CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Elly Mazlein Kini Bertudung, Hati Terjentik Tengok Jihad Sukarelawan GSF – ‘Rasa Insaf & Kagum Dengan Mereka’

7-10-2025 07:50 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3553| Komen: 43

 


Penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein mengakui kuputusan untuk bertudung dilakukan ikhlas selepas hatinya terjentik melihat perjuangan para sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.

Elly atau nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkata, tiada istilah percubaan dalam membuat keputusan untuk berhijab, sebaliknya kesedaran timbul selepas mengikuti rapat perkembangan misi kemanusiaan itu.

Saya mohon semua doakan yang baik-baik untuk saya. Sudah tentu saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk diri sendiri. Jadi, tolonglah doakan yang baik-baik.

Sebenarnya tiada istilah cuba-cuba. Kadang-kadang jihad seseorang itu yang buat diri rasa insaf. Rasa kagum dan sangat hebat, terutama sekali melihat semangat rakan-rakan yang terlibat dengan misi GSF ke Gaza.

Elly berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media konsert akhir Kilauan Emas 2025 yang berlangsung di Shah Alam, pada Ahad.


Tambah pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu, perjuangan para sukarelawan di bumi Palestin membuka mata dan hatinya tentang erti sebenar pengorbanan, keberanian dan keteguhan iman.

Apabila bercerita tentang mereka di Gaza, saya nampak betapa hebatnya perjuangan mereka. Mereka berjuang dengan penuh semangat dan perkara itu seharusnya menjadi inspirasi untuk kita semua.

Terima kasih juga kepada seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat dunia yang sentiasa bersama mereka.

Saya hanya mengharapkan agar kita semua terus kuat dan sabar menanti berita baik daripada perjuangan mereka. Marilah kita sama-sama doakan agar mereka selamat sampai ke tanah air.

Dalam masa sama, Elly turut menegur segelintir pihak yang masih mempertikaikan usaha murni para sukarelawan yang berjuang membawa mesej keamanan.

Saya mohon sangat, hentikan kata-kata yang bukan-bukan. Usaha mereka itu cukup baik. Mengapa perlu kita patahkan semangat mereka dengan kata-kata yang tidak cerdik? Tak payahlah nak persoalkan itu dan ini.

Daripada kita sibuk mempertikai, lebih baik kita sama-sama doakan mereka yang sedang berjuang dalam misi Global Sumud Flotilla.


Sumber: – Oh Bulan
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mrsLucky 7-10-2025 07:54 AM
Good for her...tambah lawa she bila pakai tudung...
Quote sweetfasha 7-10-2025 07:59 AM
berubah ke arah lebih baik.. baguslah

anak anak pun makin besar.. suami pun baik dan stabil

karier makin bagus.. semua tu ada harganya..

syabas kak lina pom pom
Quote adelea 7-10-2025 09:01 AM
syabas -- akhirnya berjaya melawan kehendak diri dan akur kehendak Allah
Sesungguhnya bertudung ni mmg berjuang dgn diri sendiri je ..
Quote royaldanish 7-10-2025 01:27 PM
cantik kak lina bertudung
Quote Cassieopeia 7-10-2025 01:51 PM
alhamdulillah lawa je dia
Quote lotionmilo 7-10-2025 01:56 PM
Semoga istiqomah sis
Quote pocongkiutss 7-10-2025 02:19 PM
Baguslah..iols memula x sangka dia tawen dgn sskjp..hehehe
Quote Kangkung1M 7-10-2025 02:28 PM
royaldanish replied at 7-10-2025 01:27 AM
cantik kak lina bertudung

Memang cantik, Amyza Aznan juga.

[Ig]https://www.instagram.com/reel/DPdiHDRkdc2/?igsh=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Quote naina 7-10-2025 02:31 PM
Cantik wehh..nampak muda
Kalau tak dengan rambut kepok2 tu menampakkan seluruh muka yang lebar nampak tua ckit
Quote Mimo.mimo 7-10-2025 03:22 PM
Somehow pakai tudung ni boleh nampak muka kita kecik kan? Dapat sorok lemak di muka

Comel kakpom. Moga istiqomah hendaknya
Quote MatDeghem 7-10-2025 03:35 PM
[ig]https://www.instagram.com/reel/DOnODTvCfRq/?igsh=eDI3cHgzZ2hnNjY2[/ig]


Quote jihyomelly 7-10-2025 03:37 PM
tahniah kepom..moga istiqomah..
Quote TeropongThaico 7-10-2025 03:52 PM
Alhamdulillah
Nampak cantik & muda pula bila dah bertudung
Quote TeropongThaico 7-10-2025 03:54 PM
Kangkung1M replied at 7-10-2025 02:28 PM
Memang cantik, Amyza Aznan juga.

Alhamdulillah
Lawanya...
Quote miss_white 7-10-2025 04:10 PM
Dah tak boleh mengelitat macam ulu bulu lagi lah..
Quote sukacactus 7-10-2025 05:13 PM
Mimo.mimo replied at 7-10-2025 03:22 PM
Somehow pakai tudung ni boleh nampak muka kita kecik kan? Dapat sorok lemak di muka

Comel kakpom ...

Dahi yg luas, leher keduts, rambut beruban…byk kelebihannya
Quote DianaSaksen 7-10-2025 06:22 PM
Lepas ni kepom mohon behave bertaubatlah nak mengeletis mengatal jadi ulat bulu
Kat pentas Tu kalau ada jantan..imej kena selari dikkk
Quote noor2 7-10-2025 07:41 PM
Jgn merosakkan imej tudung lepas ni sudah..kena sopan santun supaya org pandang tinggi imej perempuan islam yg bertudung
Quote bottombikini 7-10-2025 07:44 PM
jgn mula2 je pom

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.090505 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top