CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Saya dan keluarga saya telah duduk di pantai Gaza sejak pagi menunggu flotila" - Khaled

2-10-2025 08:58 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5937| Komen: 57



PETALING JAYA – “Jika mereka tidak sampai, apa yang saya perlu beritahu kepada keluarga saya?.”

Itu persoalan diungkapkan oleh seorang rakyat Palestin yang setia menantikan ketibaan konvoi misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) di pantai Gaza.

Menurut hantaran lelaki itu yang dikenali sebagai Khaled di Thread, dia bersama keluargnya telah menunggu di pantai Gaza sejal awal pagi bagi menyambut ketibaan konvoi GSF.

“Saya dan keluarga saya telah duduk di pantai Gaza sejak pagi menunggu flotila.

“Jika ia tidak sampai, apa yang akan saya beritahu keluarga saya? Beritahu saya,” tulisnya.

Dalam hantaran berbeza, lelaki tersebut turut meluahkan perasaan sedih selepas mengetahui beberapa kapal konvoi tersebut telah dipintas oleh rejim zionis.

“Saya masih menunggu GSF dengan penuh harapan. Hati saya berat apabila mengetahui bahawa beberapa bot telah dipintas. Tetapi kami tetap teguh, menunggu di pantai Gaza, berdoa agar mereka sampai kepada kami dengan selamat.


“Seperti yang anda lihat, masih tiada bot kelihatan,” katanya.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna termasuk rakyat Malaysia meminta agar rakyat Palestin terus sama-sama berdoa agar sebahagian daripada konvoi tersebut selamat tiba di Gaza.

“Salam saudara, harapan kami untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang GSF terletak pada anda sekarang. Sesetengah kapal tidak dapat dikesan manakala Mikeno telah dilaporkan sebagai yang paling dekat untuk menghubungi anda. Kakak kami Ardell dari Malaysia, berada di bot itu. Jika dia berjaya tiba di sana, tolong lindungi dia dalam apa jua keadaan,” kata Dayang.

“Kami juga menunggu mereka tiba di sana dengan selamat. Sila maklumkan kepada kami jika mereka tiba kerana kini kami tidak lagi menerima sebarang berita,” kata Raisya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan tiga lagi sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF ditahan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhannya 15 orang.

Sumber:– KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kotakbaju 2-10-2025 10:33 PM
Kesiannya penduduk yang sangat berharap agar kapal bantuan tu sampai ke sana tapi apakan daya, semua kapal katanya dah dipintas z kan
Quote freesia71 3-10-2025 08:29 AM
Kenapa aku rasa dia ni mcm scammer jek.
Quote Samerosie 3-10-2025 08:45 AM
La org dah sedaya upaya tolong bawa 45 kapal kalau dah kena tahan, nak samoai macamana? Ckp je la kat family tak de rezeki kali ini, tak payah over, nak guilt trip.  Kadang2 derang ni over buat iols yih sgt. Mcm kes bawa ke mesia pastu tantrum rosak reta org.
Quote Ai_kiu 3-10-2025 08:56 AM
Ai tak layak nk comfort rakyat palestin/gaza.
Hanya mampu berdoa semoga terus kuat bertahan di sana.
More ships and vessels will try to come thru again and again and again.
All eyes on Gaza!
Quote Minami2013 3-10-2025 09:05 AM
freesia71 replied at 3-10-2025 12:29 AM
Kenapa aku rasa dia ni mcm scammer jek.

Kadang byk account kat tiktok yg sus. Sbb nk byk view live dan gifts. Knowing rakyat malaysia ni kan pemurah tak bertempat kdg tu. Dia ni kat thread kan.
Quote ninja boy 3-10-2025 09:58 AM
Singapore kanada belgium etc boleh airdrop brg
Quote BungaKencana 3-10-2025 10:16 AM
Minami2013 replied at 3-10-2025 09:05 AM
Kadang byk account kat tiktok yg sus. Sbb nk byk view live dan gifts. Knowing rakyat malaysia ni k ...

baca psl ni buat i terfikir, zmn ZRA pegi Palestine (waktu Tun M masih jd Penasihat Petronas / PM), Tun pesan jgn amk gmbr masjid je tp amk gmbr2 org Palestine sbb mereka sgt miskin.. ZRA cite lps solat Jumaat dia pegi rumah sorang rakyat Palestine, suami bed ridden skt jantung, isteri tgh menggiling dia igt giling apa, rupanya giling daun utk buat mknn & dia giling sbb nk bg suami dia sng kunyah. Pastu dia bg duit dkt sorang budak utk belikan mknn utk suami isteri tu..

lps tu ZRA cite ramai org2 palestine ddk tggu org beli kurma tp sape nk beli semua miskin, lps tu dia nmpk restoran dia pegi situ & ckp dia byrkan untuk 20org mkn tp dia tak blh tggu takut kne serbu & agen israel pntau..

