CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pelakon lelaki kena tahan lagi sebab edar dadah. Ini kali keempat!

10-10-2025 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 956| Komen: 4

 


BELUM selesai menjalani hukuman penjara, pelakon Ammar Zoni sekali lagi berdepan tuduhan terbaharu mengedarkan bahan terlarang kepada banduan lain. 

Berita penangkapan semula Ammar Zoni diumumkan oleh Pejabat Pendakwa Raya Jakarta Pusat, Indonesia pada Rabu yang juga memaklumkan pelakon itu ditahan bersama bahan bukti. 

Laporan menyebut Ammar Zoni mendapat bekalan dadah jenis syabus dan ganja sintetik daripada pihak luar untuk dijual kepada tahanan lain di Pusat Tahanan Kelas 1 Jakarta Pusat. 

 

Susulan penangkapan terbaharu itu, pelakon berkenaan dijangka akan menjalani hukuman penjara lebih lama bergantung kepada keputusan mahkamah kelak. 


Dia sepatutnya selesai menjalani hukuman penjara pada Januari 2026.

Ini merupakan kali keempat Ammar Zoni terlibat dengan kes penyalahgunaan dadah sejak tahun 2017. 

Pada Mac 2023 dia ditahan buat kali kedua sebelum dibebaskan pada Oktober tahun sama. 

Namun dalam tempoh dua bulan kemudian Ammar Zoni kembali hidup dalam penjara selepas ditahan pada 12 Disember 2023. 

Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Pumpkinhead 10-10-2025 09:49 AM
Gittewwwww....
Quote prince_marhaen 10-10-2025 04:28 PM
tulis je la tajuk pelakon indon... bukannya orang kenal pun ko bubuh gambar pun.
Quote Farnor 10-10-2025 04:33 PM
Adik dia Aditya zomi tak silap kawin dgn influencer dr Malaysia.. Dah cerai pun.
Quote Page88 16-10-2025 12:56 AM
4th time???!!! Okay.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2025 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.076178 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top