CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Ada Ibu Yang Nak Berpelukan, Luah Perasaan” – PU Amin Jelas Hukum Wanita Berjuang Tanpa Mahram

3-10-2025 10:22 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3137| Komen: 21

 


Pendakwah bebas, PU Amin menjelaskan hukum wanita yang mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza tanpa membawa mahram mereka.

Menerusi perkongsian di radio Suria, PU Amin menjelaskan mengenai hukum bekrenaan dimana melarang wanita bermusafir tanpa mahram namun wujud khilaf serta pengecualian yang dibenarkan ulama.


“Hukum asal wanita memang tak dibenarkan bermusafir tanpa mahram. Tapi ada khilaf dalam kalangan ulama.

“Ada hadis Nabi mengatakan larangan musafir tanpa mahram sebab di dalamnya nanti akan hilang keamanan atau rosak keselamatan, maka mahram itu tadi akan membantu menyelamatkan wanita yang dijaga,” katanya.

Bagaimanapun, PU Amin berkata terdapat juga ulama lain yang meletakkan pengecualian berdasarkan beberapa situasi. 

“Tapi kita kena ingat, ada pengecualian dalam keadaan tertentu. Agama ini walau ada satu hukum pada asalnya memang tak boleh, tapi ada pengecualian.

“Contohnya hadis Safar di zaman Nabi, ada wanita-wanita meninggalkan suami dan mahram untuk berhijrah dengan Rasulullah SAW.

“Amalan para sahabat juga apabila melihat sesuatu rombongan itu aman dan terjaga, contohnya seperti kita pergi umrah bukan dengan mahram tetapi yang sertai ada sekumpulan wanita bersama.

“Yang kita percaya di dalamnya takkan ada ikhtilat, maksiat, pencerobohan dan kapal terbang pun selamat maka itulah perjalanan yang dibenarkan walaupun tanpa mahram,” katanya.

Dalam pada itu, PU Amin berkata kehadiran aktivis wanita di Gaza amat penting serta memberi contoh para ibu yang memerlukan rawatan dan sokongan psikologi daripada doktor wanita.

“Sebab bila sampai di Gaza, kita tahu ada wanita-wanita yang perlu untuk disantuni dengan doktor wanita dan mesti ada pakar psikologi wanita.

“Pasti ada ibu-ibu yang nak berpelukan dan meluahkan perasaan kepada aktivis wanita. Jadi apabila ada kaum wanita yang pergi, perjalanan kita lagi lengkap dan paling penting dapat restu,” katanya.

Tambah PU Amin lagi, dia turut melihat sendiri peserta Global Sumud Flotilla mendapat restu daripada ahli keluarga mereka untuk berjuang. 

Sumber: – Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 6-10-2025 12:27 AM
Habis tu asal nak bermusafir kena minta Mahram teman ke???
Quote pooh~key 6-10-2025 06:45 AM
Dah kena bukak al quran version 2.0 ke untuk ubah suai hukum mengikut peredaran zaman sekarang sissy?
Quote Rdizz 6-10-2025 07:51 AM
pooh~key replied at 6-10-2025 06:45 AM
Dah kena bukak al quran version 2.0 ke untuk ubah suai hukum mengikut peredaran zaman sekarang sissy ...

Hukum feqah boleh flexible, boleh berubah ikut kesesuian masa, tempat dan adat setempat, tapi kena rujuk yg ahli, bkn pandai2 sendiri. Itu lah keindahan Islam, Allah yg jadikan manusia dan alam ini, Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

Sementara aqidah tidak boleh berubah dlm apa jua keadaan.
Quote ultra78 6-10-2025 07:59 AM
Mereka pergi ke kawasan perang genocide dan tiada siapa boleh menjamin keselamatan mereka. Jauh sangat bila compare dengan pergi haji atau umrah tanpa mahram, atau pergi misi bantuan bencana alam.

Kalau guna hujah perang di zaman nabi pun tak kena, sebab pada zaman nabi wujud juga tentera islam yang melawan musuh. Perang di Gaza pula cuma ada tentera Israel sahaja yang melancarkan serangan ke atas orang awam. Negara Arab Islam lain cuma tengok sahaja tak boleh buat apa-apa.
Quote Suchi 6-10-2025 08:06 AM
Ada baca post sorang influencer ni zeeda aziz ke apatah nama dia sebut pasal kalau berlaku tragedi mesti pompuan perlukan pompuan utk meluahkan itu ini dan untuk pelukan ni la
Itu bg pompuan lain laa tp kalau iols lagi suka lelaki ermmm
Tahla iols rasa deal dgn lelaki lebih mudah,sbb lelaki kan suka pompuan so cemana ngengada pun ko dorang tetap layan
Kalau pompuan lain, berdasarkan pengalaman iols pompuan jenis bermuka2
So yess iols takkan rasa tenang dan lega kalau nk meluahkan dgn perempuan.

