CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

6,000 pesawat komersial Airbus tidak selamat untuk terbang, perlu modifikasi

29-11-2025 01:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 534| Komen: 3

 


LONDON – Kira-kira 6,000 pesawat berisiko dihentikan operasi selepas Airbus mengeluarkan kemas kini keselamatan segera kepada syarikat-syarikat  penerbangan di seluruh dunia hari ini, lapor akhbar metro.co.uk.

Syarikat aeroangkasa yang membekalkan pesawat ke Eropah dan seluruh dunia itu  berkata,  penumpang berpotensi berdepan  ‘gangguan operasi’ kerana mereka perlu segera mengemas kini perisian pada sebilangan pesawat Airbus A320.

Perkembangan itu berlaku selepas Airbus mendapati ribut Matahari boleh mengganggu perisian pesawat secara berbahaya dengan  memberikan maklumat kedudukan tidak tepat kepada juruterbang.

Syarikat penerbangan tambah murah EasyJet berkata, pihaknya telah menggantung beberapa pesawat penumpang A320 daripada perkhidmatan untuk mengemas kini sistem komputer tersebut.

Syarikat penerbangan global utama lain yang berbuat demikian termasuk American Airlines, Delta, Lufthansa dan IndiGo.


Kelemahan itu dikesan setelah sebuah pesawat A320 mendarat cemas bulan lalu selepas ‘menjunam’ pada altitud 10,668 meter.

Pesawat JetBlue itu berhenti menjunam pada ketinggian  7,620 meter, menyebabkan 15 orang cedera dan memaksa penerbangan dialihkan dari Newark, New Jersey, ke Tampa, negeri Florida.

Airbus berkata, pihaknya mendapati radiasi Matahari mengganggu perisian dan merosakkan data kritikal.

“Airbus bekerja secara proaktif dengan pihak berkuasa penerbangan untuk meminta tindakan berjaga-jaga segera daripada pengendali melalui Alert Operators Transmission (AOT) bagi melaksanakan perisian dan/atau perlindungan perkakasan yang tersedia, serta memastikan armada pesawat  selamat untuk terbang,” kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan.

Airbus adalah salah satu daripada dua syarikat aeroangkasa utama dunia, bersama pesaingnya dari  Amerika Syarikat, Boeing.

A320 adalah salah satu pesawat jarak dekat paling popular dengan lebih 6,000 unit kini beroperasi di seluruh dunia. – AGENSI 

 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airfilterkotor 29-11-2025 03:01 PM
Now baru aku tau kesan glitch solar flare pada pesawat bukan boleh dibuat² main.
Quote ninja boy 29-11-2025 05:55 PM
Huh
Quote Decaffeinated 1-12-2025 06:49 PM
Artikel translate.

btw Air Asia semua A320 kan?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2025 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.097313 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top