CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Himpunan Sumud Flotilla: Kedutaan AS enggan terima memorandum bantahan

2-10-2025 09:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1718| Komen: 3

 


KUALA LUMPUR – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) enggan menghantar wakil bagi menerima memorandum bantahan berkaitan penahanan aktivis Misi Global Sumud Flotilla (GSF) di Gaza, di atas alasan faktor keselamatan.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, beliau sendiri telah menghubungi pihak kedutaan untuk menyampaikan memorandum tersebut, namun ditolak pada saat akhir.

“Tadi kita dah serahkan memorandum tersebut dan saya telah berhubung dengan wakil Kedutaan Amerika Syarikat lebih awal.

“Tapi di atas alasan keselamatan, pihak kedutaan enggan hantar wakil,” katanya ketika ditemui pada Himpunan Sumud Flotilla di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, di sini hari ini.

Muhammad Kamil berkata, memorandum itu menuntut tiga perkara iaitu pembebasan segera semua sukarelawan yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) tanpa tanpa ada sebarang kecederaan ataupun tindakan.


Selain itu, katanya, Amerika Syarikat digesa menggunakan pengaruhnya ke atas Israel supaya membenarkan kapal GSF yang membawa makanan, perubatan dan bantuan untuk sampai ke perairan Gaza.

“Kita juga ingin menggesa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk memastikan Benjamin Netanyahu tidak menggangu proses pendamaian yang sedang dilakukan.

“Ini termasuk kenyataan berkenaan reconstruction of Gaza (pembangunan semula Gaza) dirombak dan diteliti semula mengambil kira aspirasi dan juga kehendak rakyat di Gaza dan negara Palestin.

“Pihak luar tidak wajar menentukan masa depan serta nasib dan hala tujuh bagi warga di Gaza,” ujarnya.  

Sumber:– KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Purplehaz 3-10-2025 02:13 PM
Minta pmx la calling calling terampu
Quote pooh~key 3-10-2025 02:18 PM
Pandai team madanon sissy. Terus hilang gaduh pasal budi95 sissy.
Quote Kitty_catz 3-10-2025 03:04 PM
gomen US kan shutdown noks. dah masuk 3rd day

deme sendiri pun huwu hara

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2026 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.038745 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top