|
SEMUA 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan berada dalam keadaan selamat selepas ditahan tentera Israel pada Khamis, waktu tempatan. Menurut kenyataan Wisma Putra, kerajaan sedang mengambil langkah sewajarnya bagi menjamin keselamatan serta pembebasan segera kesemua peserta tersebut. "Kementerian ini telah menerima maklumat bahawa semua yang ditahan berada dalam keadaan selamat dan sihat, dan akan dihantar pulang melalui negara ketiga. "Kementerian ini akan memastikan mereka menerima sokongan serta bantuan konsular yang diperlukan bagi menjamin kepulangan mereka selamat ke Malaysia," demikian menurut kenyataan tersebut. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan sudah berhubung dengan beberapa pemimpin negara sahabat termasuk Amerika Syarikat bagi mendapatkan kerjasama mereka dalam isu berkenaan.
Dalam masa sama, Menteri Luar Negeri turut mengarahkan perwakilan Malaysia di rantau terbabit, termasuk Kedutaan-Kedutaan Besar Malaysia di Amman dan Kaherah, supaya mendapatkan bantuan diplomatik daripada kedutaan negara-negara Asean di Tel Aviv, Israel. "Kerajaan Malaysia akan terus komited menjaga keselamatan rakyat Malaysia di luar negara. Kerajaan turut menegaskan bahawa penahanan peserta GSF adalah tidak sah. "Pihak kami menuntut agar mereka (tahanan) dilayan selaras dengan undang-undang antarabangsa serta dibebaskan dengan segera," jelasnya lagi. Untuk rekod, empat negara Asean mempunyai kedutaan di Tel Aviv iaitu Thailand, Singapura, Myanmar dan Filipina. Sumber: – mStar |

Purplehaz replied at 3-10-2025 02:09 PM
23 org tu blk naik flight kann.
Mknn, ubatan etc, Kapal layar dorang mcmana la nasib nya..dibuang, r ...

Purplehaz replied at 3-10-2025 02:09 PM
23 org tu blk naik flight kann.
Mknn, ubatan etc, Kapal layar dorang mcmana la nasib nya..dibuang, r ...
prince_marhaen replied at 3-10-2025 02:53 PM
Actually sepengetahuan meols, yang first batch ni tak bawa apa2 pun, sebab kapalnya pun kecik, fir ...
B40tastePosh replied at 3-10-2025 02:56 PM
Sepatutnya pakai bot laju Aceh tu..
Purplehaz replied at 3-10-2025 03:03 PM
Hahahaaa...mcmana la rupenye.
B40tastePosh replied at 3-10-2025 03:19 PM
Ni, bot pancung 5 enjin
Purplehaz replied at 3-10-2025 03:23 PM
Belum separuh pergi minyak dh abis, maka belayor la bot tanpa enjin ke Hawaii
Purplehaz replied at 3-10-2025 03:02 PM
Lebih propa jer dorang ni. Buatlah strategi betul lebih practical. Jgn nak asyik main isu solidari ...
B40tastePosh replied at 3-10-2025 03:25 PM
So far dari Sumatera ke Malaysia boleh sampai.
B40tastePosh replied at 3-10-2025 03:26 PM
Dari Turkiye ke cross border Israel
Purplehaz replied at 3-10-2025 03:54 PM
Berkampunglah ejen2 sumud di turkiye, pastu susun strategi nyelinap ke Syria Jordan , Israel to Ga ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
21-4-2026 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.056449 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.