CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Britain perlu wang, mahu jual bangunan kedutaan

29-11-2025 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 443| Komen: 1

 


LONDON – Pejabat Luar Britain dijangka menjual beberapa kedutaan dan rumah kediaman diplomatik di luar negara sebagai sebahagian daripada pemotongan perbelanjaan besar-besaran, lapor portal berita RT semalam.

Menurut portal berita Politico, pejabat itu dilaporkan sedang menyemak portfolio hartanah luar negara bernilai £2.5 bilion (RM14 bilion).

Ia merangkumi kira-kira 6,500 hartanah untuk mengenal pasti aset yang boleh dijual kerana ratusan bangunan berada dalam keadaan rosak teruk atau dianggap terlalu mahal untuk diselenggara.

Pelan penstrukturan semula itu juga meramalkan pemotongan hampir satu pertiga kakitangan yang berpusat di United Kingdom, demikian menurut laporan tersebut.

Ia juga menyorot lokasi kos tinggi seperti New York yang merujuk kepada kemungkinan penjualan sebuah ‘penthouse’ bernilai £11.32 juta (RM62 juta) yang dibeli pada 2019 untuk diplomat di kompleks mewah 50 United Nations Plaza. 


Kediaman tujuh bilik tidur itu merangkumi keseluruhan 38 tingkat dan mempunyai sebuah perpustakaan, enam bilik mandi dan sebuah bilik air kecil tanpa pancuran.

Awal tahun ini, Pejabat Audit Negara (NAO) dan Jawatankuasa Akaun Awam Parlimen (PAC) melaporkan bahawa sekitar 933 hartanah, atau kira-kira 15 peratus daripada jumlah keseluruhan dianggap tidak selamat atau tidak boleh beroperasi dengan baik. 

Pejabat Luar Britain menganggarkan bahawa tunggakan penyelenggaraan boleh menelan kos sebanyak £450 juta (RM2.5 bilion).

Menurut PAC, selepas menjual kawasan kedutaan utama di Bangkok, Thailand dan Tokyo, Jepun dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Pejabat Luar Britain tidak lagi mempunyai aset besar yang sesuai untuk dijual. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nisako 1-12-2025 11:47 AM
la x de duit ke

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2025 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.044725 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top