|
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memberi peringatan bahawa Malaysia berdepan risiko tindak balas ekonomi sekiranya kerajaan tunduk kepada desakan membatalkan jemputan kepada bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN. Menurut Khairy, kedudukan Malaysia sebagai negara kecil yang bergantung pada hubungan perdagangan menjadikan sebarang keputusan diplomatik berisiko mengundang kesan besar. Beliau memberi contoh bagaimana Trump, sepanjang pentadbiran lalu, terkenal dengan sikap keras terhadap rakan dagang yang dianggap menentangnya. “Malaysia ini kecil sahaja… kalau kita tarik balik jemputan, dia boleh kata ‘baik, saya naikkan tarif 90 peratus’,” katanya, merujuk kemungkinan reaksi keras Trump terhadap negara yang menentangnya. Trump jadi tumpuan ASEAN Trump dijadual menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan di Kuala Lumpur, sekali gus menjadikannya tokoh paling kontroversi dalam senarai jemputan. Kehadirannya mencetuskan perdebatan hangat kerana rekod dasar luar yang sering dikaitkan dengan sokongan kepada Israel dan tindakan keras terhadap Palestin.
Bagi sebahagian aktivis tempatan, kunjungan Trump dilihat mencalarkan imej Malaysia di pentas antarabangsa, manakala ada juga yang bimbang ia akan mencetuskan reaksi negatif dari masyarakat sivil. Tekanan politik semakin memuncak apabila beberapa pihak mengancam untuk mengadakan demonstrasi jika Trump tetap hadir. Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tampil menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan jemputan tersebut dengan alasan Trump merupakan pendokong kepada “jenayah kemanusiaan” terhadap rakyat Palestin. Sumber: – The Reporter |

nusaraya replied at 4-10-2025 12:57 AM
KJ tampaknya X PAHAM bahwaJika Trump DATANG ke MalayDesh maka RESIKO yang harus DITANGGUNG oleh Mal ...
Buritan replied at 4-10-2025 11:34 AM
Betapa hauknya pemimpin kita.. Dpn rkyt hidup palestin benci serael.. Dpn trump sembah ratu.. Bermuk ...
pengecatbintang replied at 4-10-2025 12:02 PM
Microsoft Windows yg kita guna kat komputer ni dibuat oleh Bill Gates
Gates ni salah seorang Yehu ...
naina replied at 4-10-2025 12:33 PM
Takutnya ekonomi KO ni
Seolah2 dunia ni Trump yg memberi rezeki



pengecatbintang replied at 4-10-2025 12:02 PM
Microsoft Windows yg kita guna kat komputer ni dibuat oleh Bill Gates
Gates ni salah seorang Yehu ...
Decaffeinated replied at 4-10-2025 02:59 PM
Hipokrasi di semua peringkat. Bila kena batang hidung sendiri berpusing2 dia kasi halal.

Decaffeinated replied at 4-10-2025 02:59 PM
Hipokrasi di semua peringkat. Bila kena batang hidung sendiri berpusing2 dia kasi halal.
pengecatbintang replied at 4-10-2025 03:20 PM
ko dah uninstall Ms Windows
Decaffeinated replied at 4-10-2025 03:22 PM
Lambat lagi kot, ni asik dapat message suruh upgrade ja. damn.

ADVERTISEMENT