|
KES pengesahan lafaz cerai antara penyanyi Nubhan dengan isterinya Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Selangor ditangguhkan ke 2 Disember depan. Perkara itu diputuskan oleh Hakim Syarie Tuan Muhamad Nazri Basrawi selepas mendengar keterangan daripada kedua-dua pihak serta peguam yang mewakili mereka dalam prosiding yang berlangsung pada Khamis. Prosiding berkenaan antara lain membincangkan permohonan yang dikemukakan oleh pihak defendan, Dr Afifah yang diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir, bagi mengesahkan terlebih dahulu lafaz cerai kali pertama yang berlaku lapan tahun lalu serta proses rujuk selepas itu. Permohonan itu perlu diselesaikan sebelum mahkamah mendengar kes pengesahan lafaz talak kedua yang didakwa berlaku pada 26 Ogos lalu. Selain itu, prosiding pada Khamis turut menjelaskan persoalan mengapa kes tersebut difailkan di Mahkamah Syariah Sepang dan bukan di Seremban yang merupakan lokasi kediaman pasangan berkenaan.
Menurut keterangan di mahkamah, Nubhan mempunyai sebuah rumah di Southville, Dengkil, Selangor yang terletak dalam mukim Sepang, sekali gus memberi bidang kuasa kepada Mahkamah Syariah Sepang untuk mendengar kes berkenaan. Bagaimanapun, difahamkan Dr Afifah tidak mengetahui tentang kewujudan rumah tersebut kerana menyangka ia merupakan rumah milik sepupu suaminya. Malah, Dr Afifah juga mengesahkan tidak pernah menjejakkan kaki ke kediaman itu sepanjang tempoh perkahwinan mereka Isu berhubung perkara itu bagaimanapun telah diselesaikan dalam prosiding sama. Dalam prosiding tersebut, Nubhan selaku plaintif diwakili oleh peguam syarie Mohd Redzuan Ramli. Pada pagi Khamis, Akberdin memaklumkan Nubhan pernah melafazkan cerai terhadap isterinya pada tahun 2017, namun pasangan itu kembali rujuk dalam tempoh idah. Sebelum ini, Akberdin juga memberitahu pihak plaintif telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang berlaku di luar mahkamah, iaitu dalam sebuah kereta pada 26 Ogos lalu. Menurutnya, perceraian berkenaan berlaku secara baik tanpa sebarang konflik besar, sebaliknya berpunca daripada perselisihan faham kecil dalam rumah tangga. Difahamkan sejak kejadian itu, pasangan berkenaan tidak lagi tinggal sebumbung. Terdahulu, Akberdin juga mendedahkan pihaknya pernah menerima surat daripada pihak isteri berhubung perbincangan mengenai hak-hak selepas perceraian, namun ia tidak diteruskan selepas kedua-dua pihak memilih untuk berdiam diri. Untuk rekod, Nubhan dan Dr Afifah yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015. Hasil perkongsian hidup selama 10 tahun, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun. Sumber : mStar |



Yg wife dia ingatkan rumah Nubhan tu rumah sepupu Nubhnsarah_ary2 replied at 16-10-2025 07:09 PM
Sepupu Nubhan tue lelaki ke perempuan? Yg wife dia ingatkan rumah Nubhan tu rumah sepupu Nubhn
#tanyajerTravellingBear replied at 16-10-2025 09:39 PM
Sepupu angkat ke #tanyajer

BlackpingU replied at 16-10-2025 07:37 PM
Cehh dah kaya sorok2 harta dari bini... lepas ni sales sambal mak jenny sure jatuh merudum
ADVERTISEMENT