Malah kat hospital pun kita semua sedia maklum cemana pompuan2 ni bekerja kasar dan menjengkelkan.
Mulut je dah mcm apa apatah lagi cara kerja kasar dan menyakitkan.
Hat kuat merentan dan marah org pun semuanya pompuan, tak penah lagi iols tgk yg lelaki marah2 semua cool kecuali spesis yondan.
Quote cm_vungtau 6-10-2025 09:09 AM
Kalau dalam zon perang dah kira darurat. Nak peluk abang askar peluk lah noks. Lagi pelik kalau perempuan pergi, lelaki dok rumah. Kalau dua2 pergi lagi bagus
Quote pooh~key 6-10-2025 09:14 AM
Suchi replied at 6-10-2025 08:06 AM
Ada baca post sorang influencer ni zeeda aziz ke apatah nama dia sebut pasal kalau berlaku tragedi m ...

Sissy….
Quote pooh~key 6-10-2025 09:17 AM
Rdizz replied at 6-10-2025 07:51 AM
Hukum feqah boleh flexible, boleh berubah ikut kesesuian masa, tempat dan adat setempat, tapi kena ...

Itulah keindahan islam sissy. Sama juga keindahan berhala sissy. Rupa statuenya boleh berubah2 mengikut faktor geografi sissy.
Quote pooh~key 6-10-2025 09:19 AM
cm_vungtau replied at 6-10-2025 09:09 AM
Kalau dalam zon perang dah kira darurat. Nak peluk abang askar peluk lah noks. Lagi pelik kalau pere ...

Masa perang tak ada masa la nak bersesi-sesi kaunseling sissy. Gila ke apa dek? Itu semua lepas2 perang iya lah tak gitu sissy?
Quote Decaffeinated 6-10-2025 09:20 AM
Benda common sense pun nak kait agama, tau kenapa? Supaya ustad ja yang betul. Minda dah kena rantai.

Quote Dwdrum 6-10-2025 09:26 AM
Edited by Dwdrum at 5-10-2025 05:29 PM

Hukum wanita ber musafir ini... Lobai mahu ikut negara extreme ber agama... Seperti saudi and taliban...Or ada negara middle east lain untuk buat passport pun perlu mahram /wali approval..
Sekarang guna mahram untuk wanita ber musafir guna taliban laws... Untuk certain distance wanita tidak boleh solo travel guna public transport (domestic) ... ada women market di kabul...

Malaysia ready ka mahu ikut taliban?
Quote cm_vungtau 6-10-2025 09:34 AM
Edited by cm_vungtau at 6-10-2025 10:48 AM

Sebab tu jangan hantar ustaz2 pergi zon perang. Patut hantar abam2 sado askar tu. Baru rasa protected
Quote Rdizz 6-10-2025 09:39 AM
pooh~key replied at 6-10-2025 09:17 AM
Itulah keindahan islam sissy. Sama juga keindahan berhala sissy. Rupa statuenya boleh berubah2 men ...

Ohhh tak sama. Ok lah, i was referring to different matter which is not to yr concern. Tutup cerita.
Quote lipans 6-10-2025 09:43 AM
Aku suka, flotilla 3. prof madya pergi bawa isterinya.
Quote pooh~key 6-10-2025 10:22 AM
Rdizz replied at 6-10-2025 09:39 AM
Ohhh tak sama. Ok lah, i was referring to different matter which is not to yr concern. Tutup cerit ...

Akak mahu belajar pasal islam sissy.
Quote yururi 6-10-2025 12:56 PM
pooh~key replied at 6-10-2025 06:45 AM
Dah kena bukak al quran version 2.0 ke untuk ubah suai hukum mengikut peredaran zaman sekarang sissy ...

Rupanya islam tak se-timeless, universal, syumul, merentas zaman seperti yg dicanang-canangkan. Mungkin secara teori yer la kot utk sedapkan hati. Islam versi moden dibentuk oleh modern scholars punya selera
Quote ninja boy 6-10-2025 01:16 PM
Edited by ninja boy at 6-10-2025 01:17 PM

Arganistan sana earthquake katanya pompan lambat diselamatkan sebab x boleh sentuh skin, itu isle versi arganistan kalau versi malaysia laennn
Quote cm_vungtau 6-10-2025 02:02 PM
Edited by cm_vungtau at 6-10-2025 02:17 PM


Bawak ustaz ustazah ni banyak la pantang larang dia. Bagus lagi bawak bomba, askar, doktor.

Kalau dah war zone macam tu, siapa la yang nak cari orang dipeluk. Ustaz ustazah ni entah2 angkat barang pun tak boleh.
Quote pooh~key 6-10-2025 02:07 PM
yururi replied at 6-10-2025 12:56 PM
Rupanya islam tak se-timeless, universal, syumul, merentas zaman seperti yg dicanang-canangkan. Mu ...

Akak tunggu islam versi tapai pulut haram dimakan sissy. Sebab ada alcohol katanya sissy.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2025 11:05 PM GMT+8 , Processed in 0.102729 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top