|
SEPANG – Lima rakyat Malaysia dan seorang rakyat Brunei yang bernaung di bawah Sumud Nusantara, Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka tiba di tanah air petang esok. Difahamkan, mereka akan diterbangkan dari Athens, Greece ke Malaysia sebelum menyambung tugas di Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), di sini. Sementara itu, salah seorang daripada mereka, Tuan Mohamad Asri Tuan Hussein memaklumkan, beliau dan peserta lain akan terbang ke tanah air malam ini. “Kami dijangka tiba di tanah air petang esok (Jumaat),” katanya yang juga Pengarah Media Muslim Care Malaysia. Beliau memaklumkan, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mereka akan terus ke Pusat Kawalan Operasi Sumud Nusantara (SNCC). Selain Tuan Mohd Asri, rakyat Malaysia lain yang pulang termasuk Abdul Rahim Azhari, Muhammad Khairin Afiq Mohd Subkhi, Ahmad Safuan Ujar, Nur Ilham Fansuri Zainal Rashid dan warga Brunei, Rezahmaisalamah Md Yusof.
Sumber:– KOSMO! ONLINE |
Tinot7 replied at 2-10-2025 04:47 PM
Heliza dgn zizi pi sana, kan?

edayildiz replied at 2-10-2025 04:57 PM
tertinggal bot ke kak tinot

B40tastePosh replied at 3-10-2025 04:29 PM
Hantar la Dr Vida dan Aliff Syukri
Purplehaz replied at 3-10-2025 02:18 PM
Lepas ni giliran artis mana pulak nak pergi.
Hantar jelah pilih Veteran2 askar komando polis yg be ...
lipans replied at 3-10-2025 04:38 PM
baik hantar sajad & hazwan ali. habis dicarut zionist kat sana.
lipans replied at 3-10-2025 04:38 PM
baik hantar sajad & hazwan ali. habis dicarut zionist kat sana.

lipans replied at 3-10-2025 04:38 PM
baik hantar sajad & hazwan ali. habis dicarut zionist kat sana.
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-4-2026 04:49 PM GMT+8 , Processed in 0.062351 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.