CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 lelaki ditahan, polis cedera ketika himpunan depan Kedutaan AS - Ketua Polis Kuala Lumpur

2-10-2025 09:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1724| Komen: 11

 


KUALA LUMPUR – Dua lelaki ditahan selepas didapati menghalang pihak polis menjalankan tugas kawalan keselamatan ketika berlangsungnya perhimpunan aman solidariti Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Jalan Tun Razak, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kejadian itu berlaku sekitar pukul 12 tengah hari ketika kira-kira 50 peserta berkumpul di lokasi berkenaan.

“Keadaan mulai menjadi tegang apabila terdapat peserta mula menutup aliran trafik di Jalan Tun Razak berhadapan Kedutaan Amerika Syarikat.

“Kekecohan yang berlaku telah menyebabkan seorang anggota polis mengalami kecederaan di bahagian mulut akibat disiku oleh peserta perhimpunan yang terlibat semasa menjaga kawalan keselamatan di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Fadil, dua lelaki berusia 23 dan 32 tahun kemudiannya ditahan kerana bertindak menghalang polis menjalankan tugas.


“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Beliau dalam pada itu menasihati penganjur dan peserta agar mematuhi undang-undang sedia ada semasa berhimpun, selaras dengan hak kebebasan berhimpun secara aman yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Polis menghormati kebebasan rakyat Malaysia untuk berhimpun secara aman dan bersedia memberi kerjasama serta sokongan bantuan keselamatan.

“Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kumpulan atau individu yang melanggar undang-undang,” tegasnya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.  

Sumber:– KOSMO! ONLINE
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dagusengett 2-10-2025 11:39 PM
Yang video ada mamat baju hitam tu ke. Katanya mamat tu undercover cop planted bikin kecoh so protestor aman2 jadi ganas pulak
Quote L.U.S.M 4-10-2025 01:59 PM
Alaaaaa...yg buat kecoh tu bukan demonstrator tp polis undercover jugak...mcm laaa baru first time trick ni dorg buat..nk kata pengganas
Quote Decaffeinated 4-10-2025 02:46 PM
dagusengett replied at 2-10-2025 11:39 PM
Yang video ada mamat baju hitam tu ke. Katanya mamat tu undercover cop planted bikin kecoh so protes ...

Kenapa polis sendiri nak bikin kecoh? apa jadi pada mamat baju hitam tu?

Quote sharlenetexas 4-10-2025 10:04 PM
dagusengett replied at 2-10-2025 11:39 PM
Yang video ada mamat baju hitam tu ke. Katanya mamat tu undercover cop planted bikin kecoh so protes ...

Masa rusuhan indon ri tu kan ada bideo yg tunjuk pasal undocover ni. Salah satunya ada mamat jual goreng gorengan mata dia asyik tgk kat jalanan. Tak tengok pun kat kuali dia. Kot kot hangit tak perasan


Quote sharlenetexas 4-10-2025 10:07 PM
Jap eh. Masih belum ada thread pasal ts shamsudin sapura ke? Bergaduh anak beranakkah? Anak kembar mix iran tu pun dah besar umur 20s.


Quote B40tastePosh 5-10-2025 02:41 AM
sharlenetexas replied at 4-10-2025 10:07 PM
Jap eh. Masih belum ada thread pasal ts shamsudin sapura ke? Bergaduh anak beranakkah? Anak kembar m ...

Iols pun baca tadi, tapi dah tak ceritanya.

Btw Sapura Energy tu pun dh tinggal kenangan.. gov dah bail out.
Quote dagusengett 5-10-2025 07:54 AM
Decaffeinated replied at 4-10-2025 02:46 PM
Kenapa polis sendiri nak bikin kecoh? apa jadi pada mamat baju hitam tu?

Dulu2 time pakatan baru nak up i ada join jugak event2 depa
Event santai jer
Tapi jumpa anggota special branch
Depa bwk video cam record pengunjung
Quote dagusengett 5-10-2025 07:54 AM
sharlenetexas replied at 4-10-2025 10:04 PM
Masa rusuhan indon ri tu kan ada bideo yg tunjuk pasal undocover ni. Salah satunya ada mamat jual  ...

Nak perhati org boleh
Nak provoke mmg tak patut la
Quote Radzor 5-10-2025 07:59 AM
betul ke yang pegang mic tu setpol anuar?
Quote Decaffeinated 5-10-2025 10:34 AM
dagusengett replied at 5-10-2025 07:54 AM
Dulu2 time pakatan baru nak up i ada join jugak event2 depa
Event santai jer
Tapi jumpa anggota sp ...

Aku percaya kalau Sb hadir sbg spy. Lojik lah dah tu kerja dia. Tapi nak tuduh dorang yang mulakan kekecohan tu i don't think so lah.
Quote zorrro_03 5-10-2025 09:12 PM
Decaffeinated replied at 5-10-2025 10:34 AM
Aku percaya kalau Sb hadir sbg spy. Lojik lah dah tu kerja dia. Tapi nak tuduh dorang yang mulakan ...

dan2 i don ting so )

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2026 07:23 PM GMT+8 , Processed in 0.064019 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top