- ni tgk tibe dorang ada HP, dari mana dpt duit internet pastu nk chrge lg.. yg betul2 tertindas ni nk mkn pun takde mknn ape tah lg gajet
Quote cm_vungtau 3-10-2025 10:21 AM
Kalau masuk pakai kapal memang ler kena tahan. Kasi jelah Singapore handle, bagi air drop aje. Pastu Singapore memang guna Air Force, bukan pakai influencer. At least memang trained in combat.
Quote Dwdrum 3-10-2025 11:35 AM
Coba sendiri lawan ambush hamas bussiness yang jual bantuan sepatut nya free... Flotila ini seperti hamas enabler saja... Orang lain mampu tengok and hope..
Quote royaldanish 3-10-2025 11:51 AM
BungaKencana replied at 3-10-2025 02:16 AM
baca psl ni buat i terfikir, zmn ZRA pegi Palestine (waktu Tun M masih jd Penasihat Petronas / PM) ...

itula tepikir juga aritu... kalau ikut berita gaza ni musnah sana sini. tapi boleh pulak ada internet nak live.
Quote royaldanish 3-10-2025 11:52 AM
Samerosie replied at 3-10-2025 12:45 AM
La org dah sedaya upaya tolong bawa 45 kapal kalau dah kena tahan, nak samoai macamana? Ckp je la ka ...

dia ingat mcm petik jari je terus mendarat kapal kat tepi pantai... ingat ni mcm kes rohingnya sesuka hati mendarat kat langkawi nun
Quote bpbbppbp 3-10-2025 12:59 PM
Edited by bpbbppbp at 3-10-2025 01:03 PM
BungaKencana replied at 3-10-2025 10:16 AM
baca psl ni buat i terfikir, zmn ZRA pegi Palestine (waktu Tun M masih jd Penasihat Petronas / PM) ...


Maybe dia guna solar panel/generator kott. Charge phone rmai2.


https://www.youtube.com/shorts/4RZr7jNXq9U?app=desktop
Quote Minami2013 3-10-2025 01:32 PM
BungaKencana replied at 3-10-2025 02:16 AM
baca psl ni buat i terfikir, zmn ZRA pegi Palestine (waktu Tun M masih jd Penasihat Petronas / PM) ...

Gaza mmg dah maju jugak hasil drpd bantuan dan sokongan negara2 islam tak silap i. Walau tiap tahun kena serang, tapi lepas tu bangkit semula. Zaman ZRA tu mungkin dulu2 la miskin sgt tu. I suka dgr ZRA sbb dia cerita based on experience dan knowledge dia sbgai reporter kan. Org yg awal2 tgk sendiri kat palestin.
Quote pooh~key 3-10-2025 02:22 PM
Samerosie replied at 3-10-2025 08:45 AM
La org dah sedaya upaya tolong bawa 45 kapal kalau dah kena tahan, nak samoai macamana? Ckp je la ka ...

Sebab tu yahudi saja tinggalkan bilangan mereka sedikit tanpa dibunuh sissy, sebab nak tunjuk macam mana perangai mereka sebenar sissy.
Quote lanacondor 3-10-2025 02:33 PM
cm_vungtau: Kalau masuk pakai kapal memang ...
Singapore boleh buay mcm tu sb dorg mmg ada hubungan diplomatik dgn i$rahell la chuolz. Kalau kita buat air drop tu mmg kene tembak  awal2 sb kita xde hubungan diplomatik dgn dorg.
Quote TeropongThaico 3-10-2025 02:42 PM
“Jika mereka tidak sampai, apa yang saya perlu beritahu kepada keluarga saya?.”

Ayat tu mcm pentingkan diri pulak... Bukan nak doakan supaya org2 yg sukarela tu selamat sampai. Dah le org tu bersusah payah pertaruh untung nasib utk diarg
Quote BungaKencana 3-10-2025 04:57 PM
bpbbppbp replied at 3-10-2025 12:59 PM
Maybe dia guna solar panel/generator kott. Charge phone rmai2.

mgkn.. tp takut juga palestinian yg side Fatah tu.. dorang kan hidup senang di israel (BERHARAP MEREKA JD TALAM DUA MUKA YG BAIK MAKSUDNYE BUAT BAIK DGN ISRAEL SBB NK TLG RAKYAT SNDR)
Quote BungaKencana 3-10-2025 05:00 PM
Minami2013 replied at 3-10-2025 01:32 PM
Gaza mmg dah maju jugak hasil drpd bantuan dan sokongan negara2 islam tak silap i. Walau tiap tahu ...

Alhamdulillah kalau semakin maju tp takut yg maju ni belah2 Fatah je mskdnye yg baik dgn israel.. yg Gaza ni ttp dgn pendirian mereka nk pertahankan hak mereka.. i berckp dari kisah2 media kita & dari video2 saja, kalau ada slh maap ye
Quote Minami2013 3-10-2025 06:02 PM
BungaKencana replied at 3-10-2025 09:00 AM
Alhamdulillah kalau semakin maju tp takut yg maju ni belah2 Fatah je mskdnye yg baik dgn israel..  ...

Ala, tak perlu pun mintak maaf. Setiap org ada pov masing2. Kita ni pun baca apa info yg tersedia di media.

Belah fatah ni west bank. Meols pernah pergi sana kalo tgk penempatan mmg antara dua darjat la antara org israhell dgn palestinian. Kat gaza mmg meols tak tau. Tgk gambar je.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-4-2026 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.436782 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top