|
Penyanyi juga pelakon, Bella Astillah memohon maaf dan tidak menyalahkan rakyat Malaysia susulan kecaman hebat diterima atas dakwaan mempromosikan jenama dalam senarai boikot. Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, 31, dia faham perasaan rakyat Malaysia ketika ini yang sedang diselubungi api kemarahan terhadap Israel. “Saya faham macam mana rakyat Malaysia marah. Saya tak salahkan mereka 100 peratus. Kalau saya berada di tempat mereka, mungkin saya juga akan lakukan perkara yang sama. “Sebagai manusia biasa, saya mohon maaf. Mungkin saya ada banyak kekurangan dan salah silap. Saya akan sentiasa memperbaiki diri. “Saya sendiri turut terkesan dengan apa yang berlaku tambahan pula aktivis kemanusiaan yang terlibat dalam Global Sumud Flotilla merupakan rakan yang sangat dekat dengan saya seperti Zizi Kirana dan Heliza Helmi,” katanya ketika ditemui di pelancaran lagu terbaru Akhirnya Kamu, di sini, semalam.
|

apedehal replied at 7-10-2025 03:30 PM
Bella ni without aliff ajis siapa je la sheol..chaitt. neway netizen dlm nk boikot2 retis kita, reti ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
16-4-2026 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.131981 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.