CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zaujahku, aku meredaimu kerana Allah – Datuk Mahadi, suami Heliza Helmi

2-10-2025 08:54 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3481| Komen: 39



 “Aku meredaimu kerana Allah. Jumpa nanti insya-Allah.”

Itu lafaz penuh ketulusan usahawan Datuk Mahadi Badrul Zaman saat melepaskan isterinya, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Heliza Helmi menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF).

Mahadi, 41, memohon doa orang ramai selain reda dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah demi perjuangan kemanusiaan.

“34 jiwa dari Malaysia berlayar membawa misi kemanusiaan. Salah satunya adalah zaujahku, Heliza.

“Teruskan berdoa lebih dari biasa, semoga semuanya selamat sampai dan pulang dengan kemenangan. Wahai rakyat Malaysia, jangan putuskan doa kita buat para pejuang kemanusiaan Global Sumud Fortilla yang kini berada di perairan Gaza.

“Semoga Allah melindungi, mempermudah urusan, memberkati pengorbanan mereka, terus diberi kekuatan, kesabaran dan pulang dengan selamat,” katanya dalam Instagram.


Heliza, 39, pula menzahirkan rasa terharu dengan restu suami, sekali gus memberi kekuatan untuk terus berlayar.

“Terima kasih kerana memberi keizinan dan reda. Ku serahkan dirimu dalam penjagaan Allah. Amin,” balasnya.

Bagaimanapun, setakat jam 8 pagi waktu tempatan, 17 rakyat Malaysia termasuk Heliza dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) selepas kapal mereka dipintas.

Antara sukarelawan yang disahkan ditahan termasuk penyanyi Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga, selain Musa Nuwayri, Iylia Balqis, Sul Aidil (Alma), Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli (Sirius).

Dalam perkembangan sama, SNCC memaklumkan sembilan kapal kini berada dalam status ‘diserang’, manakala 13 kapal lain sudah menghantar isyarat ‘kecemasan’.


Sumber:– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edayildiz 2-10-2025 09:31 PM
bila nk potong tu
Quote naina 2-10-2025 09:37 PM
Semoga semua selamat pulang..at least Malaysia tak berkecuali. Pmx pun turut terlibat.
Quote mrsLucky 2-10-2025 09:42 PM
Semoga Heliza dan adik akan kembali dengan selamat...
But husband janggut rebounding ni bukan dulu ada gossip he scammer...?
Quote noor2 2-10-2025 09:57 PM
Tengok Heliza berlakon dgn Amira othman...mmg kelakar dua2 ok lakonan
Quote noor2 2-10-2025 09:58 PM
Suami dia ni betulla cara...redha kerana Allah...
Quote belilies 2-10-2025 10:22 PM
edayildiz replied at 2-10-2025 09:31 PM
bila nk potong tu

Sebab tak potonglah bini tu sanggup lagi ngadap israel
Quote kikiharris 2-10-2025 10:30 PM
Tgk muka dia ni, teringat page PW. Ada je cerita latest sebelum page semut berapi kena kambus
Yg follow tahu lah kot si big S ni
Quote NuansaBiru 2-10-2025 10:33 PM
I don't have anything nice to say abt you
Cuma harap bini kau dan adiknya serta semua sukarelawan yg terlibat tu selamat je lah
Takyah nak melankolik sgt lah, kau sendiri jugak yg izin dia pegi pun
Quote ninja boy 3-10-2025 12:53 AM
Sbb she mmg biasa beraktivis volunteer sana sini so no problem
Quote Duriand24 3-10-2025 12:55 AM
Datang cuma nak gelak je kahkahkahkahkahhhhhh! Dekah aku tgk laki bini ni sekali ngan si adik itu.
Quote Minami2013 3-10-2025 01:03 AM
Video SOS heliza plg bersemangat. Org lain ckp slow je volume dan pace. Sheols mcm baca ikrar..

Sebak suara suami masing2.
Quote anggeriklatifah 3-10-2025 01:09 AM
Jangan nak tonggang perjuangan bini pulakk yer
Yg g bini kau
Bukan kau
Jangan nak pakai nama bini kau nak tipu dan scam org pulaak
Tak tu laaa npe aku rse dia akan guna nama bini diaa nnt nak scamm org lagi
Quote prince_marhaen 3-10-2025 08:24 AM
kenapa tak join tok janggut rebonding? kau bukannya ada bisnes legit pun kat sini.... takut mati letuwwww...
Quote red_velvet 3-10-2025 10:03 AM
Tak terbela janggut sejak terpalit kes scammer ni.. Ada panjang, ada pendek, ada rontok kat tengah.. Erghh boleh kot trim bagi sekata pastu sapu minyak kelapa bagi tumbuk helok
Quote edayildiz 3-10-2025 10:29 AM
belilies replied at 2-10-2025 10:22 PM
Sebab tak potonglah bini tu sanggup lagi ngadap israel

oh hehe..serius i xsuka laki janggut pjg
Quote tagas 3-10-2025 10:47 AM
Pulang kan la wey duit org

sian acik2 tua yg kena sacm tue

ratus riban abis gitu jer
Quote MissVixen 3-10-2025 12:34 PM
Rebounding ni ratus ribu scam orang. Sekarang nak tunggang bini mata kanta lekap ke???? Keji perangai.
Quote ciwelireng 3-10-2025 12:36 PM
Gelinya ????
Quote Zezo 3-10-2025 12:39 PM
Errr.. nk sucikan diri la ni. Padahal scammer.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2026 02:17 AM GMT+8 , Processed in 0.140889 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top