CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eira Syazira kongsi pengalaman ‘comeback’ di Indonesia, pernah terfikir untuk berhenti menyanyi

1-10-2025 11:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1327| Komen: 14

 


PELAKON dan penyanyi Eira Syazira pernah merancang untuk memberi tumpuan kepada perniagaan bersama suaminya yang juga penyampai radio,  Azad Jasmin. 

Bagaimanapun Eira atau nama sebenarnya Syazira Sarimah Sakinah Almera Shuhaimi, 41, membatalkan hasrat tersebut selepas mengikut permintaan suami yang mahu dia terus mengembangkan kerjaya seni di negara jiran. 

Selepas beberapa tahun, Eira kini kembali dengan single terbaharu berjudul Bawang Merah Bawang Putih hasil kolaborasi bersama penyanyi Indonesia, Nabila Maharani. 

"Sebenarnya saya pernah terfikir untuk berhenti menyanyi di Indonesia. Rasa macam sudah tidak mahu teruskan dan hanya mahu fokus pada perniagaan. 

"Tapi Pak Azad (suami) kata bila saya sudah mula menyanyi di sana, saya perlu habiskan sampai ke penghujung. 

"Sebab itu sekarang saya kembali dengan lagu baharu bersama Nabila Maharani,"katanya kepada mStar. 


Dalam pada itu, Eira mengakui tidak pernah merancang untuk mengembangkan kerjaya di Indonesia kerana tujuan asalnya ke negara itu hanya bagi mencari barangan perniagaan bersama suami. 

Namun rezeki berpihak kepadanya apabila dia diperkenalkan kepada pemilik Positive Art Entertainment, Om Jan yang kini menjadi pengurusnya di sana. 

"Sejujurnya tujuan saya ke Indonesia dulu hanya untuk berniaga dengan Pak Azad. Selepas itu saya berkenalan dengan Om Jan yang kini menguruskan kerjaya saya di Indonesia. 

"Selama ini tak pernah terfikir nak jadi penyanyi di Indonesia. Kalau ada peluang meluaskan kerjaya di sana mungkin dalam bidang lakonan tapi tak sangka rezeki saya dalam bidang nyanyian. 

"Kata Om Jan, mereka suka dengar cengkuk dari artis Malaysia. Katanya saya bawa personaliti Malaysia di negara itu," ujarnya. 

 

Mengulas lanjut tentang kolaborasi bersama Nabila, Eira memberitahu dia terkejut kerana penyanyi Indonesia itu memberi peluang kepadanya untuk merakamkan lagu duet. 

“Saya tak pernah menjangkakan penyanyi dan pencipta lagu, Tri Suaka akan mencipta lagu untuk saya, apatah lagi peluang untuk berduet dengan Nabila yang juga isterinya.

“Lebih mengejutkan apabila Nabila yang sebelum ini tidak pernah berduet dengan mana-mana penyanyi wanita bersetuju untuk berduet dengan saya,” katanya. 

Single Bawang Merah Bawang Putih kini boleh didengari di semua platform digital. 

 

Sumber:- mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bebawang 1-10-2025 01:19 PM
Mcm lg better berhenti je
Quote kaoru44 1-10-2025 01:40 PM
sedap ke suara eira ni? tak prnh dgr
Quote likilu 1-10-2025 01:56 PM
Penyanyi ke dia ni?

Xpelah gi je keje sana Indonesia
Laki dia duk sini bella ada untuk masak nasi lemak lauk udang
Quote dudaberhias 1-10-2025 02:05 PM
Tak pernah tahu pulak heshe ni penyanyi. Kalau suami dia percaya jugak la kalau heshe claim penyanyi tamil.
Quote izzah_mia 1-10-2025 02:25 PM
Bebawang: Mcm lg better berhenti je
setuju
Quote areyam 1-10-2025 02:36 PM
panjang nama dia Syazira Sarimah Sakinah Almera Shuhaimi ...  
Quote MsIda 1-10-2025 03:02 PM
Ehhh penyanyi ke dia...lah selama ni ingat berlakun je, itu pun perasan once in a blue moon je
Quote KamikuP 1-10-2025 04:03 PM
Bole le masuk pencalonan AIM nanti
Quote Perawankota 2-10-2025 09:34 AM
Ada mana2 warga Indonesia dlm forum ni tak? Nk tanya dorg, dia mmg famous ke Kat sana
Quote makneng 2-10-2025 09:40 AM
Tetiba teringat Nissan Almera [em:3:]
Quote pembacagosip 2-10-2025 09:51 AM
fazura
diana daniel
eira syazira

korang patut stop nyanyi
sebab bakat korang mmg hebat dlm lakonan, sgt menjiwai dan watak hidup kalau korang berlakon
itu hakikat fakta
bukan haters tapi sbb aku suka tgk korang berlakon. tapi tidak pada nyanyian...hanya pendapat
Quote jihah_kudat 2-10-2025 10:09 AM
pembacagosip replied at 2-10-2025 01:51 AM
fazura
diana daniel
eira syazira

masuk kan sekali liyana jasmay janna nick ni pun geng feeling2 suara sedap jugak..berlakon tak dinafikan tak kayu tapi menyanyi ayo
Quote sukanyanyi 2-10-2025 11:24 AM
Ade.. dulu penah tgk sheols dalam mv ost drama apentah.. tak ingat dh sbb dah lama sgt. Ingat skali tu je nyanyi. Oklah besyer2 je suara.
Quote jargon 2-10-2025 05:06 PM
pembacagosip replied at 2-10-2025 09:51 AM
fazura
diana daniel
eira syazira

Lagi sorang tizzy gn tin UA..stop mnyanyii plsss

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.213620 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top