CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Marah-marah sayang... Wanita ini masih masak untuk bekas suami, tak sampai hati tengok jodoh 13 tahun terabai makan minum

1-10-2025 11:04 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1503| Komen: 14


PERCERAIAN tidak semestinya berakhir dengan persengketaan antara pasangan.

Di Thread, seorang wanita menerima pujian kerana masih memasak dan menghantar makanan buat bekas suaminya.

"Lepas cerai, saya buat tak tahu je la. Lepas beberapa bulan, saya perasan badan dia susut. Marah tu marah, tapi sampai dia terabai makan minum dan susut badan, saya tak boleh. 

"Lagi pun, dia orang yang pernah kita sayang. Jadi saya mula masak balik untuk dia. Hasilnya, jadi 'manusia' balik. Sejak awal sampai 13 tahun kahwin, saya masak untuk dia.

"Dia tak suka makan luar. Sama perangai macam anak-anak. Kita pula jemu makan (masakan) sendiri," tulis wanita itu.

Walaupun masih berhubung baik, wanita itu berkata dia tidak mahu kembali bersama bekas suaminya.


"Jangan suruh sis get back dengan dia. Saya layak dapat lelaki yang boleh menghargai saya. Cukup saya korbankan 13 tahun. 


"Doakan saya jumpa lelaki yang baik dan boleh bawa ke syurga, yang boleh ajak solat, duduk sama-sama di meja makan, cakap baik-baik dan tak maki-maki," tulisnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mengakui terinspirasi dengan sikap baik yang dipamerkan wanita itu.

Malah, netizen turut menitipkan doa agar dia menemui pengganti yang lebih baik untuk mengisi kekosongan hati.

"Semoga Allah merahmati kamu. Kamu insan yang hebat.

"Besar hati awak, masih jaga seseorang walaupun dah bersama dengannya.

"Dia tak gila talak ke dapat layanan macam ni? Saya rasa mesti dia menyesal," tulis beberapa netizen.

 

Sumber:- mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 1-10-2025 11:07 AM
mcm jd maid ex tu jer? wehhhh, taktau nak nangis ke nak gelak baca citer ko ni kak.
Quote eyansss 1-10-2025 11:26 AM
kang cakap bodoh kang, ko marah...  tapi ko yang jadi enabler kepada diri sendiri...  budus...
Quote missyL 1-10-2025 12:07 PM
Baik sgt kne buli org amek kesempatan.
Ntah la
Klo dah jadi ex not my problem
Setakat kurus je
Klo sakit lain laj
Quote missyL 1-10-2025 12:08 PM
BoongaKertas replied at 1-10-2025 11:07 AM
mcm jd maid ex tu jer? wehhhh, taktau nak nangis ke nak gelak baca citer ko ni kak.

Free of charge plk tu
Quote BoongaKertas 1-10-2025 12:14 PM

jantan tu suka lah kan ada org masakkan utk dia. dia dah xyah bertanggungan plak. hahaha! dulu agaknya 50:50, now foc 100%. bodo giler lah ko kak.
Quote prince_marhaen 1-10-2025 12:17 PM
Lagi pun, dia orang yang pernah kita sayang. Jadi saya mula masak balik untuk dia. Hasilnya, jadi 'manusia' balik. Sejak awal sampai 13 tahun kahwin, saya masak untuk dia..


nampak sangat kau yang tak move on... silap2 masa hantar makan exlaki ajak main kau pun onz. Dasar bodoh tapi nak nampak mulia begini lah..
Quote zuuu 1-10-2025 12:35 PM
Mula2 aq nk bsangka baik maybe berpisah cara baik x sefahaman ke sebab tu leh laying x ngan baik tapi dia sndri cakap dia deserve laki yg tahu menghargai dia siap mintak doa moga dia dapat laki yg baik ajak solat dok makan sama2 x maki hamun...terus aq macam ko dh kenapa kak,elok2 dh divorce dh free leh focus diri sndri yg ko nk terlebih concern pada x yg xreti hargai ko dulu dh kenapa
Quote orangbiasaje 1-10-2025 01:41 PM
sis, andai rezeki dpt laki lebih baik, mohon berhentikan amalan ni ya.
Quote KamikuP 1-10-2025 04:05 PM
Ya amporn nmpk bekas alur spenda masa she tgh masak.. ekeke
Quote prettyuglybabe 2-10-2025 01:43 PM
selayaknya la jadi babu pada jantan..
Quote hasniey 2-10-2025 02:58 PM
Mcm mana nk jumpa suami lain sis kalau masih jd hamba ex.
Quote liyamariska 8-10-2025 02:11 PM
buat baik berpada pada, terpaling baik confirm dipijak kepala...
Quote afie_m 13-10-2025 03:02 PM
rajin nau masakkan utk ex...untunglah ex tu..hahahhah..ko pulak, hurm..silap haribulan, ad ayg nak kat ko, pk balik sebab ko still jaga makan ex
Quote belacan_gurl 26-10-2025 12:27 AM
Mesti ex dia x suka ajak solat..x suka duduk mkn di meja sama2 dan suka maki maki hehehheeh

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.045960 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top