|
SEORANG lelaki meluahkan rasa kecewa apabila isterinya gemar tidur di ruang tamu di hadapan televisyen sehingga menjelang waktu Subuh. Menurutnya, tabiat isterinya yang setiap hari tidur sambil menonton televisyen itu sama seperti ibu mentuanya. Ini berikutan dia sendiri melihat ibu mentuanya berkelakuan seperti itu ketika tinggal bersama semasa awal perkahwinan dulu. "Masa aku tinggal rumah mentua masa baru kahwin selalu tengok. Lepas Isyak mak mentua akan baring depan televisyen ruang tamu, terus lena sampai pagi, Subuh baru bangun. "Sekarang apabila di rumah sendiri, isteri pula lena depan televisyen sama macam mak dia, berbuih bagi ceramah tentang hukum hakam tetap sama," kongsinya. Lelaki itu mengakui dia berasa terkilan kerana mahu ditemani isteri di bilik, namun keadaan itu tidak pernah berubah. "Sudah puas nasihat, bagi dengar ceramah Ustaz Azhar Idrus tentang hukum berpisah tempat tidur dengan suami, tapi sama je," katanya.
Tambahnya sikap isterinya itu boleh diibaratkan cerminan dan hasil didikan ibu bapa mentuannya. "Apabila dia nak je dia akan tidur sebilik dengan kita... padahal kita ni setiap malam nak. Didikan awal bermula dari rumah iaitu mak bapa," katanya. Netizen berpandangan sebagai suami, lelaki tersebut tidak boleh berputus asa kerana akan tiba masanya isterinya berubah. "Suami kena main peranan ubah isteri, lama-lama isteri boleh ikut. Jangan biarkan nanti kita juga yang merana. "Fenomena macam ni memang nampak seperti masalah kecil tapi sangat membebankan perasaan suami. "Pasang televisyen dalam bilik atau ubah katil depan televisyen," syor warga maya. Untuk makluman bersama, hukum perpisahan tempat tidur antara suami isteri adalah haram dalam Islam jika dilakukan tanpa sebab yang diizinkan. Sumber:- mStar |
prettyuglybabe replied at 1-10-2025 12:04 PM
beli la satu tv letak kat bilik..
boleh terbongkang berjemaah depan tv atas katil..
kalau miskin tak ...
..Apabila dia nak je dia akan tidur sebilik dengan kita... padahal kita ni setiap malam nak..
prettyuglybabe replied at 1-10-2025 12:04 PM
beli la satu tv letak kat bilik..
boleh terbongkang berjemaah depan tv atas katil..
kalau miskin tak ...
prince_marhaen: Maksudnya kau tak cukup menarik la banggg...tak perform... kalau perform bini pun syok nak layan kauu hari2...kalau kau hari2 nak tapi 2-3 minit je ba ...
BoongaKertas replied at 1-10-2025 12:17 PM
bang, ko invest lah beli tv siap stereo dlm bilik kelamin. apa yg susahnya. adoi. benda boleh setel ...

imanamsyar replied at 2-10-2025 01:24 AM
alasan nak kawin lain tu...

© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-5-2026 01:33 AM GMT+8 , Processed in 0.033535 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.