CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Viral Lihat artikel

Suami saman rakan sekerja jadi skandal isteri

9-10-2025 10:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 620| Komen: 9

 


TAIPEI – Seorang suami di Taiwan bertindak menyaman rakan sekerja isterinya kerana menjalinkan hubungan sulit dengan wanita berkenaan,, lapor portal berita Mothership hari ini.

Pada tahun 2022, wanita dikenali sebagai Jie itu mula menjalin hubungan sulit dengan ketua jabatan perakaunannya, Yon di sebuah sekolah di Kaohsiung tempat mereka bekerja. 

Jie bekerja sebagai guru.

Menurut media Taiwan, mereka menjalin hubungan intim dan sering pergi ke hotel.

Suami Jie yang dikenali sebagai Wei mendapat tahu tentang hubungan sulit itu pada November 2023 apabila menemui mesej isterinya dengan Yong.

Akhirnya, dia memutuskan untuk mendakwa Yong di mahkamah.

Mahkamah akhirnya memutuskan Yong bersalah kerana melanggar hak pasangan Wei.

Hakim turut mengarahkan Yong membayar pampasan sebanyak TWD$1.3 juta (RM176,000) kepada Wei. – AGENSI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 10-10-2025 05:53 AM
jijik betul perangai zina merata ni

yang dah kahwin lagi jijik. lagi2 dah ada anak. harap mati je la korang. benci iols
Quote BoongaKertas 10-10-2025 08:51 AM
kalau nak skandal kan, kenapa x bercerai jer dulu? then pursue lah the whore tu kan? iols x fhm part ni.
Quote Pumpkinhead 10-10-2025 10:14 AM
office husband office wife la ni...bagus kena saman
Quote Prickford 10-10-2025 10:31 AM
BoongaKertas replied at 10-10-2025 12:51 AM
kalau nak skandal kan, kenapa x bercerai jer dulu? then pursue lah the whore tu kan? iols x fhm part ...

Masa zaman iolls single, penah la ada sorang brader ni nak berkenalan. Atas alasan muka iolls mcm ex dia. Tapi iolls takmo sebab tak minat. Imagine la tetiap hari lepas keje, iolls gi ngopi, brader tu mesti ada. Last2 satu hari dia dok datang sembang dgn iolls. Katanya minat iolls. Nak amik jadi bini no 2, sebab bini no 1 sakit. Iolls cakap sorry la bro, taktik gini dah basi. Bini tu elok je kan. Kau saja gatal. Terus next following day, takde dah brader tu hahahahahaaaaa
Quote vaious 10-10-2025 10:40 AM
BoongaKertas replied at 10-10-2025 08:51 AM
kalau nak skandal kan, kenapa x bercerai jer dulu? then pursue lah the whore tu kan? iols x fhm part ...

penah dgr org ckp kalo dpt susu free kenapa nak kena bela lembu?

mmg confirm laki skandal tu nak benda free je tu
Quote BoongaKertas 10-10-2025 10:50 AM
vaious replied at 10-10-2025 02:40 AM
penah dgr org ckp kalo dpt susu free kenapa nak kena bela lembu?

mmg confirm laki skandal tu nak  ...

betul gak tu, yg whore plak "pemurah", dikasi jer lah foc kan kat jantan tu. dia bosan nanti, dia balik semula kat wife dia then tgglkan whore tu. dah mcm plot drama akasia.
Quote BoongaKertas 10-10-2025 10:51 AM
Prickford replied at 10-10-2025 02:31 AM
Masa zaman iolls single, penah la ada sorang brader ni nak berkenalan. Atas alasan muka iolls mcm  ...

mujur chuols iman kuat sikit, bagus tu chuols. kalau x, chuols nanti sama level dgn purqy bini mamat pizza 99.
Quote prince_marhaen 10-10-2025 11:00 AM
Dekat sini pun melambak....office husband office wife... mengalahkan orang bujang kekadang dia punya geletis..ada yang dah selamba kongkek2.... cuma kes saman 3rd party ni tak terlalu dipraktikkan je, isteri takde duit, suami pulak nak jaga maruah kekononnya...tak nak nampak dayus.. kalau tak memang meriah dah mahkamah kat sini..
Quote Prickford 10-10-2025 11:06 AM
BoongaKertas replied at 10-10-2025 02:51 AM
mujur chuols iman kuat sikit, bagus tu chuols. kalau x, chuols nanti sama level dgn purqy bini mam ...

Abang iolls awal2 dah warning, masa zaman iolls mendonia time single la. Dia kata jangan la jadi bini no 2, jgn rosakkam rumah tangga orang, walaupon laki tu baik camne pon, kita tak tau bini no 1 tu camne. Syukur, pilihan iolls laki bujang. Tak koser kan nak pikir hal bini no 1, hal pangai laki gatal.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.043416 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top