2 yg dh masuk kategori melebih2 tu bg uols camne?

Jadi mak tiri ni actually complicat ...

Tengok jelah kalau dah ada anak sendiri nanti.

Quote sukanyanyi 16-9-2025 10:44 AM
pocongkiutss replied at 16-9-2025 10:35 AM
Contoh ayat2 yg dh masuk kategori melebih2 tu bg uols camne?

Jadi mak tiri ni actually complicat ...

Meols tak bleh recall bulat2 kaka tp rase mcm benda ni penah jd dkt si juliaparhana vs lupyah kan?

Tula, kalo meols mmg tak sanggup ler..tak sangka la mighah tu sanggup.. kalo bkn sbb heols is patah amon yg tinggi segak n fofular (but not really my taste) tu, rasenye takde kot mira rela hati jd mak tiri.. ni dh nk kat laki tu kan. Kalo dpt kat pempuan lain, maybe sheols rase melepas
Quote shida81 16-9-2025 11:09 AM
Sudah2... Jgn keluar statement yg x perlu... Nnti ada yg salah anggap.. Wpun niat tu baik...
Quote apedehal 16-9-2025 12:01 PM
Aku kesian kat anak2 nnt kena compare..skang pun patima tu da mcm2 kena, jd princess pun xboleh pentaksub punya perangai..dgn budak 5 tahun pun kau pggl barua..aku xtau la nnt mira tu ada anak, kena compare la patima tu dr A to Z..bapak da la kayu, xda ciri pelindung lansung chaitt. Mujur maknya tu gengster la jugak xtakut nk melawan netizen
Quote Ginaleen 16-9-2025 12:10 PM
Edited by Ginaleen at 16-9-2025 12:12 PM
red_velvet replied at 16-9-2025 10:39 AM
Retis mana yg cakap gini ye? Meols tak dapat tangkap siapa


Kahwin 2006..ala penyanyi bernombor yg AO mintak nyanyi pree kat reception nanti..bukan dia cakap..ex pada laki dia
Quote tulip-rain-2 16-9-2025 03:14 PM
apedehal replied at 16-9-2025 12:01 PM
Aku kesian kat anak2 nnt kena compare..skang pun patima tu da mcm2 kena, jd princess pun xboleh pent ...

Siapa yg panggil fatima barua tu?? Bodohnya.
Dgn budak kecik umur 5 tahun pun ada yg merempan tak puas hati itu ini.
Mmg akan kena compare lah. Mak2 pun dr awal2 lagi dah dibanding2 kan.
Quote monsterwife 16-9-2025 05:30 PM
red_velvet replied at 16-9-2025 10:39 AM
Retis mana yg cakap gini ye? Meols tak dapat tangkap siapa

Pencaras no 1 rsnya
Kena libas dengan ex bini tok misai
Quote cmf_jeangrey 16-9-2025 05:50 PM
I think statement sheol ni ok je..very general
Takde pulak dia kata nak jadi ibu tiri terbaik bla bla..
Wartawan dah tanya jawab je la gitu
Bersedia atau tak, dah dpt title ibu tiri pun
Kena la galas..takkan nk kata no komen
Nanti kena kecam pulak sheol nak ayah je, anak dibuang..
Quote cmf_jeangrey 16-9-2025 05:54 PM
pocongkiutss replied at 16-9-2025 10:35 AM
Contoh ayat2 yg dh masuk kategori melebih2 tu bg uols camne?

Jadi mak tiri ni actually complicat ...

Tengok pada ex si husband sbnrnya..
Kalau dpt jenis cooperative dan easy going, senang nak co parent..
Dpt yg complicated, jadi bahan kecaman netizen kt socmed la sudahnya
Sbb retis apa2 jd dalam hidup semua kena war2 kt socmed
Mintak nyawa dr netizen



Quote apedehal 16-9-2025 06:06 PM
tulip-rain-2 replied at 16-9-2025 03:14 PM
Siapa yg panggil fatima barua tu?? Bodohnya.
Dgn budak kecik umur 5 tahun pun ada yg merempan tak  ...

Ntah la jantan bodo mana time live streaming unifi tu..ku xtengok pun bnyak screenshot kat thread, marah naw sbb tima duk tgh pelamin kaco nantin nk sarung cincin
Quote zidane2011 16-9-2025 06:11 PM
Tergamak la hai acik2 yg mengeji nyamma. Apa yg kau harapkan daripada budak 4 5 tahun wey. Kau yg dah tua cukup akal pun emosi ke laut. Inikan pulak budak besar nyamma tu. Iols bukan nak salahkan Fattah, tapi Fattah ni boleh tak bersuara sikit bila anak bini kena kecam mcm tu. Yg kecam tu pun mostly fanatik dia jugak. Kau bersuara la sikit tegur peminat2 gila tu.
Quote Kancilkering 16-9-2025 10:37 PM
zidane2011 replied at 16-9-2025 06:11 PM
Tergamak la hai acik2 yg mengeji nyamma. Apa yg kau harapkan daripada budak 4 5 tahun wey. Kau yg da ...

dia seorang mute yg disanjungi oleh keledek yislamik
Quote kay.hashim 17-9-2025 08:58 AM
pocongkiutss: Contoh ayat2 yg dh masuk kategori melebih2 tu bg uols camne? Jadi mak tiri ni actually complicated kan..lagi pulak kawin dgn duda bercerai hidup...men ...


i team Nyamma! ya, bukan senang jadi mak tiri.  buatlah baik camana pun, ada je lah  yang tak kena. for me, as divorced parents, you can choose your next partner but not ur kids.  i pity nyamma, stuck in the middle macam tu.. as for FA pun serba salah jugak.. nanti kena cop tak ingat anak pulak.  i hope nyamma will be loved unconditionally.  hugs and kisses for nyamma..

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-4-2026 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.055369 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top