CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ieda Moin Pernah Hampir Jadi Songsang, Syukur Sahabat Jadi Penyelamat

9-10-2025 10:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1266| Komen: 9

 

Pelakon dan pelawak Ieda Moin menjelaskan mengenai kekeliruan susulan kenyataannya yang dikaitkan dengan dakwaan pernah terbabit dengan hubungan songsang.

Memetik mStar Online, Ieda berkata hubungan yang dimaksudkan hanya sekadar kasih sayang terhadap rakan dan bukan cinta romantik. Jelasnya lagi, kenyataannya dalam satu podcast baru-baru ini telah disalah tafsir.

“Perkara ini sebenarnya dah lepas tapi saya nak jadikan sebagai pengajaran kepada semua. Saya bukannya bercinta bagai nak rak dengan perempuan sampai nak kahwin.

“Tak bercinta pun. Hubungan itu sekadar rasa sayang kepada kawan-kawan. Nak kata kami macam belangkas  pun tidaklah macam itu,” katanya.

Sementara itu, Ieda berkongsikan pengalaman hampir terjerumus dengan gejala songsang ketika dia bersekolah rendah di sekolah perempuan serta terlibat dalam dunia tarian sejak usia 16 tahun.


“Saya dulu bersekolah rendah di sekolah perempuan. Siapa yang pernah bersekolah jenis macam ini tahulah keadaan sebenar atau situasi pelajar yang ada.

“Ada tu yang berubah nak jadi jantan (pengkid). Bila masuk sekolah menengah, saya bercampur lelaki dan perempuan tapi masih ada golongan seperti itu.

“Sebagai manusia kita tak dapat elak untuk berkawan dengan golongan seperti mereka. Kita tiada hak nak menghalang persahabatan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Ieda berkata dia tidak memilih latar belakang sesorang dalam menjalin hubungan persahabatan namun orang sekelilingnya menitipkan nasihat untuk menjaga pergaulan.

“Kita dalam industri pun tak lari daripada berkawan dengan golongan seperti itu, tapi orang sekeliling mula menasihati saya untuk jaga pergaulan. Nanti orang ingat saya tiada perasaan kepada lelaki.  Saya mula terfikir dan tak mahu orang salah angap. Alhamdulillah saya cepat tersedar,” katanya.

Sumber : Rotikaya, mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 9-10-2025 10:51 PM
iols layan part 1 je, part 2 n 3 skip2..tapi muka aidid macam mengantuk je time iv sheols..sama ada tak cukup tido atau rasa bosan..dan iols pon jadi ikut bosan rasa macam dia tahan2 je mata nak tertido tu yihhh mujur helok
Quote KamikuP 10-10-2025 10:00 AM
mESTI LE HELOK CUOLSS.. ada darah italian yaach
Quote prince_marhaen 10-10-2025 10:58 AM
ingatkan ngan kaka kiriah sebab dulu macam belangkas bff.... hihihi
Quote dua_chzy 10-10-2025 01:02 PM
Memang kau biseksual kot tapi in denial? Tada makna la hampir jadik sonsang. Either you into it or you don't.
Quote seibei 10-10-2025 07:21 PM
dua_chzy replied at 10-10-2025 01:02 PM
Memang kau biseksual kot tapi in denial? Tada makna la hampir jadik sonsang. Either you into it or y ...

wahh.. xtau pasal ni.
tertukar td dia dgn sorg lg yg dah kurus tu.. yg tu pun ada hbgn songsang kan?
Quote Perawankota 10-10-2025 10:33 PM
Teringat telemovie dia berlakon couple dgn Sazzy Falak, Pastu si Sazzy tu dera maid dia…
Quote dua_chzy 11-10-2025 11:29 AM
seibei replied at 10-10-2025 11:21 AM
wahh.. xtau pasal ni.
tertukar td dia dgn sorg lg yg dah kurus tu.. yg tu pun ada hbgn songsang ka ...

Meols lagi la tatau.
Quote ezacbee 11-10-2025 12:44 PM
Apolaaa elok2 orang xtau.
Quote missbigrockstar 11-10-2025 04:39 PM
Aisehman, benda² mcm ni tak payah cerita kot. Memalukan diri sendiri ja. Apa lah intipati podcast zaman sekarang. Tak membina langsung

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2025 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.034927 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top