|
SELEPAS mengumumkan berita perceraian, penyanyi Amylea Azizan bertindak memadam semua foto serta kenangan bersama bekas suami, Mohammad Aqbar. Menerusi perkongsian di Instastory miliknya, Amylea, 39, dilihat memadam gambar-gambar perkahwinannya sebagai simbolik untuk memulakan fasa baharu dalam hidup. "New beginnings (kehidupan baharu)," tulisnya ringkas pada kapsyen hantaran tersebut. Lebih mencuri perhatian, Amylea turut memilih lagu Thank U, Next nyanyian Ariana Grande sebagai muzik latar yang menggambarkan semangat untuk terus maju ke hadapan. Malah, penyanyi berkenaan juga dilihat membuang arca ukiran genggaman tangan yang dipercayai milik mereka berdua. Pada ukiran arca tersebut tertera tulisan nama 'Amy X Ash' (bekas suami) yang dilihat dibuang terus ke dalam tong sampah dipercayai dibuat untuk menutup kisah lama. Amylea sebelum ini mendedahkan dia dan suaminya telah berpisah, namun tidak berkongsi tarikh sebenar perceraian. Dalam kenyataan pada 12 Oktober lalu, penyanyi berkenaan hanya memaklumkan tempoh idahnya telah berakhir. Untuk rekod Pada 27 November 2023, Amylea sah bergelar isteri kepada Mohammad Aqbar atau lebih mesra disapa Ash namun merahsiakan tarikh sebenar pernikahannya. Pasangan ini menjalani hubungan jarak jauh kerana Ash merupakan anggota bomba di Singapura. Sumber : mStar |
Perawankota: Klu suami hadiahkan emas or ke ...
sleepandream: ni cerai sebab apa pulek? kela ...
Perawankota: Klu suami hadiahkan emas or ke ...
kerani_je replied at 17-10-2025 12:32 AM
Nampk busuk n kepam dua2 laki binik ni
heythere123 replied at 19-10-2025 05:32 AM
baru haritu meols puji sheols ingatkan sejenis low profile. Apo meroyan jua.
hmm tarik balik la pu ...
ashilalat replied at 19-10-2025 07:02 AM
Low profile? Bukan dari zaman AF ke dia ni mmg kaki meroyan? Baru2 ni kan ada meroyan lagi pasal k ...
ashilalat replied at 19-10-2025 07:02 AM
Low profile? Bukan dari zaman AF ke dia ni mmg kaki meroyan? Baru2 ni kan ada meroyan lagi pasal k ...
sheols kawen haritu pon kemain sorok kan
ADVERTISEMENT