CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fattah Amin Panggil Amira Othman ‘Isteri Syurga’

16-9-2025 12:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31398| Komen: 522



Pelakon Fattah Amin akhirnya sah diijabkabulkan dengan penyanyi Amira Othman dengan sekali lafaz dalam satu majlis indah yang disiarkan secara langsung di televisyen sebentar tadi.

Sementara itu, Fattah ditanya oleh Awal Ashaari selaku pengacara mengenai panggilan istimewa buat isterinya, aktor berkenaan memanggil Amira ’isteri syurga’.

“Sebelum ini, saya suka panggil dia bakal isteri syurga. Sekarang, isteri syurga,” katanya.

Dalam pada itu, apabila diminta untuk menitipkan ucapan istimewa buat isteri, Fattah mengakui segan dan lebih baik ianya diucapkan secara peribadi sahaja.

Sementara itu, Amira meluahkan rasa syukur serta seolah tidak percaya mendengar lafaz ijab kabul daripada suaminya kerana menyangkakan ianya adalah latihan.

“Saya rasa berdebar, macam tak percaya, tapi bersyukur. Cuma masa Fattah lafaz, saya fikir dia berlatih. Sebab itu muka saya macam tiada reaksi. Rupanya, lafaz tu dah sah,” katanya.


Sumber: Rotikaya

 

 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 16-9-2025 08:35 AM
Isteri syurga ??

Isteri neraka?

Ada syurga ada neraka.

Semoga tabah menjalani kehidupan suami istri.
Quote BlackpingU 16-9-2025 09:16 AM
Baru nikah ofkos kentut pun bau wangi
Quote L.U.S.M 16-9-2025 09:38 AM
Husband aku tny smlm..

isteri syurga ni sama kategori mcm anak syurga tu ke?
Quote brunesss 16-9-2025 09:43 AM
i give it 5 years and im being nice. ehekssss
Quote Samerosie 16-9-2025 09:47 AM
Ada yg haritu istri bawah lindungan kaabah pun tak lama serai.  Sekarang syurga la esok dah idup satu rumah....
Quote ezacbee 16-9-2025 10:44 AM
Awal sangat tu gelaran. Ex gelaran sebaliknya ke? Tanya je.

Yg kawen lebih 10tahun pun boleh bercerai.

Semoga menjadi sole provider yg berkaliber.

Quote pocongkiutss 16-9-2025 10:48 AM
Bagi iols gelaran apa semua ni toksah la ko bgtau wartawan dekk...sbb bila baru kawin ni kentut mmg semua wangi

Ko jaga dik mighah baik2 ye patah amon
Quote Hellogirls 16-9-2025 10:53 AM
Bro catching feeling faster than UniFi.
Quote Joysparta 16-9-2025 11:10 AM
Its too early la FA.
Tak belajar lagi ke dr marriege yg lama?

Quote makadek 16-9-2025 11:11 AM
attah sedap tk migha
Quote Ginaleen 16-9-2025 11:30 AM
Isteri syurga tapi suara gangster ke garau aku tak tau mana satu..tengok waktu lepas nikah,fattah elok aje cakap dah selamat,semoga diberkati bla bla..isteri syurga ni nyampuk betul betul & amiin macam suara jantan..lepas attah potong cake,AO cakap ‘haaa’ on the microphone dengan garaunya. serba tak kena..tak boleh ke kau lembutkan sikit suara wedding kau kot beza gila dengan faz
Quote pocongkiutss 16-9-2025 11:34 AM
Ginaleen replied at 16-9-2025 11:30 AM
Isteri syurga tapi suara gangster ke garau aku tak tau mana satu..tengok waktu lepas nikah,fattah el ...

Sebab uols yg mula compare kat sini khen

Takpelah..at least janji dia nyanyi sodap dari mekjurah..kohkohkoh
Quote Isninselasarabu 16-9-2025 11:49 AM
Lantak la diorang kahwin.. aku doakan diorang bahagia.. sbb doa dan kata2 yang buruk mcm acik porem ni akan berbalik pd diri uols balik..buktinye korang idop xbahagia ..hati menderita pehtu mk org lain menderite mcm uols ... Bahahhaa.. keciann banget ..  gi lah wake up cari duit .. busy dgn idop org watper... Kalau nk cemuh org sgt cemuh isroel.. itu halal ..
Quote imanjannah 16-9-2025 03:53 PM
Lantak kome le, isteri syurga suami neraka ke
Quote Ginaleen 16-9-2025 04:41 PM
pocongkiutss replied at 16-9-2025 11:34 AM
Sebab uols yg mula compare kat sini khen

Takpelah..at least janji dia nyanyi sodap dari mekjurah. ...

Selalu kalau nyanyi sedap,mesti suara bercakap pun sedap macam tok ti..fazura cakap sedap & smooth.. AO ni agak awkward aku tengok padahal dah 32 & lama dalam industri..tak pe la attah,janda dulu sedap bercakap,isteri pulak nyanyi sedap..baru la fair
Quote ninja boy 16-9-2025 05:19 PM
Baik x payah ckp, 5-10 tahun nitezen korek kentut wangi
Quote Hellogirls 16-9-2025 05:50 PM
Edited by Hellogirls at 16-9-2025 05:52 PM
pocongkiutss replied at 16-9-2025 11:34 AM
Sebab uols yg mula compare kat sini khen

Takpelah..at least janji dia nyanyi sodap dari mekjurah. ...


Pada aku biasa je suara dia nyanyi baik Faz baik Amighoo. Tapi sura Faz ckp ada nampak kewanitaan Amigho je mcm garau2 ciked.  Sbb  tu Amigho belum sampai ke pentas AJL.
Quote weezerfan 16-9-2025 06:08 PM
Baru sehari je mmglah syurga.x kenal lagi perangai kau. Lama2 nanti biol lah layan perangai malas ambik tau kau.serba serbi malas
Quote brainbiru 16-9-2025 06:09 PM
Udah2 la memuji bini tahap petala langit secara open begini....

Lihat semua komen(522)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2026 05:19 AM GMT+8 , Processed in 0.082237 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top