CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Amerika berjanji lindungi Qatar daripada serangan luar

2-10-2025 03:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1303| Komen: 0

 


WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menandatangani perintah ikrar untuk mempertahankan sekutu utamanya, Qatar daripada sebarang serangan luar, kata White House  semalam dalam pengisytiharan  luar biasa susulan serangan Israel ke atas Doha  bulan lepas.

Serangan itu menimbulkan kemarahan Washington dan mendorong Trump mendesak Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya menerima perjanjian damai Gaza minggu ini serta meminta maaf secara peribadi kepada Qatar.

“Washington  akan menganggap sebarang serangan bersenjata ke atas wilayah, kedaulatan atau infrastruktur kritikal Qatar sebagai ancaman kepada keamanan dan keselamatan AS,” kata perintah eksekutif Trump.

“Sekiranya berlaku serangan sedemikian, kami akan mengambil semua langkah yang sah dan sesuai termasuk diplomatik, ekonomi dan jika perlu, ketenteraan untuk mempertahankan kepentingan AS serta Qatar,” tambahnya.


Perintah itu ditandatangani Isnin lalu, pada hari sama Trump melancarkan pelan damai 20 perkara untuk Gaza, namun pertama kali disiarkan  di laman web White House semalam. 

Sementara itu, Qatar berkata dalam satu kenyataan bahawa negara itu mengalu-alukan pemeteraian perintah eksekutif Presiden Trump yang mengiktiraf serangan ke atas wilayahnya sebagai ancaman kepada keamanan dan keselamatan Amerika.

Perjanjian itu adalah luar biasa kerana ia secara berkesan berjanji untuk melindungi satu sekutu AS terhadap yang lain.

Ia berlaku selepas serangan Israel ke atas Qatar pada 9 September lalu dengan menyasarkan pegawai-pegawai kanan Hamas yang membincangkan cadangan perdamaian AS untuk menamatkan perang  Gaza di Doha.

Qatar adalah salah satu perantara utama antara Israel dan Hamas.

Isnin lalu, Netanyahu menelefon Perdana Menteri Qatar dari Pejabat Oval White House, dengan menyatakan ‘kekesalan mendalam’ atas serangan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya, kata Washington. – AFP

Sumber:– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-4-2026 05:24 PM GMT+8 , Processed in 0.066392 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top