|
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berjaya menamatkan cabaran Ironman Malaysia 2025 di Langkawi hari ini dengan catatan masa bawah 13 jam. Berdasarkan perkongsian di Facebook, Syed Saddiq mencatat masa 12 jam 22 minit sekali gus meraih sumbangan RM1 juta bagi penduduk Parlimen Muar. "Terima kasih," ucap beliau menerusi satu hantaran video ringkas memaparkan dirinya menamatkan cabaran itu sebentar tadi yang dikongsikan di Facebook. Video berdurasi 25 saat itu juga menunjukkan Syed Saddiq menangis kegembiraan sebaik melepasi garisan penamat. Terdahulu media melaporkan, Ahli Parlimen berusia 33 tahun itu bertekad menamatkan acara sukan lasak terulung negara, Ironman Malaysia 2025 dengan catatan masa bawah 13 jam. Usaha itu dilakukan bagi meraih sumbangan RM1 juta yang dijanjikan untuk disalurkan kepada penduduk Muar sekiranya beliau berjaya menamatkan cabaran berkenaan.
Beliau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan itu menyahut cabaran berkenaan yang dilontarkan syarikat pengeluar fesyen tempatan, Prima Valet (PV). Menerusi perkongsian di laman Facebook dan aplikasi TikTok kelmarin, Syed Saddiq menegaskan cabaran itu disahut demi kepentingan rakyat dalam usaha membantu penduduk di kawasannya. Sumber: – BH |
cm_vungtau: Kau ni takde kerja ke dekkkk? Selalu yang banyak masa training untuk ironman ni memang takde kerja atau retired dah. Celah mana ko bekerja dik non? Ap ...
sharfox replied at 3-11-2025 11:59 PM
Dia dpt rm1 juta. ko komplen, dpt apa?

cm_vungtau replied at 3-11-2025 06:26 PM
Kau ni takde kerja ke dekkkk?
Selalu yang banyak masa training untuk ironman ni memang takde kerja ...
cm_vungtau replied at 3-11-2025 06:26 PM
Kau ni takde kerja ke dekkkk?
Selalu yang banyak masa training untuk ironman ni memang takde kerja ...
otai_g replied at 4-11-2025 02:33 AM
Ada je peserta ironman tu yg bekerja. bkn semua yg masuk tu x de kerja. Abeh x de kerja mcm mn nak ...
pocongkiutss replied at 4-11-2025 12:46 AM
Kalau bangnon menang baru dia puji kut..ahahahah..bygkan umur warga emas berjaya tamatkan iron man ...
putribonda replied at 4-11-2025 08:33 AM
Ironman ni sama tak dengan yang KJ masuk tu. KJ 8 jam tak silap. lepastu peserta tempatan paling pan ...
putribonda replied at 4-11-2025 08:33 AM
Ironman ni sama tak dengan yang KJ masuk tu. KJ 8 jam tak silap. lepastu peserta tempatan paling pan ...
Samerosie replied at 4-11-2025 08:51 AM
Semua sports event termasuk ironman ni ada age category. Kalau tak, pingsan la yg tua nak compete ...
Perawankota replied at 4-11-2025 10:19 AM
1 juta tu memang hadiah dari Ironman or dari mana?
cm_vungtau replied at 3-11-2025 06:26 PM
Kau ni takde kerja ke dekkkk?
Selalu yang banyak masa training untuk ironman ni memang takde kerja ...
putribonda replied at 4-11-2025 11:12 AM
i see..ada kategori umur lah ya.
ingat YBSS dng KJ kategori yg sama.
dasyat lah KJ kalau kategori ...
Perawankota replied at 4-11-2025 10:19 AM
1 juta tu memang hadiah dari Ironman or dari mana?

ADVERTISEMENT