CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Selagi Ada Sehelai Benang Di Tubuh, Kami Akan Tetap Usaha Menutup Aurat” - Farah Lee

8-10-2025 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8926| Komen: 182


 


Aktivis dan personaliti media sosial, Farah Lee menyeru rakyat Malaysia memakai baju T putih sebagai simbol tudung ketika hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam ini.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Farah berkata meskipun aktivis wanita diuji apabila ada tudung yang direntap ketika menjadi tahanan namun mereka akan tetap berusaha menutup aurat.

“Pasukan Pertahanan Israel (IOF) sangka mereka sudah menjatuhkan maruah wanita Muslim, tetapi mereka lupa, selagi ada sehelai benang pada tubuh, kami akan tetap berusaha menutup auratnya dengan penuh harga diri.

“Tudung saya dirampas ketika dalam tahanan Israel, walaupun saya bertegas mempertahankan hak sebagai seorang muslimah. Saya terpaksa menggunakan baju T putih tahanan untuk menutup kepala dan rambut demi menjaga maruah diri,” tulisnya. 


Sementara itu, Farah mengajak orang ramai untuk bersolidariti dengan mengenakan baju T berwarna putih sebagai satu bentuk simbol hijab delegasi Muslim yang dirampas oleh  tentra Zionis.

“Mari kita sama-sama penuhi KLIA dengan berpakaian baju T putih sebagai simbol hijab, tanda sokongan dan kasih terhadap delegasi wanita Malaysia serta wanita di Palestin yang terus berjuang dalam penindasan,” katanya.

 

Sumber:– Rotikaya
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote brainbiru 8-10-2025 08:18 AM
Slay![ig]https://www.instagram.com/reel/DPbXx5tjXnW[/ig]
Quote brainbiru 8-10-2025 08:20 AM

[ig]https://www.instagram.com/reel/DPfbwKJCAqZ[/ig]
Quote brainbiru 8-10-2025 08:27 AM
Nampaknya ramai x setuju dgn dia..di post ini
[ig]https://www.instagram.com/p/DPfaRtXiMFE[/ig]
Quote 2012264526 8-10-2025 09:04 AM
entahlah, dh lama follow beliau tp ada benda yg turn off. mcm terpaling pon ada. tp pemikiran dia blh pakai. budak cerdik kan.
Quote jelita_millie 8-10-2025 09:12 AM
2012264526 replied at 8-10-2025 09:04 AM
entahlah, dh lama follow beliau tp ada benda yg turn off. mcm terpaling pon ada. tp pemikiran dia bl ...

mak paham..sbb mak pun rasa mcm...ermm ermm... tapi takpelah mungkin dia nampak apa yg kita tak nampak...
Quote missbigrockstar 8-10-2025 09:27 AM
Kalau aku jadi diorang aku sedih sebab misi dan niat utama nak bagi bantuan tak berjaya tatkala warga Gaza dah tunggu penuh sabar kat pantai. Walau aku tau harapan nak tembus blockade tu mmg 100% tipis.
Sedaya upaya aku akan tapis ayat² bila orang interview, dan tetap direct kepada Gaza.
Aku segan nak ukir senyuman apalagi nak menyanyi happy, jauh sekali merasa diri wira wirawati. Dr fauziah dan lain aktivis² dah lama pergi misi terdahulu. Kapal Mavi Marmara bukan setakat kena acu senapang kat kepala, mmg ada kehilangan nyawa atas kapal tu. Yg ni boleh lah nak balik bawa cerita.
Ini kalau aku lah.
Sudah² lah tu bagi limelight. Aku harap hype ni bertahan seminggu dua saja. Semoga semua attention dan doa sekarang diarahkan ke kapal lain yg sedang belayar sekarang. Dan moga ada hikmah tersembunyi mcm nelayan Palestin dpt tangkap ikan sebagai rezeki bila mana tentera Z sibuk tak menang tangan nak intercept flotilla.
Quote Duta lover 8-10-2025 10:00 AM
Br aritu puji dia nampak normal sikit
Rupanya sama jugakkkk


Aku dr dulu team ally iskandar ye...lepas minah ni kena cerai
Ni buatttt balik perangai terpaling.


Takde sapa pun yg sedih x dpt sampai gaza...
It's all about: me! me! me!
Quote Glass_shoes 8-10-2025 10:04 AM
missbigrockstar replied at 8-10-2025 09:27 AM
Kalau aku jadi diorang aku sedih sebab misi dan niat utama nak bagi bantuan tak berjaya tatkala warg ...

Iols baru tau ya Faizal Azumu pernah join Rachel Corrie..Respect juga lah kat dia..
[tiktok]7557183776359550216[/tiktok]
Quote irvene 8-10-2025 10:11 AM
susah aku nak husnuzon, baik kau dgn geng2 retis
semua sama je. malas nak sebut nama. semua tu lah. terpaling
Quote irvene 8-10-2025 10:18 AM
ini yang patut dicontohi.
Quote bpbbppbp 8-10-2025 10:22 AM
Pkai tudung putih jelah sebagai simbolik bju putih. Baju klau jdikan tdung susah sikit tkut tak terletak, xde saiz sesuai dgn muka. Tpi nmpak elok trletak pulakk bju putih dgn sheol
Quote hird 8-10-2025 10:25 AM
irvene replied at 8-10-2025 10:18 AM
ini yang patut dicontohi.

Tuan Hj ni iols respect. Waktu ramai2 nyanyi "inilah barisan kita"  dia pilih utk diam ja.

Baik doa utk wave ke3 ni. Iols risau Dr fauziah sbb nama beliau dah kena blacklist lps kena tahan dulu.
Quote Glass_shoes 8-10-2025 10:27 AM
bpbbppbp replied at 8-10-2025 10:22 AM
Pkai tudung putih jelah sebagai simbolik bju putih. Baju klau jdikan tdung susah sikit tkut tak terl ...

Ada yg komen takut orang ingat nak pergi potong rumput pulak nanti
Quote Joysparta 8-10-2025 10:29 AM
Terpaling, drama meleret2 itulah dia
Quote Joysparta 8-10-2025 10:33 AM
missbigrockstar replied at 8-10-2025 09:27 AM
Kalau aku jadi diorang aku sedih sebab misi dan niat utama nak bagi bantuan tak berjaya tatkala warg ...

Yes setuju
Quote Farnor 8-10-2025 10:34 AM
Kalau boleh guwe nak sambut pula golongan profesional yg mempunyai kepakaran n pengalaman kat sana yg dah bnyk kali menyumbang tanpa raihkan apa2.. Di lapangan KLIA..
Quote alesandra 8-10-2025 10:39 AM
ok skrg dah boleh stop kot citer struggle aurat ko.malu kot dekat budak kapir 22 tahun tu.sbb dia kata citer dia tak penting.yg penting skrg citer palestinean struggle
Quote KBW2 8-10-2025 10:39 AM
missbigrockstar replied at 8-10-2025 09:27 AM
Kalau aku jadi diorang aku sedih sebab misi dan niat utama nak bagi bantuan tak berjaya tatkala warg ...


Quote silance 8-10-2025 10:43 AM
Anyonghaseyo, rasa macam artis korea.

Turn off betul penat tunggu malam tadi.  Semalam tunggu Greta dekat 2 jam memang berbaloi dengar speech dia.

Lihat semua komen(182)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 10:02 AM GMT+8 , Processed in 0.130034 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top