CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tertuduh pertama kes rogol bergilir-gilir pelajar Tingkatan 3 hidap penyakit Sinus dan angin pasang

16-10-2025 06:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3700| Komen: 82

 


DUA daripada empat pelajar lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian rogol pelajar Tingkatan Tiga serta merakam perbuatan itu menggunakan dihadapkan ke Mahkamah Kanak-kanak, Melaka pada Khamis.

Kedua-dua remaja berusia 17 tahun yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) itu didakwa di hadapan Majistret Dr Teoh Shu Yee atas tiga pertuduhan membabitkan kes rogol secara berkumpulan, persetubuhan bertentangan aturan tabii dan amang seksual fizikal.

Memetik laporan Sinar Harian, seorang daripada mereka mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan manakala rakannya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Berikut kesalahan mengikut pertuduhan:

Pertuduhan pertama - Rogol secara berkumpulan

Didakwa melakukan rogol terhadap seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun lapan bulan di sebuah kelas Tingkatan Tiga.

Kesalahan di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan kedua - Persetubuhan bertentangan aturan tabii

Didakwa melakukan perbuatan terhadap mangsa sama.

Kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika disabitkan.

Pertuduhan ketiga - Amang seksual fizikal

Didakwa memegang payudara mangsa.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan dalam sebuah kelas di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah, sekitar pukul 2.50 petang pada 30 September lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Datuk Ahmad Sazali Omar, yang memohon hukuman setimpal dan mencadangkan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan terhadap setiap tertuduh.

Peguam Chua Yong Yi yang mewakili tertuduh pertama memohon jaminan rendah atas faktor pembedahan Sinus selain menghidap penyakit angin pasang.

Manakala peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) bagi tertuduh kedua turut memohon jaminan lebih rendah dan menyatakan kesediaan anak guam mematuhi syarat mahkamah.

Majistret Dr Shu Yee kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM7,000 keseluruhan serta menetapkan 26 November depan bagi serahan dokumen dan laporan akhlak sebelum hukuman dijatuhkan.

mStar pada Sabtu melaporkan empat pelajar lelaki yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada November ini direman enam hari selepas disyaki merogol pelajar perempuan secara bergilir-gilir di sekolah.

Difahamkan kejadian berlaku di dalam sebuah kelas dan turut dirakam menggunakan telefon bimbit oleh dua daripada suspek.


Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Amanduuuhh 16-10-2025 07:45 PM
Kau ade angin pasang pun ade la hati nk merogol org.
Baideway penyakit remeh² sgt. Asal ade penyakit la ye nk mintak kurang bayar jamin.
Acik mtk angin pasang / hernia kau tu biarlah dua² belah. Kacau temperature testis kau biar lah tak berfathers day la lps² ni
Quote hanamunir 16-10-2025 09:42 PM
kisah plak kau sakit apa..
masa tengah merogol tu, tak ingat sakit..
siap meliwat ea korang, semoga dok dalam tu lama-lama mereput..
Quote Akalditipumata 16-10-2025 11:03 PM
Moga meletop nonek korg dik.. biar sengsara dgn angin pasang KO..
Quote B40tastePosh 17-10-2025 01:20 AM
Kes yang lain ke dengan rogol di Baling tu... Ni di Melaka pula
Quote shernazz 17-10-2025 08:14 AM
Sinusitis tu tak teruk mana pung
Takde sampai rompong hidung kau .
Hahahaha
Harap tukar angin pasang ke angin ahmar
Baru kau tahu langit tinggi rendah
Quote Decaffeinated 17-10-2025 08:38 AM
hanamunir replied at 16-10-2025 09:42 PM
kisah plak kau sakit apa..
masa tengah merogol tu, tak ingat sakit..
siap meliwat ea korang, semoga  ...

Kat mana dalam report tu sebut liwat? This is how tokok tambah normally started.
Quote cm_vungtau 17-10-2025 08:45 AM
Jadah angin pasang tetiba. Time merogol ada ko kisah angin ko pasang ke surut?
Quote Prickford 17-10-2025 09:03 AM
Decaffeinated replied at 17-10-2025 12:38 AM
Kat mana dalam report tu sebut liwat? This is how tokok tambah normally started.

