CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PKR nafi dakwaan rancangan Tengku Zafrul sertai parti sejak tahun lalu - Fuziah Salleh

1-12-2025 11:31 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 309| Komen: 4

 


KUALA LUMPUR: PKR menafikan dakwaan penyertaan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke parti itu dibuat pada Konvensyen PKR 2024.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh, berkata PKR sebaliknya tiada perancangan untuk mengumumkan penyertaan Tengku Zafrul itu pada acara berkenaan, seperti didakwa bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Rafizi Ramli.

"Bagi konvensyen 2024, saya mengesahkan memang langsung tiada usaha daripada mana-mana pihak untuk mengumumkan penyertaan Tengku Zafrul ke dalam parti," katanya hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Rafizi kononnya Tengku Zafrul sudah dirancang menyertai PKR seterusnya bertanding di kerusi Parlimen Ampang melalui pilihan raya kecil.

Dakwaan Ahli Parlimen Pandan itu dibuat menerusi audio siar, menyatakan penyertaan Tengku Zafrul ke dalam PKR sepatutnya diumumkan oleh Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada April tahun lalu.


Bagaimanapun, Rafizi berkata, keadaan itu tidak berlaku selepas pendedahan mengenai Tengku Zafrul dibuat lebih awal daripada pelaksanaan Konvensyen PKR 2024 tahun lalu.

Beliau mendakwa, rancangan meletakkan Tengku Zafrul untuk bertanding di kerusi Parlimen bertujuan memberi laluan kepada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu kekal menerajui kementerian berkenaan hingga habis penggal.

Tengku Zafrul dijadual perlu melepaskan jawatannya sebagai menteri esok susulan tempohnya sebagai Ahli Dewan Negara tamat.

Sementara itu, Fuziah berkata, Tengku Zafrul sebelum ini pernah menghantar surat menyatakan hasrat untuk menyertai PKR selepas pulang menunaikan haji, pada Mei lalu.

Beliau berkata, Tengku Zafrul hanya melengkapkan borang keahlian apabila sistem keahlian PKR secara dalam talian dibuka semula selepas pemilihan parti itu, sekitar akhir Julai lalu.

"Bagaimanapun, tiada permohonan rasmi dibuat sehingga sistem keahlian dibuka semula.

"Sistem keahlian PKR dibuat sepenuhnya secara dalam talian dan semua permohonan perlu dikemukakan melalui platform berkenaan," katanya.


Sumber – BH

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote theotherfriend 5-12-2025 05:35 PM
Beliau berkata, Tengku Zafrul hanya melengkapkan borang keahlian apabila sistem keahlian PKR secara dalam talian dibuka semula selepas pemilihan parti itu, sekitar akhir Julai lalu.

"Bagaimanapun, tiada permohonan rasmi dibuat sehingga sistem keahlian dibuka semula.

#aikkk
Quote TOPwind 5-12-2025 07:11 PM
yg dlm gambar atas  tu-

berat dia berapa KG?
Quote Firenzza 5-12-2025 08:15 PM
Orang kt kontan dah tukar jd zombie ke?
Quote kakikuDibibirmu 5-12-2025 08:18 PM
Tengkusikal tersenyum sinis

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2025 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.048166 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top