|
BEIJING – China membuka Jambatan Grand Canyon Huajiang yang tertinggi di dunia semalam, lapor portal berita VnExpress semalam. Jambatan itu setinggi 625 meter bersamaan dengan ketinggian dua Menara Eiffel di Paris, Perancis. Menurut portal berita Global Times, Jambatan yang menelan kos berbilion-bilion dolar merentasi Sungai Beipan di wilayah Guizhou itu sepanjang 2,890 meter. Jambatan itu akan memendekkan masa perjalanan daripada dua jam kepada hanya dua minit, lapor Global Times. Menurut akhbar Washington Post, jambatan itu bukan sahaja tertinggi, tetapi juga memiliki rentang terbesar iaitu bahagian tanpa struktur tiang yang pernah dibina di kawasan pergunungan. Kerja pembinaan bermula pada awal 2022. Kumpulan jurutera terpaksa berdepan dengan tebing curam, angin kencang dan ketinggian yang menggerunkan. Pada bulan lalu, jambatan itu lulus ujian paling sukar, lapor agensi berita Xinhua.
Sebanyak 96 lori dengan jumlah berat 3,300 tan melintasi jambatan itu dalam ujian beban statik dan dinamik. – AGENSI Sumber:- KOSMO! ONLINE |

mungkin laluan ni traffic x banyak sangat kot


)prince_marhaen replied at 29-9-2025 10:22 AM
Seramnya... teringat Final Destination
nisako replied at 30-9-2025 07:40 AM
mak ai mesti gayat
supernaturalee replied at 30-9-2025 08:10 AM
the 1st one rite?
yaaa yaaaa


airfilterkotor replied at 30-9-2025 08:23 AM
cicicumel replied at 30-9-2025 08:49 AM
Water curtains test ni utk apa? Mmg method utk tgk QC jambatan dlm engineering ke?
ADVERTISEMENT