|
KUALA NERUS – Biarpun sudah memiliki dua Doktor Falsafah (PhD), Dr. Zamri Chik, 59, semakin bersemangat untuk menyambung pengajian ke peringkat itu buat kali ketiga. Sebelum ini, beliau berjaya menamatkan dua pengajian terdahulu dalam bidang pendidikan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Anak jati Felda Jerangau, Dungun yang berpengalaman luas dalam bidang penyelidikan dan analisis itu mengakui perjalanan akademiknya bukan bertujuan mengejar gelaran sebaliknya mahu membantu pelajar dan penyelidik tempatan serta antarabangsa lain. “Niat saya bukan hendak mengejar nama tetapi membantu mana-mana pelajar yang memerlukan tunjuk ajar,” katanya selepas menerima ijazah PhD istiadat Konvokesyen UniSZA di sini hari ini. Zamri yang melakukan penyelidikan berkaitan Revolusi Perindustrian 4.0 berkata, minatnya terhadap dunia akademik semakin mendalam apabila mendapati mendapati rasa ingin tahu dan semangat belajarnya semakin meningkat setiap kali beliau menyiapkan pengajian.
Sumber: – Kosmo |

ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-5-2026 08:18 AM GMT+8 , Processed in 0.049696 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.