|
Mula-mula saya ingat saya sorang je yang perasan benda ni. Tapi bila ada pendengar call radio dan luahkan perkara sama kemudian tengok pula ruangan komen, ramai rupanya yang alami situasi serupa. Sejak pelaksanaan formula subsidi 6 sen tu hari, saya rasa ada sesuatu yang tak kena dengan minyak petrol kita sekarang. Biasanya saya memang jenis kira penggunaan minyak. Contohnya, kereta Axia saya boleh dapat lebih kurang 15km untuk setiap 1 liter. Kalau nak jalan 60km, saya isi 4 liter cukup-cukup. Meter pun naik ngam dengan jarak perjalanan. Tapi kebelakangan ni, bila saya tengok Google Maps masa memandu, baru jalan 10km je, tapi range meter dah tolak sampai 15km. Maksudnya, ada lebih kurang 5km “hilang entah ke mana”. Dulu tak pernah jadi macam ni. Kalau jalan 10km, meter pun tolak 10km sekarang jadi lain. Persoalannya, adakah minyak RON95 yang kita pam sekarang ni dah “didowngrade” secara senyap jadi RON92? Sebab kalau betul, itu boleh menjelaskan kenapa pembakaran enjin jadi kurang efisien.
Atau mungkin ini cuma kebetulan? Saya nak dengar juga pandangan orang lain ada tak yang alami benda sama? Mohon kongsi dengan berhemah ya. Photo : HotFM |

Decaffeinated replied at 1-11-2025 01:29 PM
Lain kali pilih yg harga rm2.60 kalau nak tahan lebih lama
Samerosie replied at 1-11-2025 04:54 PM
Sokong. Tp alang2 nak byr RM2. 60 ambil terus yg rm3. 20 tu.
ninja boy replied at 1-11-2025 01:17 PM
Mmg cepat habis petrol subsidi jalan sikit2 dah tinggal separuh tangki

fattymah replied at 3-11-2025 12:05 AM
Tadak yg susah start eh.. saja tanya kut ada masala cam iols.. bukan sebab alternator.. pagi² sejuk ...
Samerosie replied at 3-11-2025 06:36 AM
Tak tau sgt pasal keta2 tpi myvi i (2018/2019) pernah lembab nak start push button lagi. Nengok2 ...
.. ai tanya kut² ada yg kena penyakit susah start.. nampaknya nak kena jumpa doctor kereta lagila.. idak nak kena jual banyak naw penyakit