CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kami keluar makan malam, tiba-tiba Nubhan lafaz cerai” - Dr Afifah terkejut diuji kali kedua

16-10-2025 06:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6797| Komen: 96

 


ISTERI kepada penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek menceritakan semula detik diceraikan suami buat kali kedua yang berlaku pada 26 Ogos lalu.

Afifah berkata, insiden itu berlaku secara tiba-tiba selepas mereka keluar makan malam bersama.

"Pada malam itu dia datang ambil saya di rumah, kami makan malam dan berbual seperti biasa.

“Tapi dalam perjalanan balik rumah, suami lafazkan cerai. Saya terkejut dan tak sangka akan berlaku lagi perceraian. Saya tak tahu kenapa, mungkin wujud salah faham,” katanya ketika ditemui usai prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor pada Khamis.

Reda dengan ujian yang berlaku, Dr Afifah bagaimanapun menyerahkan kes perceraiannya kepada pihak mahkamah untuk menentukan hala tuju rumah tangga mereka.

Dalam masa sama, wanita itu enggan mengulas lanjut berhubung isu nafkah anak-anak dan berharap agar semua pihak memberi ruang supaya proses perbicaraan dapat berjalan dengan tenang.


Ditanya mengenai hubungan dengan ibu mentua atau dikenali sebagai Mak Jenny, Afifah berkata, dia baru bertemu wanita terbabit semalam.

“Mak mentua tahu (nak cerai), semalam saya ada jumpa tapi sebelum ini kami tak berhubung secara langsung,” katanya.

Sebelum ini, peguam syarie yang mewakili Afifah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan Nubhan memfailkan pengesahan lafaz cerai yang berlaku di luar mahkamah pada 26 Ogos lalu.

Lebih mengejutkan pasangan ini juga pernah bercerai pada 2017 dan kembali rujuk dalam tempoh idah. Bagaimanapun tiada pengesahan lafaz cerai dibuat ketika itu.

Justeru Akberdin memohon mahkamah mengesahkan dahulu lafaz cerai kali pertama lapan tahun lalu serta rujuk, sebelum prosiding pengesahan talak kedua pada 26 Ogos lalu disebut.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.


Sumber : mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 16-10-2025 07:02 PM
Buat kali ke 2???. Knp ko masih nk lagi jantan nih walau dah kena cerai kali pertama dulu??...
Quote penmerah 16-10-2025 07:05 PM
noor2 replied at 16-10-2025 07:02 PM
Buat kali ke 2???. Knp ko masih nk lagi jantan nih walau dah kena cerai kali pertama dulu??...

Kannn Noor!
Dah dicerai sekali... Ditunjal public for content!
Mau lagi ko beranak sampai 3 org??

Phuiiiii kpd jantan tunjal

Ni duktur ni senang betul digula-gulakan
Bukan takde education... Bukan tak lawa....
Quote AnnaSendin 16-10-2025 07:08 PM
Move on please. Behan nieyh retis sendu sajork. Kalau tak sebab mak eh si jenny ittuew, sapa kenal. Dr carilah yang sekufu dari segi pelajaran.
Quote noor2 16-10-2025 07:09 PM
penmerah replied at 16-10-2025 07:05 PM
Kannn Noor!
Dah dicerai sekali... Ditunjal public for content!
Mau lagi ko beranak sampai 3 org??

Tu lah...nk kata x lawa, tgk lawa je, kerjaya pun tinggi..duit bnyk..pelik hadap jantan yg jahat ni...takat "Ahli muzikkkk....phanThang datok nenek aku....!!!"
Quote ninja boy 16-10-2025 08:37 PM
Marah betul korang
Quote ayu_v6 16-10-2025 09:56 PM
Pernah ter tgk posting video dorang sblm2 ni.. dorang laki bini rapat jg dgn nana mader.. harap2 penceraian dorang x membabitkan gosip Nana sbg special appearance..  
Quote sleepandream 16-10-2025 10:23 PM
kira macam takde gaduh2 takde drama2 tetiba nubhan lafaz cerai ke?
aneh yaaa...
Quote LaskarHijayu 16-10-2025 10:42 PM
ayu_v6 replied at 16-10-2025 09:56 PM
Pernah ter tgk posting video dorang sblm2 ni.. dorang laki bini rapat jg dgn nana mader.. harap2 pen ...

