CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KBS sedia lapor polis jika ‘Warzone World Championship’ berdegil

4-11-2025 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 865| Komen: 8

 


PETALING JAYA – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya penganjur Warzone World Championship (WWC 2025) berdegil meneruskan kejohanan tersebut tanpa mendapatkan sanction.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, penganjuran acara sukan bertaraf antarabangsa yang melibatkan peserta luar negara wajib mendapat sanction daripada KBS sekurang-kurangnya 30 hari sebelum acara berlangsung.

Bagaimanapun, semakan pihaknya mendapati penganjur WWC 2025 itu bukan sahaja tidak mendapat sanction, malah tidak pernah mengemukakan sebarang permohonan rasmi.

“Kami telah berulang kali menyatakan bahawa setiap penganjur yang ingin menganjurkan kejohanan antarabangsa dan melibatkan peserta luar negara, mereka perlu mendapatkan sanction dari KBS.

“Semakan telah dibuat dan acara ini tiada sanction. Ini bermaksud tak ada kebenaran dari KBS. Bila tak ada kebenaran bermaksud program itu tak boleh berjalan.


“Kalau mereka teruskan perlu membuat permohonan iaitu 30 hari sebelum kejohanan bermula. Pihak penganjur kena patuh pada syarat-syarat untuk pastikan sukan itu selamat bukan sahaja untuk atlet yang terlibat tetapi untuk penonton.

“Dalam kes ini, tiada permohonan pun dibuat oleh penganjur kepada KBS,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Program Realiti Jaguh Rakan Muda di 1 Utama, Damansara, hari ini.

Baru-baru ini, tular video di media sosial yang memaparkan aksi kanak-kanak bertindak agresif ketika sesi face-off, sekali gus menimbulkan kemarahan orang ramai, terutama golongan ibu bapa.

Menurut Hannah, kandungan video berkenaan jelas bercanggah dengan dasar Sukan Selamat yang diterapkan KBS kerana memaparkan unsur keganasan membabitkan kanak-kanak.

“Bagi saya, jumlah tontonan tidak melambangkan apa-apa. Banyak kandungan negatif pun tontonannya tinggi kerana orang ingin tahu, tetapi itu tidak bermakna ia sesuai untuk dipromosikan.

“Saya tidak peduli setinggi mana pun jumlah tontonan mereka. Tanggungjawab kami ialah melindungi generasi muda dan memastikan setiap acara sukan dijalankan secara selamat serta beretika,” tambahnya.

Hannah turut menegaskan bahawa budaya sukan tempur tidak boleh dijadikan alasan untuk menormalisasi keganasan dalam kalangan remaja kerana ia bercanggah dengan nilai kemanusiaan dan usaha membanteras buli.

“Bukan semua bentuk hiburan boleh diterima. Saya tidak mahu lihat hanya kerana mahu tontonan tinggi, ada pihak sanggup mempromosikan budaya ganas,” tegasnya.

Beliau dalam masa sama menasihatkan penaja serta orang ramai agar lebih berhati-hati kerana acara berkenaan tidak mempunyai kelulusan sah dan boleh menimbulkan risiko keselamatan kepada peserta serta penonton.

Justeru, Hannah menyeru semua penganjur untuk mematuhi prosedur dan mendapatkan kelulusan rasmi daripada KBS bagi memastikan setiap acara sukan berjalan dengan selamat serta mengikut undang-undang negara. 

Sumber: -KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tungkai 4-11-2025 09:58 PM
Reporter Kosmo ni pun...dah kurang vocab ke? Sanction=sekatan.
Quote sharlenetexas 4-11-2025 10:00 PM
Jess arshad ke kat sebelah tu?


Quote JahLupa 4-11-2025 10:06 PM
Benda elok2 sukan, terus nampak bodoh2 punya event. x pasal2.. bebudak beringus pun sibuk nak fight. Halah halah halah
Quote Samerosie 4-11-2025 10:22 PM
tungkai replied at 4-11-2025 09:58 PM
Reporter Kosmo ni pun...dah kurang vocab ke? Sanction=sekatan.

Iols rasa dalam kes ni sanction means approval.  
Quote Samerosie 4-11-2025 10:24 PM
Btw, baru perasan logo rakan muda tu mck logo made in australia pulak.

1000081689.jpg
Quote Samerosie 4-11-2025 11:12 PM
Btw budak yg si usop bawak tu anak dia ke? Apa nak jadi org nak sekang gejala buli dia mengajar anak dia tendang budak lain pulak.  Nak dgn bapak sama busuk.
Quote B40tastePosh 4-11-2025 11:36 PM
Boleh tak rehatkan Malaysia kejap dari berita hangat sensasi.
Quote bulalof 5-11-2025 08:59 AM
makin teruk. makin sewel. berita dlm negara je dah cukup menjengkelkan.

lama x dgr berita kejayaan negara yg genuine, bukan berita berjaya sebab syok sendiri.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2025 06:45 AM GMT+8 , Processed in 0.034872 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top