|
MARANG – Situasi banjir di Terengganu terus memilih denga lebih banyak Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup berikutan cuaca semakin baik sejak semalam. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Mohd. Zul Khairi Shamsuddin berkata, setakat pukul 10 pagi, tujuh lagi PPS telah ditutup menjadikan hanya 20 pusat masih beroperasi di seluruh negeri. “Penutupan terbaharu membabitkan dua PPS di Marang iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Sawa dan Dewan Sivik Merchang di sini, manakala dua lagi di Dungun melibatkan Balai Raya Kampung Pelancang dan SK Tok Kah. “Satu PPS di Kuala Terengganu juga telah ditutup melibakan SK Banggol Peradong serta dua di Setiu iaitu SK Penarik dan SK Telaga Papan,” katanya kepada Kosmo! di SK Simpang Rawai di sini hari ini. Terdahulu, Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin bersama, kekanda dan adinda baginda, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahra’ berkenan mencemar duli menyantuni mangsa banjir berada di PPS berkenaan.
Mohd. Zul Khairi berkata, APM Terengganu menjangkakan lebih banyak PPS lagi ditutup pada masa terdekat. Sementara itu, salah seorang mangsa banjir, Zainon Said, 67, dari Kampung Padang Rawai berkata, kunjungan Tengku Muhammad Ismail memberi semangat moral kepada mereka yang masih dalam proses memulihkan rumah terjejas. “Saya terharu apabila baginda sendiri melihat keadaan kami, bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat. Kehadiran baginda membuatkan kami rasa dihargai,” katanya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
sharlenetexas replied at 1-12-2025 12:22 PM
Pandai kecek Melayu tak muka belacan ni?

sharlenetexas replied at 1-12-2025 08:22 PM
Pandai kecek Melayu tak muka belacan ni?
sepiITUindah replied at 1-12-2025 08:34 PM
kerusi tu sebahagian team pengiring ker

kotakbaju replied at 1-12-2025 09:00 PM
Iols scroll balik tengok pic. Haah la, dok perasan macam kerusi plastik biasa je.
B40tastePosh replied at 1-12-2025 11:13 PM
Diorang tu sekolah apa yang sampai bertutur dalam Bahasa Melayu tak fasih.
supernaturalee replied at 1-12-2025 11:49 PM
sakit lutut kot x leh lipat kaki
gitu husnuzon

cmf_almondpecan replied at 1-12-2025 11:57 PM
Kalau ikut documentary pasal ayahanda diaorang jadi agong dulu, Tengku ni sekolah kat Australia da ...
kotakbaju replied at 2-12-2025 09:23 AM
Muda2 lagi dah sakit lutut ye
seri_mawr replied at 2-12-2025 10:50 AM
sultan mizan muka boleh tahan...awat anak dia mcm x berapa nak menjadi ke henseman nya..?
anak sult ...
kotakbaju replied at 2-12-2025 09:28 AM
Oo sekolah kat ostolia ye. So kat umah saheh semua pakat speking la ni. Mesti xdak cakap melayu la ...
cmf_almondpecan replied at 2-12-2025 02:13 PM
Dalam documentary tu pun memang family dia cakap English kat umah. Kebanyakan royalty dengan upper ...
ADVERTISEMENT