|
UMUM tahu, Erma Fatima sering mengusik Fattah Amin dengan menggelar aktor tersebut sebagai tunangnya sebelum ini. Gurauan tersebut juga sering dijadikan konten media sosial sehingga ramai yang terhibur malah mengusik Erma bermadu dengan Amira. Dia sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berseloroh tidak lagi mempunyai tunang dan mahu membawa diri . “Aku sudah tiada tunang, bawa diri,” katanya dalam Threads. Perkongsian tersebut sekaligus mengundang komen lucu daripada netizen yang meminta Erma mencari calon tunang baharu. “Kumbang bukan seekor, ramai lagi pelakon lelaki ‘single’. “Insya-Allah nanti jumpa yang lain, mungkin iras-iras Fattah. Terhibur betul dengan perangai Erma,” kata netizen. Sumber:– KOSMO! ONLINE |



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
18-6-2026 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.053210 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.