CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Tak menyesal kahwin muda, buang banyak sikap negatif’ - Haqiem Rusli

2-10-2025 09:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1570| Komen: 19

 


PETALING JAYA – Penyanyi Haqiem Rusli mengakui status suami yang digalas sejak lima tahun lalu membentuknya menjadi lelaki lebih matang dan bertanggungjawab.

Haqiem atau nama penuhnya Ridzuan Haqiem Rusli, 27, berkata, perkahwinan dengan isteriny, Anis Sofea telah mengikis banyak sikap negatif dalam dirinya sebelum ini.

“Setakat ini, perkahwinan mengajar saya erti kematangan. Bukan nak cakap saya terlalu matang, tetapi perkahwinan ini buang banyak benda negatif dalam hidup saya.

“Mungkin dulu saya ada perangai, contohnya sombong dan sikap toksik orang muda. Selepas kahwin jadi lebih bertanggungjawab,” katanya kepada HibGlam pada sidang media pengumuman Anugerah Bintang Popular baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia menegaskan tidak pernah rasa menyesal mendirikan rumah tangga pada usia muda.

“Tidak menyesal sama sekali.

“Sebab saya percaya itu takdir yang Allah SWT sudah diaturkan,” ujarnya.

Mengulas tentang cahaya mata, dia menyerahkan urusan tersebut kepada Allah.

“Itu tiada jawapan, semua rezeki daripada Dia.

“Kami bukan tak berusaha tetapi jawapan itu pada Allah,” jelasnya.

Terdahulu, Haqiem dengan dua kali lafaz selamat bergelar suami kepada Anis pada 19 November 2021 di Cyberjaya.  

Sumber:– KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pasubungaa 2-10-2025 09:13 PM
Tup tup dah lima tahun?!
Quote ninja boy 2-10-2025 09:14 PM
Jika dapat handle anak bini bermaksud boleh handle dunia
Quote LadyCarefree 3-10-2025 12:40 AM
Adoi. Nightmarelah japgi tertengok muka hodoh yg dah lama tak nampak.
Quote LadyCarefree 3-10-2025 12:41 AM
ninja boy replied at 2-10-2025 08:14 PM
Jika dapat handle anak bini bermaksud boleh handle dunia

Handle isteri sampai buka tudung?
Quote prettyuglybabe 3-10-2025 10:31 AM
baru 5 tahun..
kau tunggu 15 20 tahun kalau masih bertahan baru la kata gitu..
Quote sukanyanyi 6-10-2025 03:52 PM
benang dik qiqiem mmg sendu dari dulu ke sejak heols kawen?

meols bosan ar lately asal bukak porem je yg kat atas psl bella, ardell, fatmira..
Quote orangbiasaje 9-10-2025 05:52 PM
sukanyanyi: benang dik qiqiem mmg sendu da ...


okay la tu. tak byk skandal, perangai dah terurus la tu lepas kahwin. Ada org dah kawin beranak-pinak pun byk keluar forum gosip, bermasalah. No news is good news kekdahnya.
Quote EncikRhoma 11-10-2025 07:38 AM
Takpe haqiem...lagi 10 tahun boleh masuk gegarvaganja dengan dek aiman tino
Quote GegarVaganja 11-10-2025 11:12 AM
EncikRhoma replied at 11-10-2025 07:38 AM
Takpe haqiem...lagi 10 tahun boleh masuk gegarvaganja dengan dek aiman tino

Calon-calon GV20:
Lelaki:
Haqiem Rusli
Aiman Tino
Khai Bahar
Sufian Suhaimi
Luqman Faiz
Daniesh Suffian

Perempuan:
Najwa Latiff
Iman Troye
Wany Hasrita
Wani Kayrie
Vanessa Reynauld
Nabila Razali

Group:
Dolla
Alpha





Quote zehra2 11-10-2025 11:35 AM
lagu2 dia ok gak dulu.. knapa tak nyanyi lagi ek
Quote cicicumel 11-10-2025 11:48 AM
He sendu skrg..in fact xde penyanyi lelaki yg strong skrg..balik2 lagu 90-an jgak org dengar dan kembali viral...haha...
Quote missbigrockstar 11-10-2025 04:46 PM
Ingatkan pengkid mana lah tadi
Dia ni dari masa kecik² ceburi industri, spek mata hitam tak pernah lekang. Trademark dia kot.
Lama tenggelam sejak kawin. Suara dia sedap juga.
Quote Joysparta 11-10-2025 06:32 PM
Rugi kawen muda byk lagi benda boleh explore
Quote ashilalat 12-10-2025 07:35 AM
Kau kawen je, terus flop pencapaian ko dalam bidang seni. Kesian
Quote antaradua 12-10-2025 07:42 AM
Lepas kawin terus sendurina ko qiqiedepresi
Quote LaskarHijayu 12-10-2025 12:11 PM
missbigrockstar replied at 11-10-2025 04:46 PM
Ingatkan pengkid mana lah tadi
Dia ni dari masa kecik² ceburi industri, spek mata hitam tak pern ...

Sebab aku rasa klu dia bukak spek mata dia pelik. Maka biar la dia pki je spek haha
Quote af_mania 12-10-2025 04:59 PM
LaskarHijayu replied at 12-10-2025 12:11 PM
Sebab aku rasa klu dia bukak spek mata dia pelik. Maka biar la dia pki je spek haha

Meols baca ni terus teringat lukisan mata nobita dalam komik doraemon kalau nobita tak pakai spek
Quote LaskarHijayu 12-10-2025 05:05 PM
af_mania replied at 12-10-2025 04:59 PM
Meols baca ni terus teringat lukisan mata nobita dalam komik doraemon kalau nobita tak pakai spek  ...

Tp dik qiqiem ni lg pelik chuolss... udah serupa sakit mata pon ade huhuhu
Quote rayna_raynes 12-10-2025 06:33 PM
Tapi sayangnya kerjaya seni dia tak berkembang selepas lagu Mimpi. Single2 yang dia keluarkan semua stuck di tahun 2012

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2026 01:37 PM GMT+8 , Processed in 0.043860 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top