PETALING JAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan penggunaan istilah ‘Muslim Choice’ yang diperkenalkan Pasukan Pemantau Mesra Muslim (Muslim-Friendly Watch – MFW), bukanlah suatu perakuan atau penandaan halal yang diiktiraf oleh pihak berkuasa, Ketua Pengarahnya, Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata, pengguna istillah itu juga boleh mengelirukan masyarakat berhubung status halal sesuatu produk atau premis. Jelas beliau, berdasarkan peruntukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, hanya Jakim dan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri (MAIN/JAIN) diberi kuasa untuk mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) serta memberi kebenaran penggunaan logo Halal Malaysia kepada mana-mana pihak yang diperakukan.
Sebarang penggunaan logo, simbol, istilah, kenyataan, atau ungkapan yang membawa maksud halal dan boleh dimakan oleh orang Islam, yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak selain Jakim atau MAIN/JAIN, adalah tidak sah. “Ia juga menyalahi peraturan dan boleh menjejaskan integriti sistem pensijilan halal negara serta mengelirukan pengguna Muslim,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Justeru, Sirajuddin mengingatkan semua pihak supaya tidak menggunakan atau mempamerkan sebarang bentuk logo, simbol, istilah, kenyataan, atau ungkapan yang boleh memberi tanggapan halal tanpa pengesahan daripada Jakim atau MAIN/JAIN. Terdahulu katanya, Jakim telah mengadakan pertemuan dengan MFW pada 23 Ogos 2024 dan telah memaklumkan bahawa pengiktirafan ‘Muslim Choice’ yang dijalankan oleh pertubuhan ini boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat pengguna serta memohon supaya aktiviti tersebut dihentikan. Walau bagaimanapun, berdasarkan aduan daripada pihak berkuasa agama negeri, pihak MFW dikesan masih meneruskan aktiviti tersebut.-KOSMO! ONLINE Sumber : Kosmo |
Decaffeinated replied at 3-11-2025 07:05 AM
Kalau guna istilah 'buatan muslim' mengelirukan juga tak? e.g. Karipap frozen buatan Islam tapi guna ...
Samerosie replied at 3-11-2025 07:38 AM
Btw, awat melayu kat malaysia ni mcm takut dgn bayang2 sendiri. Duduk negeri yg majoriti muslim, ad ...
axl_bach replied at 3-11-2025 08:32 AM
Bkn masalah melayu tp masalah pengusaha nk shortcut, xnk comply dgn JAKIM
dagusengett replied at 3-11-2025 08:36 AM
I akan tanya sendiri ingredients apa yg pakai
Was was tak beli la
I bukan terjah page org tanya hala ...
Samerosie replied at 3-11-2025 08:38 AM
So derang ke yg set up ngo ni?
dagusengett replied at 3-11-2025 08:36 AM
I akan tanya sendiri ingredients apa yg pakai
Was was tak beli la
I bukan terjah page org tanya hala ...
axl_bach replied at 3-11-2025 08:46 AM
Setakat kini aku x jumpa sapa yg set up.....
kotakbaju replied at 3-11-2025 08:51 AM
Sorry nak ot jap.
Sedara meols ada kasi coklat whittakers almond gold tu. Meols tak penah makan cok ...
kotakbaju replied at 3-11-2025 08:51 AM
Sorry nak ot jap.
Sedara meols ada kasi coklat whittakers almond gold tu. Meols tak penah makan cok ...
Samerosie replied at 3-11-2025 08:55 AM
Whittaker ni masa iols duduk australia mmg melambak sbb dia product nz and ada halal cert. Tak su ...

axl_bach replied at 3-11-2025 09:13 AM
Yg aku jumpa Whittakers ni product NZ, bukan produced locally kan.... Yg dari NZ kalau ada Halal c ...
kotakbaju replied at 3-11-2025 10:05 AM
Ya ini coklat import dari NZ. Ok thanks info. Meols jarang2 makan coklat apatah lagi coklat import ...
kotakbaju replied at 3-11-2025 08:51 AM
Sorry nak ot jap.
Sedara meols ada kasi coklat whittakers almond gold tu. Meols tak penah makan cok ...
ADVERTISEMENT