|
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Selasa membenarkan pengasas FashionValet Sdn Bhd, Datin Vivy Yusof dan suaminya Datuk Fadzarudin Shah Anuar, mendapatkan semula pasport antarabangsa mereka buat sementara waktu untuk menghadiri program Islamik di Istanbul dan Bosnia. Hakim Rosli Ahmad membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan peguam Shaarvin Raaj, yang mewakili pasangan berkenaan. Pasport mereka akan dipulangkan hari ini dan perlu dikembalikan kepada mahkamah pada 13 November depan. Shaarvin memaklumkan bahawa anak guamnya akan menyertai program Islamic Historical Retreat to Istanbul-Bosnia with Sheikh Wael Ibrahim dari 4 hingga 11 November, dan memerlukan pasport segera bagi urusan visa. Timbalan Pendakwa Raya, Haresh Prakash Somiah turut memaklumkan pihak pendakwaan tidak membantah permohonan tersebut. Sebelum ini, mahkamah turut membenarkan pasangan itu mendapatkan pasport untuk menunaikan umrah pada Disember 2024.
|

hyie replied at 8-10-2025 11:03 AM
terpaksa la highlight perkataan ISLAMIK tu kan so that acik2 netizen kurang sikit melaharnya..namun ...
BungaKencana replied at 8-10-2025 03:31 AM
mksdnye vivy masih kaya lg...
lama pulak tu. royaldanish replied at 8-10-2025 11:52 AM
memang kaya rayakalau miskin dh lama meringkuk penjara


ADVERTISEMENT