Aku tak rase mader orgnya kalau wujud isu org ketiga sbb dierg bertiga mmg dah lama rapat. Tapi tatau la kan...
Quote Itzy 17-10-2025 06:43 AM
ninja boy: Marah betul korang


Sape tak.marah kalau bini lawa baik gini dibuat macam sampah? Kalau kau pun marah kalau adik kakak kau dibuat macam ni. Aku pun pernah ikut kes mereka berdua ni dulu. Menyampah aku si nubhan ni, anak mak sangat. Kesian bini dia.
Quote Itzy 17-10-2025 06:47 AM
penmerah replied at 16-10-2025 07:05 PM
Kannn Noor!
Dah dicerai sekali... Ditunjal public for content!
Mau lagi ko beranak sampai 3 org??

Nama pun perempuan, mesti la ikut perasaan jugak walaupun ada education. Sebab ru perempuan mudah digula2 kan dan dimanipulasi. Kena jangan ikut perasaan dan berfikir guna akal bukan guna hati. Perempuan banyak ikut hati perasaan sebab tu banyak buat silap. Takpe la jadikan pengajaran. Dah dua kali cerai, x payah rujuk dh. Setakat muka si nubhan tu, berlambak dekat vietnam tu hahahah
Quote jejarihalus 17-10-2025 06:50 AM
Lari jauh2 lah doktor…panjang lagi masa depan
Quote TeropongThaico 17-10-2025 07:15 AM
Dah tak yah rujuk dah... Kalau tiba2 je lafaz tu mmg tak guna nak bersama balik. Jantan tagune gitu. Kot ada masalah bincang perbaiki bkn tuptup lafaz je cerainya
Quote TeropongThaico 17-10-2025 07:17 AM
Muda lagi... Ada pelajaran pulak
So tak yah dah rujuk2 balik ni
Ada je yg nak walaupun anak 3... Semua tu bisa diatur
Quote jelita_millie 17-10-2025 08:30 AM
premeditated la nak cerai ni.. yg org dok heboh nubi beli rumah lain tu.. mcm dah lama rancang..kita yg lalai hahaha.. eh kezzahh... pape pon takziah anda berdua. suami/isteri milik Allah.. yg penting co parent la elok2..
Quote NuansaBiru 17-10-2025 09:34 AM
Alahai, reputz cari
Punyala ketandusan bahan gosip
Sampai 7,8 tred duk lenjan psl citer cerai berai ni
NUBHAN JE KUT
Quote AmandaRollins 17-10-2025 09:37 AM
ayu_v6 replied at 16-10-2025 09:56 PM
Pernah ter tgk posting video dorang sblm2 ni.. dorang laki bini rapat jg dgn nana mader.. harap2 pen ...

Tibbberrr…org mcm awk ni bahaya…
Quote caprisonne 17-10-2025 09:44 AM
Kalau aku la, ni kalau aku. Lepas insiden tunjal tu aku failkan cerai dah.
Cuba tgk cerita Thappad (hindi film) ttg wanita yg bangkit melawan husband yg alpha setelah dia ditampar oleh lakinya semasa mereka sedang anjurkan open house utk kwn2 mereka. Ke-nekad-an female lead tu wajar dicontohi.
Quote cm_vungtau 17-10-2025 09:45 AM
Entah la noks. Dah tak duduk serumah pastu orang ceraikan ko buat2 terkejut pulak. Patut time dia keluar rumah ko kena la pujuk2 ke acaner. Sebelum dia keluar rumah tu takkan la takde angin takde ribut tetiba dia keluar?
Quote LadyWhistledown 17-10-2025 09:54 AM
senang betul si nubi ni lafaz talak. cam pompuan. harap doc tak get back balik dgn laki tu. dia tak menghargai doc pun. doc ada kerja tetap. dia fame ntah bertahan sampai bila..

Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.050978 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top