CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Jangan Terasa, Gadis Melayu Jauh Lebih Cantik Tanpa Pakai Kanta Lekap” - Idris Khan

30-9-2025 10:44 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1634| Komen: 16

 


Pelakon Idris Khan menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pandangannya mengenai pemakaian kanta lekap berwarna di kalangan gadis Melayu.

Menerusi perkongsian di Threads, Idris berkata dia tiada niat untuk menghakimi sesiapa tetapi beranggapan kanta lekap berwarna seolah menutup keasilian kecantikan wajah seseorang.

 

“Sekadar berpesan, jangan ada yang marah atau terasa, tapi ada sesetengah gadis Melayu sebenarnya jauh lebih cantik tanpa kanta lekap berwarna.

“Kecantikan semula jadi itu jauh lebih menyerlah. Belajarlah untuk hargai kecantikan asli diri sendiri,” tulisnya.

Sementara itu, Idris menjelaskan dia bukan menghakimi sesiapa dan bukan sikapnya menilai seseorang namun itu hanya pandangannya bahawa setiap individu mempunyai keunikan mereka tersediri.


“Saya tidak menghakimi sesiapa. Itu bukan diri saya. Ini hanya pemerhatian dan pandangan peribadi. Anda tetap cantik walau tanpa kanta lekap. Cuma saya rasa kecantikan sejati terpancar apabila seseorang menghargai dirinya sendiri.

“Ada ketika kanta lekap berwarna itu tidak serasi dengan wajah.  dan saya rasa tidak menonjolkan kecantikan sebenar seseorang,” katanya.

Sumber:- Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote habisnamadahni 30-9-2025 12:18 PM
yazzz mcm intan najuwa,atikah suhaimi,sofea jane,fazura lawa without lens and tak penah lagi tgk dorang pakai lens taktau la kalau aku terlepas pandang ke hehe
Quote apedehal 30-9-2025 12:31 PM
habisnamadahni replied at 30-9-2025 12:18 PM
yazzz mcm intan najuwa,atikah suhaimi,sofea jane,fazura lawa without lens and tak penah lagi tgk dor ...

Fazura mmg xpakai lens..plg rengsek kalau muke maghrib tp lens nya biru
Quote PULANGKAN 30-9-2025 03:47 PM
setuju. tak cantik langsung. i dont know why its trending

biji mata warna-warni tu boleh la ngadap lagi even nampak awkward. tapi tang mata hitam besar tu. ko dah kenapa serupa kena rasuk je chuols. why tho
Quote aint 30-9-2025 05:42 PM
tiba2 iols rasa IK ni gentleman lak...
Quote Vanillah 30-9-2025 06:56 PM
PULANGKAN replied at 30-9-2025 03:47 PM
setuju. tak cantik langsung. i dont know why its trending

biji mata warna-warni tu boleh la ngadap  ...

Dia dh break ke dgn gefren ereb dia?
Quote Capt.bal 30-9-2025 07:30 PM
sopia barakbah mohon take note
Quote bottombikini 30-9-2025 07:45 PM
mentang2 mata gepren dia original

iols pun rengsa nengok org pakai lens color2
kalau hazel tu bole lagi terima
Quote lolipopmanish 30-9-2025 07:45 PM
Dia ni dah kahwin ke belum
Quote DeLuna85 30-9-2025 10:13 PM
Ikut lah pandangan masing2 kan. Tapi aku suka tengok yg pakai lens. Lagi2 yg bertudung lepas tu mekap on point. Cantik je.
Quote dewi_rina 1-10-2025 03:23 PM
Edited by dewi_rina at 1-10-2025 07:24 AM

Ye betul mata asli lagi cantik. tapi i prefer pakai lens sbb mata kabur2 ayam  
Tapi i pakai yg natural punya, kaler grey so tak nampak sgt mcm pakai contact lens
Quote habisnamadahni 1-10-2025 10:04 PM
apedehal replied at 30-9-2025 12:31 PM
Fazura mmg xpakai lens..plg rengsek kalau muke maghrib tp lens nya biru

haha iols tau sapa
Quote pinkpunk 3-10-2025 11:15 AM
setuju. buruk gila.
Quote sukanyanyi 3-10-2025 11:24 AM
Dah lama prasan, deris. N stuju sgt, deris. Dari study dh npk yg kusam kelam muka mlayu totok pakai warna brown cerah nampak anak mata je, tahu tak dh mcm dracula? Huduhhhh
Quote sukanyanyi 3-10-2025 11:27 AM
dewi_rina replied at 1-10-2025 03:23 PM
Ye betul mata asli lagi cantik. tapi i prefer pakai lens sbb mata kabur2 ayam  
Tapi i pakai yg natu ...

Yes, the word is subtle.. tp bese la, org kalo dh dpt pakai tu mana maunya yg subtle, sure deyols rase takde point pakai. Hence depa pakai yg menonjol mcm antu, sesuai lah bulan2 october ni bulan halloween. Yerghh not tasteful
Quote alaa 3-10-2025 05:10 PM
i setuju jugak. kan elok cantik dengan mata natural. tiberhhh kaler biru.
Quote Andyscenes 9-10-2025 06:43 AM
Aku pernah gaduh dgn gf dia. Kau igt si mangkuk ni ada, aku takut?

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.086641 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top