CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sudahlah buat perangai bangang, jangan fikir nak duit cepat je – Jojo

3-11-2025 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 1724| Komen: 19

 


PETALING JAYA – “Sudah-sudahla memalukan sukan ni pak cik.”

Itu antara teguran jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali terhadap Pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (Semboyan), Yusuf Azmi berkenaan satu klip video yang memaparkan ‘pergaduhan’ antara petarung Malaysia dan Indonesia.

Melalui klip video tersebut, kelihatan Azmi bersikap kasar dan melalukan provokasi ke atas petarung dari Indonesia yang dikenali sebagai Yunus Martin. Difahamkan video tular itu adalah sebahagian daripada ‘content’ untuk kejohanan Warzone World Championship (WWC) International Influencer Super Lightweight Champion yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Disember depan.

Menurut Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo, teguran itu bukan untuk menunjukkan sikap kurang ajar dengan orang lebih dewasa.

“Tapi kalau orang tua perangai macam budak sapa nak hormat. Jojo, family (keluarga) Jojo and ramai lagi orang orang dalam komuniti combat sports (sukan tempur) ada dalam bidang ni lama sebelum pakcik (Yusof Azmi) datang.


“Kita naikkan Muay Thai dari 0 (tiada apa-apa), pakcik datang bila dah hype (terkenal) pastu buat perangai bangang, sapa tak marah pakcik,”luah Jojo.

Menurut anak jati Sarawak itu lagi, klip video tersebut juga adalah ‘gimik’ sampah dan penonton tahu menilai kandungan tersebut.

“Pakcik ni terpaling alim, tapi pakcik tak rasa budak budak yang tengok video macam ini takkan terpengaruh ke, lagi lagi dengan kes-kes yang berlaku kat Malaysia sekarang ni.

“Add to the solution not the problem (Jadilah sebahagian daripada penyelesaian, bukan punca masalah). See the bigger picture (lihatlah gambaran yang lebih besar) la pakcik, jangan fikir nak duit cepat je,”nasihat Jojo.

Sementara itu, Yusuf Azmi menerusi satu klip video balas terhadap menerima baik teguran jaguh Muay Thai tersebut dan langsung tidak terasa hati dengan petarung itu.

“Tak mungkinlah kita nak terasa pasal anak saya yang sulung pun dah umur atas daripada dia. Jadi, saya tak ada rasa apa-apalah sebenarnya dan saya sentiasa support (sokong) dialah untuk apa saya nak terasa.

“Mungkin perbezaan fikiran dia, sikap dia, semua berbeza. Saya faham sebab Jojo perlukan perhatian juga sebab dia antara ‘fighter’ Malaysia untuk One Championship.

“Jadi, apa pun, kita ok je dengan Jojo. Jadi, saya rasa kepada rakyat Malaysia, tak payah kecam dia (Jojo), jangan marah, marah dia,”balas Yusuf Azmi. 

Sumber: – Kosmo
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 3-11-2025 01:57 PM
Ayat2 berbaur sinis macam Sop Azmi tu, kita panggil apa? Bukan gaslighting - tak terjangkau pula fikiran tengahari buta ni.
Quote Purestteam1 3-11-2025 04:05 PM
shaking la member tu..  
Quote Samerosie 3-11-2025 04:12 PM
dua_chzy replied at 3-11-2025 01:57 PM
Ayat2 berbaur sinis macam Sop Azmi tu, kita panggil apa? Bukan gaslighting - tak terjangkau pula fik ...

Yg bab jojo sebaya anak dia yg sulung tu ke? Jojo 18 tahun tadi google si usop tu 35.  Umur 17 dah kawin ke?

Ala iols rasa takut kena muay thai dhn jojo je dia tu. Cuba kalau jojo tu bukan juara dia sure ajak semuka then lempang cam dia lempang bangla dulu.
Quote delsmomm 3-11-2025 04:15 PM
dua_chzy replied at 3-11-2025 05:57 AM
Ayat2 berbaur sinis macam Sop Azmi tu, kita panggil apa? Bukan gaslighting - tak terjangkau pula fik ...

itu nama nya putar alam sissy..
Quote salimrock 3-11-2025 04:23 PM
ada baca reply si ucop, dia kata kalo jojo takde share, yg bising, pergh angkuh nyee
Quote Kitty_catz 3-11-2025 04:26 PM
pakcik ni umo je dah tuer.. tp perangai dia mcm budak derjah syatu

harapkan badan ke ketul2.. tp kechottt & shaking2 bila kena jentik aritu.. baru sikittt aje tu

samseng taikocennngggg
Quote PinkyPie 3-11-2025 04:41 PM
Samerosie replied at 3-11-2025 04:12 PM
Yg bab jojo sebaya anak dia yg sulung tu ke? Jojo 18 tahun tadi google si usop tu 35.  Umur 17 dah ...

Sop tu sekolah menengah pun tak pergi. Apa yang membuat dia rasa dia setaraf JoJo ntah.
Quote Samerosie 3-11-2025 05:11 PM
PinkyPie replied at 3-11-2025 04:41 PM
Sop tu sekolah menengah pun tak pergi. Apa yang membuat dia rasa dia setaraf JoJo ntah.

1000081295.gif

Macam cerpen iols baca.  Bawa lori umur 14, jutawan umur 19 tapi bisnes kena tipu balik dr mekah..
Quote Suchi 3-11-2025 10:40 PM
Kahwin umur berapa dia ni ye?
Sbb dia ni muda lagi sebenarnya
Sama mcm Lan Mark Henry tu pun semua belum 40 belaka.

Btw Jojo ni baru 18 ke? Ingat dah 19
Quote Gianna111 4-11-2025 09:11 AM
cop azmi
ceo batu

apasalah muka mereka ni tua sebelum usia.

siding jojo la untuk ni
Quote nisako 4-11-2025 09:56 AM
hmmm mmg pun lebih je
Quote Perawankota 4-11-2025 10:18 AM
Ingatkan tua dah si usop ni… tak pasal kena bahasa as pakcik
Quote maxgamer82 4-11-2025 10:29 AM
tapi dia pandai baca sifir 13
Quote kemaruk 4-11-2025 10:33 AM
Sejak kenal siapa 9 dragon, senyap terus si yusof azmi ni
Quote s@s@ 4-11-2025 04:07 PM
ni semua lakonan je.... warzone ke one championship ke.

baik layan wwe, lakonan gak tapi nampak cantik
Quote Missjass 4-11-2025 04:20 PM
Suchi replied at 3-11-2025 10:40 PM
Kahwin umur berapa dia ni ye?
Sbb dia ni muda lagi sebenarnya
Sama mcm Lan Mark Henry tu pun semua b ...

Lahir 2006, 19 la tahun ni tapi google memang 18 sebab belum birthday dia lagi
Quote JahLupa 4-11-2025 10:10 PM
Ingatkan dak usop ni 40an.. nampak tua. Tp otak mcm budak sekolah.
Quote sharlenetexas 4-11-2025 10:12 PM
kemaruk replied at 4-11-2025 10:33 AM
Sejak kenal siapa 9 dragon, senyap terus si yusof azmi ni

Kenapa?


Quote sharlenetexas 4-11-2025 10:14 PM
salimrock replied at 3-11-2025 04:23 PM
ada baca reply si ucop, dia kata kalo jojo takde share, yg bising, pergh angkuh nyee

Bapak jojo SAC. Arwah atok dia mantan PAT.


Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.041155 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top