CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ribuan rakyat meriahkan perarakan Istiadat Pernikahan Diraja Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah

2-10-2025 11:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2202| Komen: 7

 


KLANG – Suasana penuh meriah menyelubungi bandar diraja ini apabila ribuan rakyat membanjiri laluan utama menyaksikan Perarakan Istiadat Pernikahan Diraja Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan pasangannya, Cik Afzaa Fadini Abdul Aziz, hari ini.

Perarakan sejauh kira-kira 650 meter dari Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz ke Istana Alam Shah itu menyaksikan keberangkatan tiba Tengku Amir Shah menaiki kenderaan istana jenis Rolls Royce.


Istiadat turut diserikan dengan iringan kerabat Diraja selain Rejimen ke-25 Askar Melayu Diraja sebagai jejawat serta paluan kompang oleh kumpulan Istana Diraja Selangor.

Lebih 2,000 rakyat hadir sejak pukul 6.30 pagi memberi sokongan dan berkongsi kegembiraan, sekali gus meraikan detik bersejarah yang julung kali diadakan di negeri ini.


Rakyat yang hadir turut mengibarkan bendera negeri Selangor sepanjang perarakan tersebut.

Istiadat Akad Nikah Diraja dijadual berlangsung di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah pada pukul 10 pagi ini.  

Sumber:– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sfrnna 2-10-2025 12:06 PM
Tetiba mengenang memori dia bersama sasa 30K dan cakaran istana mamatut. Last2 kawin juga dgn wanita yg background helok.
Quote prince_marhaen 2-10-2025 12:34 PM
mamatut sekeluarga tak dapat undangan ke? macamana nak tunjuk pinggan royal ni...
Quote B40tastePosh 2-10-2025 01:23 PM
Cik Afzaa tu macam Peranakan Melayu Bugis...orang Selangor.

Alhamdulillah, dia pilih gadis Melayu Bugis Selangor.
Quote sharlenetexas 2-10-2025 01:26 PM
Tahniah.


Quote sharlenetexas 2-10-2025 01:27 PM
prince_marhaen replied at 2-10-2025 12:34 PM
mamatut sekeluarga tak dapat undangan ke? macamana nak tunjuk pinggan royal ni...

Itulah jahlop tak study betul2 taste anak raja ni. Ramos tetap pilih melayu. Exgong taste dia kokosen kaki panjang.

Quote nisako 2-10-2025 03:25 PM
wow tahniah RMS
Quote cm_vungtau 2-10-2025 03:40 PM
Rasa taste dia lebih kepada perempuan intelligent. Dia pemangku sultan la kan? Mampuih kalau dapat queen bodow. Agittew

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2026 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.121108 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top