Pertuduhan kedua - Persetubuhan bertentangan aturan tabii
Didakwa melakukan perbuatan terhadap mangsa sama.
Kesalahan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan, jika disabitkan.

Tak tau la sama ada point pertama atau kedua.

Screenshot 2025-10-17 090210.png

Quote girlfridayz 17-10-2025 09:16 AM
Decaffeinated: Kat mana dalam report tu sebut liwat? This is how tokok tambah normally started.


bukan 'persetubuhan bertentangan aturan tabii' tu suggested liwat ke sissy? ke tak semestinya?
Quote girlfridayz 17-10-2025 09:18 AM
Prickford replied at 17-10-2025 09:03 AM
Pertuduhan kedua - Persetubuhan bertentangan aturan tabii
Didakwa melakukan perbuatan terhadap man ...

ok... u answered my q.
Quote Kitty_catz 17-10-2025 09:25 AM
gengbeng low budget ke apa ni? buat kat sekolah, after skul? aoyoyo karawaleeee
Quote copy_paste 17-10-2025 09:56 AM
ape dia ingat boleh pindahkan penyakit angin pasang ke mangsa ke
Quote Prickford 17-10-2025 10:04 AM
Kitty_catz replied at 17-10-2025 01:25 AM
gengbeng low budget ke apa ni? buat kat sekolah, after skul? aoyoyo karawaleeee

Kejadian nak dekat pukul 3 petang. Tak sure la sekolah tu 1 sesi atau 2 sesi, sebab kebanyakkan sekolah menengah, 2 sesi. Walaupon kes ni suka sama suka, bila dah kantoi dgn family, mmg caj under rogol la ceritanya.
Quote Kitty_catz 17-10-2025 10:06 AM
Prickford replied at 17-10-2025 02:04 AM
Kejadian nak dekat pukul 3 petang. Tak sure la sekolah tu 1 sesi atau 2 sesi, sebab kebanyakkan se ...

rasa satu sesi ni.. sbb mcm bukan pestaim kut.. salu kantoi bila dah masuk 3 ke atas

machiam2 per'main'an budak2 jaman la ni

kut meols dedulu  kut ada  peminat setakat dpt surat chenta atas kerta wangi2 tu jah, ahahahaha


Quote Kitty_catz 17-10-2025 10:10 AM
ntoh le noks.. nak kata baya ank meols pun idak la jauh sgt dr bebudak ni semua.. tu penting kita as mak pak. sila la kenal2 dgn kwn2 anak2 tu


meols kadang suka je ckp ehh meh aunty hantar balik so that tahu budak ni duk  mana.. rumah persekitaran mcm mana.. kut dapat nama mak pak leh teruih skodeng socmed, linkedin ka fesbuki ka hapa ka  


tp meols bukan stalker hokehhh

Quote Prickford 17-10-2025 10:21 AM
Kitty_catz replied at 17-10-2025 02:06 AM
rasa satu sesi ni.. sbb mcm bukan pestaim kut.. salu kantoi bila dah masuk 3 ke atas

machiam2 per ...

dulu2 ada peminat letak surat kat laci bawah meja. dapat bunga masa hari kantin la. idokkk lerrr terpikir nak ngeseks dalam kelas
Quote white_musk 17-10-2025 10:35 AM
Mana gambar budak penghidap angin ahmar ni?
akak nak tengok rupa lezat ke tak lezat

Quote Kitty_catz 17-10-2025 10:47 AM
Prickford replied at 17-10-2025 02:21 AM
dulu2 ada peminat letak surat kat laci bawah meja. dapat bunga masa hari kantin la. idokkk lerrr t ...

kan

bertiang2 inesen le noksss dr budak2 jaman socmed tiktok discord bagai nehhh
Quote sukacactus 17-10-2025 10:51 AM
Prickford replied at 17-10-2025 10:04 AM
Kejadian nak dekat pukul 3 petang. Tak sure la sekolah tu 1 sesi atau 2 sesi, sebab kebanyakkan se ...

Kes kat melaka bukan ke legit rape case sebab budak tu kena ambush masa naik kelas dia sebab tertinggal barang
Yg kes kat baling tu ye suka sama suka
Mmg sexually active pun

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2025 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.091158 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top