|
PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel memintas misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa orang awam tidak bersenjata serta bekalan kemanusiaan penting untuk Gaza. Beliau berkata, tindakan zalim rejim itu jelas menunjukkan sikap tidak hormat Israel bukan sahaja terhadap hak rakyat Palestin, malah terhadap hati nurani dunia. “Flotilla ini melambangkan solidariti, kasih sayang dan harapan untuk meringankan penderitaan mereka yang terkepung. Namun ia telah berdepan dengan intimidasi dan paksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Anwar, Malaysia akan menggunakan segala cara yang sah dan berlandaskan undang-undang bagi memastikan Israel dipertanggungjawabkan, khususnya dalam hal yang melibatkan rakyat Malaysia. “Keselamatan dan maruah rakyat kita adalah keutamaan, dan kita tidak akan membiarkan ia diperkotak-katikkan tanpa pembelaan,” katanya.
Tambahnya, selagi rakyat Palestin dinafikan hak asasi dan cita-cita mereka, Malaysia akan terus berdiri teguh bersama mereka. “Kita tidak akan berhenti menuntut keadilan dan menentang kezaliman serta perampasan hak yang menimpa Palestin sejak sekian lama,” katanya. Sebelum ini, Kosmo! melaporkan lapan peserta GSF dari Malaysia yang berada di kapal Alma, Sirius dan Huga telah ditahan oleh tentera Israel. Empat peserta yang berada di atas kapal Sirius telah memuat naik video mesej kecemasan iaitu Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli. Sementara itu di kapal Alma, tiga peserta Malaysia iaitu Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil juga memuat naik video mesej kecemasan yang sama. Di kapal Huga, dilaporkan Zizi Kirana juga memuat naik video kecemasan bagi memaklumkan dirinya telah ditahan zionis Israel. Sumber:– KOSMO! ONLINE |

nusaraya replied at 2-10-2025 09:07 PM
Woow.... PMX mahu tunjukkan KEHEBATAN MalayDesh .kepada DUNIA.... Tetapi faktanya Omon-Omon doamg . ...
Dovahkiin replied at 3-10-2025 07:39 AM
Diorang akan kena bicara & deport ke negara2 berhampiran. Kerajaan pegi amik je.
Nak amik tindakan ...
gigahertz replied at 2-10-2025 11:43 PM
kalau kena tangkap dan di hantar balik kira gi sana makan angin kan ?
pinggan replied at 3-10-2025 07:17 AM
Sebelum kita boleh berlari, kita usaha untuk berjalan dulu. Mmg akan jatuh banyak kali. Tiada usaha ...

Purplehaz replied at 3-10-2025 02:26 PM
Aku pelik Dunia ni ttg solidariti itu ini..patut Pmx Dan negara2 Islam yg lain berkumpul meeting han ...

Samerosie replied at 3-10-2025 07:31 AM
Tak kisah la dia omon omon ke omin omin ka tak de kena mengena dgn hang yindon misekin pun. Bette ...

pinggan replied at 3-10-2025 07:17 AM
Sebelum kita boleh berlari, kita usaha untuk berjalan dulu. Mmg akan jatuh banyak kali. Tiada usaha ...
Purplehaz replied at 3-10-2025 02:26 PM
Aku pelik Dunia ni ttg solidariti itu ini..patut Pmx Dan negara2 Islam yg lain berkumpul meeting han ...
ADVERTISEMENT