CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saya tidak fikir rombakan besar harus dilakukan – Anwar Ibrahim

1-12-2025 06:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 326| Komen: 2

 


KUALA LUMPUR – “Saya tidak fikir rombakan besar harus dilakukan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau memberi bayangan berhubung rombakan Kabinet yang tidak akan dilakukan secara besar-besaran, tetapi hanya melibatkan beberapa jawatan menteri bagi mengisi kekosongan tersebut.

“Kita perlu mengisi beberapa kekosongan. Mungkin rombakan itu, kalau ada masa yang panjang, tapi Kabinet ini hanya akan berfungsi satu setengah tahun saja, jadi saya tidak fikir rombakan besar harus dilakukan.

“Saya sedang merenung apakah langkah harus diambil, tapi mengisi kekosongan itu ada keperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media pelancaran kenderaan elektrik (EV) pertama Perodua, QV-E di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri di sini hari ini.

Terdapat empat kekosongan jawatan menteri pada esok iaitu Menteri Ekonomi susulan kekosongan peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Alam Sekitar & Kelestarian Alam selepas peletakan jawatan Nik Nazmi Nik Ahmad awal Julai 2025.


Selain itu, jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi selepas Datuk Ewon Benedick meletak jawatan pada bulan lalu, manakala Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dijangka kosong esok susulan tempoh Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berakhir.  

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TOPwind 1-12-2025 07:13 PM
Nga Pekong Man

dan

King Maa Buk

kekallah.


2 x 5 lah jawabnya
Quote Purplehaz 1-12-2025 10:01 PM
so kabinet design apa pulak kali ni

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2025 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.091755 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top