CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami ditembak 18 das depan isteri sarat mengandung

3-11-2025 09:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3792| Komen: 45

 


PASIR MAS – Seorang isteri yang sarat mengandung hanya mampu memeluk mayat suaminya yang ditembak sebanyak 18 das oleh dua lelaki yang dikenali di depan rumah mereka di Kampung Bering, Sungai Golok dekat Thailand semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu berlaku di depan mata Wan Fatihah Mat Hussin, 35, apabila melihat suaminya, Mohd. Fuad Fahmie Ghazali, 33, yang merupakan peniaga beg terpakai secara dalam talian sedang memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan rumah.

Wan Fatihah berkata, dua suspek datang dari arah belakang arwah suaminya bertindak melepaskan tembakan menggunakan dua pucuk pistol yang dipegang oleh mereka menyebabkan lelaki itu rebah dalam keadaan berlumuran darah.

“Kedua-dua lelaki suspek melepaskan tembakan sehingga peluru di dalam pistol masing-masing habis sebelum mereka berjalan meninggal kawasan rumahnya tanpa rasa bersalah.


“Mereka kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah trak pikap. Saya hanya mampu menjerit sekuat hati untuk meminta bantuan selepas melihat keadaan suami yang berlumuran darah,” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perbukuran Islam Kampung Apam di sini hari ini.

Wan Fatihah memberitahu, suaminya ditembak pada bahagian leher selain tubuh badan dan hasil bedah siasatan di Hospital Sungai Golok mendapati arwah terkena 18 das tembakan.

Sementara itu, ahli keluarga yang ingin dikenali sebagai Ahmad, 55, berkata, dua suspek dalam kejadian tersebut dipercayai merupakan dua beradik dan sepupu kepada Wan Fatihah.

Terdahulu jenazah Allahyarham Mohd. Fuad selamat disemadikan Tanah Perkuburan Islam Kampung Apam di sini kira-kira pukul 2.30 petang.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, rakyat Malaysia yang parah selepas dipercayai ditembak dalam kejadian di Sungai Golok, Thailand malam tadi meninggal dunia hari ini selepas lebih dua jam bertarung nyawa semasa menerima rawatan di Hospital Sungai Golok.  


Sumber: – Kosmo
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 3-11-2025 09:14 AM
Apa lah yang marah sangat sampai tembak 18 kali..ingat pembunuh upahan...sedara isteri rupanye..
Quote BoongaKertas 3-11-2025 09:47 AM
weh ganas gila. iols ingtkan pembunuh upahan, rupanya sedara sendiri. apo nak jadi ni weh. salam takziah kat seluruh keluarga.
Quote dua_chzy 3-11-2025 01:39 PM
Don't mess with evil, for evil is crazy.
Quote shernazz 3-11-2025 01:50 PM
Gila trauma bini dia..
Pasal apa neh? dadah ka?
Quote Pumpkinhead 3-11-2025 01:51 PM
Dahsyat...apa lah yg di dendam tu
Quote matseh 3-11-2025 01:52 PM
Pistol apa dia guna, sampai 18 das?
Quote krustykrab 3-11-2025 02:06 PM
So diorg ni tinggal dlm kws thailand la kan.
Quote fattymah 3-11-2025 02:10 PM
Edited by fattymah at 3-11-2025 02:11 PM
matseh replied at 3-11-2025 01:52 PM
Pistol apa dia guna, sampai 18 das?



Smith and Wesson model 5906 pistol
Kopipes dari rumah sebelah ada gambar pistol penempak tinggai



Quote Cassieopeia 3-11-2025 02:24 PM
mende dendam sampai habis peluru ko tembak org tu. dahla bini tgh mengandung. innalillah.
Quote BungaKencana 3-11-2025 02:24 PM
katenye penembak2 tu ada hutang mangsa tp dia p tembak mangsa.. ni aku baca dkt fesbuk smlm la.. kalau dia slh aku slh la
Quote hart_attack 3-11-2025 02:40 PM
Pasal duit kot,suami dia niaga beg terpakai. Mungkin la. Baru ni isteri pangku suami x de kepala. Ni isteri pangku suami kena tembak. Tgh pasang cctv tu,mmg ada benda la tu sbb tu dia pasang cctv,x kan saje² pasang. Tgh berjaga² kot. My opinion
Quote lolipopmanish 3-11-2025 03:09 PM
Menakutkan skrg ni
Quote SalenaGomez 3-11-2025 03:19 PM
18 das tu byk ya… mmg psiko pembunuh ni… tembak sambil lepas geram
Quote Tinot7 3-11-2025 03:31 PM
Takziah kpd keluarga
Quote matseh 3-11-2025 04:12 PM
fattymah replied at 3-11-2025 02:10 PM
Smith and Wesson model 5906 pistol
Kopipes dari rumah sebelah ada gambar pistol penempak tinggai
...

Dah guggle. 10-15 round shj standard dia. Dia claim 18 kali. reload kut?.

Quote fattymah 3-11-2025 04:17 PM
Edited by fattymah at 3-11-2025 04:51 PM
matseh replied at 3-11-2025 04:12 PM
Dah guggle. 10-15 round shj standard dia. Dia claim 18 kali. reload kut?.


Dilit.. ada 2 pistol rupanyah
Quote Dovahkiin 3-11-2025 04:23 PM
matseh replied at 3-11-2025 04:12 PM
Dah guggle. 10-15 round shj standard dia. Dia claim 18 kali. reload kut?.

Dua org, dua pistol. Ada mention dlm berita atas tu.
Quote Kitty_catz 3-11-2025 04:28 PM
kat tered kata pasai utang.. sapa yg bagi sapa yg berutang tu tak clear cuma kata arwah dah halalkan

moral of the stori.. hindari dari memberi atau membuat hutang ye gaissss
Quote hart_attack 3-11-2025 04:28 PM
Baca news td katanya dh serah diri.
Bekas pemain bola sepak Kelantan 2019
Dua kerakyatan Thai-Malaysia.
X de bgtau lagi motif psal apa.
Masih dlm siasatan.

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 05:43 AM GMT+8 , Processed in 0.062722 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top