|
PETALING JAYA – Pelakon Fattah Amin mendedahkan dia dan isteri iaitu penyanyi, Amira Othman memiliki tujuan dan pemikiran tentang kehidupan yang sama sekaligus membantu menguatkan lagi hubungan mereka. Menurut Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, bukan sahaja tentang kehidupan, pandangan mereka berdua tentang agama juga selari. “Banyak bercakap tentang kerja tetapi kami ada satu topik yang saya suka iaitu mengenai agama dan tujuan hidup. “Kami ada persamaan bila berbual tentang hidup kerana pemikiran dan kepercayaan kami sama. “Apabila kami bersetuju tentang perkara yang sama, hidup akan seronok,” katanya dalam siaran langsung TikTok semalam. Fattah dalam masa sama menegaskan setiap pasangan perlu sekufu dalam hal berkaitan agama dan kehidupan. “Saya rasa agama memang perlu letak ditempat yang pertama dalam hidup.
“Bila nak berpasangan, itu yang perkara paling utama iaitu pegangan agama dan hidup. “Kalau dua benda itu tidak selari, takut perkara lain tak sama,” katanya lagi. Menerusi siaran langsung sama, Fattah juga memberitahu panggilan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya terhadap Amira adalah ‘aunty Mira’. “Fatima panggil Amira sebagai ‘aunty Mira’,” katanya ringkas. Pada 14 September lalu, Fattah dan Amira selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan di Sepang. Sebelum ini, Fattah pernah mendirikan rumah tangga dengan aktres Nur Fazura pada tahun 2017 namun berpisah talak satu pada 7 Oktober tahun lalu. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Fatima yang kini berusia lima tahun. Sumber: – KOSMO! ONLINE |


lanacondor replied at 17-9-2025 03:29 AM
Gambar cium tangan fattah pakai tshirt tu, masa dah nikah ke blom? Nak tau tu je
rainbowrainz replied at 16-9-2025 06:25 PM
Nmpkkn bedul ni pentingkn agama.agama tu teramat2lh penting sbb ngko tu bknnya lahir kapir.bgs bedul ...

ketipongtipah replied at 16-9-2025 07:32 PM
Sendiri provok… sendiri ketawa berguling.
..ko pun tahu kan tak kelakar pun tp gagah juger..

rainbowrainz replied at 17-9-2025 01:25 AM
Nmpkkn bedul ni pentingkn agama.agama tu teramat2lh penting sbb ngko tu bknnya lahir kapir.bgs bedul ...

emera replied at 17-9-2025 05:12 AM
Menikoh kedua ni, byk mulut pulak bedul ni ek?
emera replied at 17-9-2025 05:12 AM
Menikoh kedua ni, byk mulut pulak bedul ni ek?
miss_strangers replied at 17-9-2025 04:47 AM
Camtu pattah jangan berlakon pegang2 lagi yerrrr....jahmirah pom xleh nyanyi leer suara aurat khuenn ...


emera replied at 17-9-2025 05:12 AM
Menikoh kedua ni, byk mulut pulak bedul ni ek?
rbmy replied at 17-9-2025 07:07 AM
biar la mereka dgn kehidupan mereka. yg byk mengorek nak amik tau netizen. netizen tnya.. mereka jaw ...
lanacondor replied at 17-9-2025 03:29 AM
Gambar cium tangan fattah pakai tshirt tu, masa dah nikah ke blom? Nak tau tu je
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
12-4-2026 08:27 PM GMT+8 , Processed in 0.057241 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.